wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SAINS TAHUN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Litar ini dikenali sebagai .......

a)

Litar bersiri

Series circuit

b)

Litar selari

Parallel circuit

c)

Litar elektrik mudah

Simple electrical circuit

d)

Litar elektrik lengkap

Complete electric circuit

2.

Mentol di dalam litar ini disusun secara.......

a)

selari

parallel

b)

bersiri

series

c)

mudah

simple

d)

memanjang

3.

Kenapa kecerahan nyalaan mentol di dalam litar bersiri malap?

Why the brightness of bulb in series circuit dimmer?

a)

semua mentol berkongsi tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sel kering.

b)

semua mentol menerima tenaga yang sama seperti yang dibekalkan

c)

semua mentol hampir rosak

4.

Kecerahan nyalaan mentol disebabkan oleh dua faktor iaitu... (two answers)

a)

bilangan sel kering

b)

bilangan suis

c)

bilangan mentol

d)

bilangan wayar

5.

Apa akan terjadi kepada mentol yang lain sekiranya mentol Y di dalam litar P terbakar?

a)

Mentol X dan Z akan terus menyala

b)

Mentol X dan Z tidak menyala

c)

Mentol X dan Z akan menyala dengan lebih malap

d)

Mentol X dan Z akan menyala lebih terang

6.

Apa akan terjadi sekiranya suis L dibuka?

a)

Mentol P dan Q akan menyala

b)

Mentol P sahaja menyala

c)

Semua mentol tidak akan menyala

d)

Mentol P dan Q akan menyala lebih terang

7.

Perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya .....

a)

renjatan elektrik

b)

litar pintas

c)

alat elektrik rosak

d)

kejutan elektrik

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik lengkap?

a)

Litar yang menyimpan arus elektrik dengan banyak

b)

Litar yang menghalang arus elektrik melaluinya

c)

Litar yang boleh mengalirkan arus elektrik

d)

Litar yang tidak dapat menyalakan mentol

9.

Yang manakah menunjukkan perubahan tenaga yang betul?

a)

Tenaga haba -----> tenaga cahaya + tenaga bunyi

b)

Tenaga elektrik -----> tenaga cahaya + tenaga kinetik

c)

Tenaga cahaya -----> tenaga haba + tenaga elektrik

d)

Tenaga kimia -----> tenaga elektrik -----> tenaga cahaya

10.

Yang manakah benar tentang kecerahan nyalaan mentol dalam setiap litar?

a)

Mentol dalam litar S lebih cerah daripada U dan T

b)

Mentol dalam litar U lebih malap daripada S dan T

c)

Mentol dalam litar S, T dan U mempunyai kecerahan yang sama

d)

Mentol dalam litar T lebih cerah daripada U tetapi lebih malap daripada S

11.

"Jack menyambungkan dua biji mentol dan dua sel kering secara selari dalam satu litar elektrik. Dia mendapati kedua-dua biji mentol itu menyala dengan cerah dalam masa yang singkat."


Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Jack jika dia mahu kedua-dua mentol itu menyala lebih lama?

a)

Menggunakan wayar penyambung yang lebih panjang

b)

Menyambung kedua-dua mentol secara bersiri

c)

Mengeluarkan satu sel kering daripada litar

d)

Menambah satu lagi mentol

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.

c)

Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan

d)

Tahap kepanasan sesuatu bahan.

13.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

14.

Apakah yang berlaku apabila sebuah bikar yang berisi air suam dibiarkan menyejuk?

a)

Air itu kehilangan haba

b)

Aras air menaik

c)

Air itu menerima haba

d)

Air itu menjadi lebih panas

15.

Rajah menunjukkan bacaan suhu pada termometer. Apakah bacaan suhu termometer tersebut?

a)

40 Darjah Celsius

b)

43 Darjah Celsius

c)

44 Darjah Celsius

d)

46 Darjah Celsius

16.

Rajah menunjukkan semangkuk sup panas yang diletakkan di atas sebuah meja. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sup panas daripada kehilangan haba dengan lebih cepat?

a)

Kacau sup panas itu dengan sudu

b)

Letakkan ketulan ais ke dalam sup panas itu

c)

Pindahkan sup panas itu ke dalam mangkuk yang lebih besar

d)

Tutup mangkuk yang berisi sup panas itu dengan sebuah piring

17.

Rajah menunjukkan sebuah bikar yang mengandungi air yang bersuhu 50℃ diletakkan di bawah Matahari. Antara berikut, yang manakah berkemungkinan suhu air di dalam bikar tersebut?

a)

60℃

b)

45℃

c)

25℃

d)

15℃

18.

Berapakah bacaan termometer di atas?

a)

60 ºC

b)

62 ºC

c)

61 ºC

d)

50 ºC

19.

Berdasarkan rajah di atas, bahagian manakah merupakan merupakan sendi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Bahagian rangka manakah yang membantu dalam proses pergerakan manusia?

a)

Tulang belakang

b)

Tulang tangan dan kaki

c)

Tulang rusuk

d)

Tengkorak

21.

Apakah fungsi sistem peredaran darah?

a)

Membekalkan nutrient ke seluruh badan

b)

Untuk mengekalkan suhu badan

c)

untuk menentang jangkitan dan penyakit

d)

Untuk mengangkut oksigen, nutrient dan darah ke seluruh badan

22.

Berdasarkan rajah berikut, bahagian salur darah yang berwarna biru merujuk kepada darah yang

a)

mengandungi banyak bahan kumuh

b)

mengandungi banyak kandungan oksigen

c)

untuk menentang jangkitan dan penyakit

d)

mengandungi banyak kandungan karbon dioksida

23.

Apakah fungsi organ ini dalam sistem peredaran darah manusia?

a)

tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida

b)

mengepam darah ke seluruh badan

c)

membekalkan nutrient ke seluruh badan

d)

meningkatkan sistem pertahanan penyakit

24.

Gambar di atas menunjukkan satu organ penting dalam badan manusia. Apakah fungsi utama organ ini?

a)

Ia mengepam darah ke peparu, kembali ke jantung dan kemudia ke seluruh badan.

b)

Ia mengepam darah ke seluruh badan, kemudian ke peparu dan balik semula ke jantung.

c)

Ia mengepam darah ke peparu, kemudian ke seluruh badan dan balik semula ke peparu.

d)

Ia mengepam darah ke seluruh badan, kemudian balik ke jantung dan peparu.

25.

Apakah ciri-ciri biji benih yang dipencarkan secara mekanisme letupan?

a)

merekah apabila matang atau kering.

b)

isinya manis dan sedap

c)

sabut yang berongga

26.

Berikut adalah ciri-ciri biji benih yang dipencarkan oleh angin kecuali..........

a)

struktur bersayap

b)

kecil dan ringan

c)

kulit yang berlilin

27.

Apakah agen pencaran bagi biji benih tumbuhan ini?

a)

angin

b)

mekanisme letupan

c)

air

28.

Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan?

a)

Hubungan makanan antara hidupan di dalam suatu habitat

b)

Gabungan beberapa rantai makanan di dalam satu habitat

c)

Hubungan interaksi antara hidupan dalam sesuatu habitat

d)

Hubungan erat antara tumbuhan dan haiwan

29.

Haiwan yang mungkin berada di kedudukan X pada rantai makanan di atas ialah...

a)

Tikus

b)

Burung Pipit

c)

Ulat

d)

Katak

30.

Berikut merupakan siratan makanan, kecuali . . . .

a)
b)
c)
d)