Font size
WorksheetsKUIZ ULANGKAJI SAINS TAHUN 4
Total questions: 65
Worksheet time: 2hrs 38mins
Semua di bawah ialah kemahiran proses sains kecuali...
memerhati
mengelas
mengeksperimen
membuat nombor
Manusia perlu menjalankan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan. Apakah nama proses tersebut?
Pernafasan
Perkumuhan
Penyahtinjaan
Tabiat buruk
Penyahtinjaan ialah proses penyingkiran ............................. daripada dubur
peluh
tinja
air kencing
wap air
Manusia akan menyedut lebih banyak ............................. semasa proses menarik nafas.
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
helium
Semasa menghembus nafas udara yang mengandungi lebih banyak ...................................
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
helium
Rajah menunjukkan satu situasi.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah di atas?
Katak itu masih hidup
Katak tersebut memerlukan ruang
Katak itu kekurangan bekalan makanan
Katak tersebut memerlukan udara untuk hidup
Antara berikut, organ yang manakah tidak terlibat dalam proses pernafasan manusia?
Mulut
Hidung
Trakea
Peparu
Rajah menunjukkan empat aktiviti manusia.
Antara berikut, aktiviti yang manakah menggunakan kadar pernafasan yang tinggi?
P dan Q
Q dan R
P dan S
R dan S
Apakah bahan kumuh yang dihasilkan oleh ginjal?
Tinja
Wap air
Peluh
Air kencing
Antara berikut, haiwan yang manakah mempunyai dua organ pernafasan?
Salamander
Ikan paus
Cicak
Ketam
Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap terbuka seperti rajah 1. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?
Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh
Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh
Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh
Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air
Antara berikut yang manakah disingkirkan melalui peparu?
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak membiak?
Manusia akan pupus
Manusia akan bersaiz lebih kecil
Manusia akan berhenti membesar.
Manusia tidak akan mempunyai makanan.
Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui insang?
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui spirakel?
Lalat
Tikus
Pepatung
Lebah
Apakah gerak balas yang berlaku ke atas badan kita apabila menghadapi situasi rangsangan persekitaran yang sejuk ?
Menutup telinga
Hidung menjadi tersumbat
Badan menggigil
Menutup mata dengan segera
Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?
Akar
Daun
Pucuk
Batang
Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?
Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.
Tumbuhan tidak mempunyai kaki.
Tumbuhan tidak membiak.
Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
Antara berikut yang manakah bukan merupakan unit piawai bagi panjang dalam sistem metrik?
Meter
Kilometer
Inci
Sentimeter
Apakah yang dimaksudkan dengan isi padu?
Tinggi objek
Lilitan suatu objek
Besarnya sesuatu ruang
Tempoh diantara dua seketika
Apakah nama ukuran yang ditunjukkan?
Depa
Tapak
Jengkal
Hasta
Rajah menunjukkan bahagian kepala belalang dimasukkan ke dalam air. Walau bagaimanapun, belalang didapati masih hidup.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
Udara diserap masuk melalui kulitnya
Belalng bernafas menggunakan insang
Organ pernafasannya terletak di bahagian abdomen
Belalang mempunyai dua organ pernafasan
1. Antara berikut merupakan keperluan asas bagi manusia kecuali…
Air
Udara
Cahaya matahari
tempat perlindungan
cahaya bergerak
menegak
melintang
lurus
senget
Faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang. (Klik jawapan lebih dari 1)
Kedudukan sumber cahaya
Jarak antara sumber cahaya dengan objek
Jarak antara objek dengan skrin
Orientasi objek
Apakah sifat objek yang menyebabkan pembentukan bayang-bayang?
legap
lut sinar
lut cahaya
keras dan berkilat
Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip pantulan cahaya?
Cermin mata
Kanta pembesar
Periskop
Teropong
Seorang budak berdiri di hadapan suatu tembok. Apakah alat yang dapat dia gunakan untuk melihat objek di belakang tembok itu?
Teleskop
Teropong
Kaleidoskop
Periskop
Antara yang berikut, yang manakah akan menghasilkan bunyi?
Objek yang terbakar
Objek yang bergetar
Objek yang pegun
Objek yang berubah bentuk
Rajah menunjukkan sebuah ambulans. Mengapakah bunyi ambulans merupakan bunyi yang bermanfaat?
Bunyi ini dapat menakutkan ramai orang
Bunyi ini dapat memberi amaran kecemasan
Bunyi ini dapat mengejutkan kita daripada tidur
Bunyi ini dapat memberi hiburan kepada kita
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga yang boleh diperbaharui?
Tenaga yang tidak mudah didapati
Tenaga yang boleh berubah-ubah
Tenaga yang boleh dijana secara berterusan
Tenaga yang diperolehi daripada sumber semula jadi
Antara aktiviti berikut, yang manakah memiliki tenaga keupayaan?
Gelang getah yang diregang
Budak lelaki yang sedang berlari
Seterika yang sedang digunakan
Radio yang berkumandang
Maklumat menunjukkan perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam alat X.
Tenaga elektrik --> Tenaga haba + Tenaga bunyi
Apakah alat X?
Seterika
Televisyen
Mesin basuh
Pengering rambut
Nathan sedang mengayuh basikal. Apakah sumber tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti ini?
Matahari
Makanan
Air
Angin
Pernyataan di bawah menerangkan mengenai sejenis mesin ringkas.
-Daya dipengaruhi oleh kedudukan antara fulkrum dengan beban.
Apakah jenis mesin ringkas ini?
roda dan gandar
satah condong
takal
tuas
Tasnim mendapati dirinya mengalami sembelit. Antara berikut, makanan yang manakah boleh membantu Tasnim menangani sembelit?
Cili
Nasi
Ikan
Pisang
Hafiz, Aleesya dan Ilyas berada di sebuah taman yang sama tetapi kedudukan mereka berbeza. Mengapakah mereka bertiga boleh mendengar sebuah basikal membunyikan loceng?
Bunyi bergerak ke semua arah
Bunyi bergerak ke satu arah sahaja
Bunyi boleh dibiaskan
Bunyi menghasilkan gema
Antara berikut yang manakah melibatkan tenaga kinetik?
Bermain alat muzik
Mentol lampu yang menyala
Tali getah yang direnggangkan
Kereta yang sedang bergerak
Rajah menunjukkan satu cerek elektrik. Nyatakan perubahan bentuk tenaga yang terlibat pada cerek ini.
Tenaga elektrik ➡️ Tenaga haba ➕ Tenaga bunyi
Tenaga elektrik ➡️ Tenaga haba ➕ Tenaga kimia
Tenaga haba ➡️ Tenaga elektrik ➕ Tenaga bunyi
Tenaga kimia ➡️ Tenaga haba ➕ Tenaga kinetik
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan putaran bumi pada paksinya?
Gempa bumi
Kejadian empat musim
Kejadian siang dan malam
Pembentukan ombak di laut
Apa itu ultrasonik?
bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada objek keras
bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi didengar oleh haiwan
Apakah fenomena bunyi seperti gambar ini?
Ultrasonik
Sonar
Gema
Berikan maksud 'tenaga'
Keupayaan membuat kerja
Kudrat untuk hidup
Keupayaan tanpa batasan
Kelebihan membesar dan kuat
Apakah contoh bahan api fosil?
kayu api, sampah organik
panel suria
petroleum dan gas asli,arang batu
plutonium
Mengapakah Matahari kelihatan terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat?
Matahari berputar pada paksinya dari Timur ke Barat.
Bumi berputar pada paksinya dari Barat ke Timur.
Matahari berputar pada paksinya dari Barat ke Timur.
Bumi berputar pada paksinya dari Timur ke Barat.
Antara berikut, yang manakah TIDAK benar mengenai putaran Bumi?
Bumi berputar pada paksinya.
Bumi berputar dari Barat ke Timur.
Bumi mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran lengkap.
Bumi mengambil masa 48 jam untuk membuat satu putaran lengkap.
Apakah kegunaan tuas?
untuk menambahkan beban
untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
tiada kegunaan
untuk mengangkat beban
Apakah maksud mesin ringkas?
Alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat
Alat ciptaan manusia
Alat untuk menambahkan beban
Alat yang kompleks
Nyatakan mesin ringkas berdasarkan gambar?
Gear
Roda dan gandar
baji
Skru
Namakan mesin ringkas berdasarkan gambar?
Gandar
Baji
Gear
Tuas
Nyatakan maksud satah condong?
Bucu yang berbeza
Permukaan yang tajam
Permukaan rata
satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza
Antara berikut yang manakah BETUL contoh untuk baji....
gear kereta
Pisau
Penyendal pintu
pembuka botol
Apakah maksud mesin kompleks?
Gabungan mesin rumput
Gabungan tuas
Gabungan lebih daripada satu mesin ringkas
Gabungan tenaga
Gunting merupakan contoh mesin kompleks. Ia terdiri daripada gabungan 2 mesin ringkas seperti
gear dan tuas.
tuas dan baji.
gandar dan skru.
roda dan gandar
Apakah mesin ringkas yang terlibat berdasarkan gambar?
Tuas
Roda dan Gandar
Baji
Skru
Berdasarkan rajah, semakin_________ jarak beban dari fulkrum, semakin ____ daya yang diperlukan untuk mengangkat beban
jauh....banyak
dekat.....sedikit
jauh...sedikit
jauh....bertambah
