wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INTERVENSI 10.1.2023

Total questions: 65

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

AKTIVITI BERASASKAN PERKHIDMATAN IALAH

a)

PENGANGKUTAN

b)

PENTERNAKAN

c)

PEMASANGAN

d)

PEMBUATAN

2.

KERAJAAN MEMBERI SUBSIDI MINYAK AGAR HARGA MINYAK DI PASARAN TIDAK MENINGKAT SECARA BERTERUSAN.

APAKAH KAEDAH PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN?

a)

SECARA PERCUMA

b)

JUALAN PADA HARGA KOS

c)

JUALAN PADA HARGA DI ATAS KOS

d)

JUALAN PADA HARGA DI BAWAH KOS

3.

AINI INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN PAKAIAN SECARA KECIL-KECILAN.

APAKAH KELEBIHAN JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN TERSEBUT?

a)

KEMAHIRAN YANG PELBAGAI

b)

KOS PENUBUHAN YANG RENDAH

c)

MUDAH MENDAPAT KEUNTUNGAN

d)

MENANGGUNG RISIKO BERSAMA DENGAN PELANGGAN

4.

ASPEK YANG MANAKAH MENERANGKAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)?

a)

LIABILITI TERHAD

b)

MUDAH DITUBUHKAN

c)

JANGKA HAYAT PENDEK

d)

KEWUJUDAN TIDAK KEKAL

5.

RAKAN KONGSI YANG MENYUMBANGKAN NAMA SAHAJA DAN TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI OPERASI PERNIAGAAN.

RAKAN KONGSI INI MERUJUK KEPADA

a)

RAKAN KONGSI AKTIF

b)

RAKAN KONGSI LELAP

c)

RAKAN KONGSI NOMINAL

d)

RAKAN KONGSI BERHAD

6.

SYER TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK TANPA PERSETUJUAN DARIPADA AHLI LEMBAGA PENGARAH.

PERNYATAAN INI MERUJUK KEPADA CIRI-CIRI

a)

PERKONGSIAN

b)

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

c)

SYARIKAT JAMINAN BERHAD

d)

SYARIKAT AWAM BERHAD

7.

ANTARA YANG BERIKUT, PERNYATAAN YANG MANAKAH MENERANGKAN PENUBUHAN

SYARIKAT AWAM BERHAD?

a)

MENGISI BORANG PNA42

b)

MENDAFTAR DENGAN PESURUHJAYA KOPERASI MALAYSIA

c)

LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PERLU DIUMUMKAN

d)

MEMPAMERKAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTAR (BORANG D)

8.

PERNYATAAN YANG MANAKAH BENAR TENTANG

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI?

a)

KAWALAN SECARA AUTOKRATIK

b)

KEANGGOTAAN SECARA SUKARELA

c)

MENDAPAT KEUNTUNGAN YANG MAKSIMUM

d)

HANYA SEORANG WAKIL ANGGOTA MEMPUNYAI HAK UNTUK BERSUARA

9.

PERNYATAAN YANG MANAKAH MERUPAKAN

KEKURANGAN PENUBUHAN KOPERASI?

a)

KEWUJUDAN YANG TIDAK KEKAL

b)

KEPAKARAN SUKAR DIKONGSIKAN

c)

SYER TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK

d)

ANGGOTA TIDAK ADA HAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

10.

SYARIKAT MAJU BERHAD MEMBUAT PERIKATAN DENGAN SYARIKAT INOVASI BERHAD UNTUK MENGELUARKAN BARANG ICT DALAM TEMPOH TIGA TAHUN.

BENTUK PERNIAGAAN INI DIKENAL SEBAGAI

a)

USAHA SAMA

b)

SYARIKAT

c)

KOPERASI

d)

FRANCAIS

11.

SYARIKAT LOGISTIK FAST IALAH SEBUAH SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN.SYARIKAT INI MEMPUNYAI 80 ORANG PEKERJA DAN MENCAPAI JUALAN TAHUNAN SEBANYAK RM25JUTA.

SYARIKAT INI DIKENAL SEBAGAI

a)

PERNIAGAAN BERSAIZ KECIL

b)

PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR

c)

PERNIAGAAN BERSAIZ MIKRO

d)

PERNIAGAAN BERSAIZ SEDERHANA

12.

PUAN MARIAH MEMPUNYAI SEBUAH KEDAI RUNCIT YANG MEMPUNYAI 10 ORANG PEKERJA DI MELAKA.

APAKAH CABARAN YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH PERNIAGAAN PUAN MARIAH?

a)

LEBIH BERDAYA SAING

b)

PENGAMBILAN PEKERJA

c)

ALIRAN TUNAI YANG NEGATIF

d)

KOS OVERHEAD YANG RENDAH

13.

KEADAAN EKONOMI DAN POLITIK DI NEGARA X TIDAK MENENTU, DAN BERLAKU PERUBAHAN PERATURAN SERTA TEKNOLOGI.

APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR DI NEGARA TERSEBUT?

a)

MASALAH ALIRAN TUNAI

b)

KETIDAKPASTIAN PASARAN

c)

KEUNTUNGAN TAHUNAN

d)

PENGAMBILAN PEKERJA

14.

AKTIVITI PEMBEKALAN TENAGA DARI PELBAGAI SUMBER UNTUK KEGUNAAN PENGGUNA.

AKTIVITI INI DIGOLONGKAN DALAM

a)

SEKTOR UTAMA

b)

SEKTOR KEDUA

c)

SEKTOR MIKRO

d)

SEKTOR MAKRO

15.

SEBUAH PUSAT BELI-BELAH SUNWAY VELOCITY MALL TELAH DIBUKA DI CHERAS,KUALA LUMPUR.

APAKAH KLASIFIKASI PERNIAGAAN BAGI PUSAT BELI-BELAH TERSEBUT?

a)

SEKTOR UTAMA

b)

SEKTOR KEDUA

c)

SEKTOR KETIGA

d)

SEKTOR KEEMPAT

16.

PERNYATAAN YANG MANAKAH BENAR TENTANG SKALA PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT ZUKI?

a)

BERSAIZ BESAR-BESARAN

b)

MEMERLUKAN MODAL YANG BANYAK

c)

MENJUAL BARANG KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN DARI NEGERI LAIN

d)

DIKENAL SEBAGAI SKALA PERNIAGAAN TEMPATAN

17.

MATRADE YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA BERFUNGSI UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN YANG TERLIBAT DALAM

a)

SKALA GLOBAL

b)

SKALA NEGERI

c)

SKALA TEMPATAN

d)

SKALA KEBANGSAAN

18.

PADA TAHUN 1990AN, BERLAKU PERALIHAN EKONOMI DARIPADA BERASASKAN P-EKONOMI KEPADA E-EKONOMI DENGAN MEMPERKENALKAN

a)

DASAR INDUSTRI BERAT

b)

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA

c)

PELAN INDUK PERINDUSTRIAN

d)

DASAR INDUSTRI BERORIENTASIKAN EKSPORT

19.

MENANGANI ISU PERNIAGAAN DARI ASPEK PERUNDANGAN, KEWANGAN DAN PERKEMBANGAN AKTIVITI PERNIAGAAN.

PERNYATAAN INI MERUJUK KEPADA PERANAN

a)

KERAJAAN PUSAT

b)

KERAJAAN NEGERI

c)

KERAJAAN TEMPATAN

d)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

20.

PAK KASSIM TERPAKSA BERHENTI KERJA DI KEBUN PADA MUSIM KERING KERANA TUMBUH-TUMBUHAN SUKAR UNTUK DITANAM PADA MASA ITU.

PENGANGGURAN INI DIKENAL SEBAGAI

a)

PENGANGGURAN KITARAN

b)

PENGANGGURAN STRUKTUR

c)

PENGANGGURAN TEKNOLOGI

d)

PENGANGGURAN BERMUSIM

21.

butiran manakah yang menunjukkan ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

keahlian secara terbuka

b)

keahlian tidak melebihi 20 orang

c)

diurus oleh Ahli Lembaga Pengarah

d)

keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen

22.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?

a)

Reka bentuk seragam

b)

menikmati ekonomi bidangan

c)

perniagaan mudah diurus dan ditadbir

d)

mempunyai struktur perniagaan yang besar

23.

Apakah peranan Bank Negara Malaysia?

a)

memberi pinjaman

b)

mengawal edaran mata wang

c)

menanggung jaminan terbitan syer

d)

menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan

24.

Bagaimanakah pengangguran teknologi berlaku?

a)

Syarikat mengurangkan bilangan pekerja

b)

pekerja bekerja dalam jangka masa pendek

c)

berlaku apabila sturktur ekonomi negara berubah

d)

syarikat menggunakan teknologi sepenuhnya

25.

maklumat berikut berkaitan dengan suatu gaya pengurusan.


-mempengaruhi pekerja terus bekerja

-mencapai matlamat yang ditetapkan


apakah gaya pengurusan tersebut?

a)

sokongan

b)

autokratik

c)

demokratik

d)

laissez-faire

26.

en azman merupakan peniaga yang menjual mesin kira. dia membeli seunit mesin kira dengan harga RM45 dan menjualnya dengan harga RM80. Bagi tempoh 6 bulan, dia telah menjual 2500 unit mesin kira. Berapakah kos yang ditanggung untuk membeli mesin kira tersebut?

a)

RM 87 500

b)

RM 112 500

c)

RM 200 000

d)

RM 312 500

27.

Maklumat berikut merupakan tugasan harian encik razak.


  • menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat
  • memastikan barang pesanan mencukupi dan berkualiti


bahagian fungsian manakah yang encik razak ditempatkan?

a)

pembelian

b)

pengagihan

c)

pentadbiran

d)

pengeluaran

28.

pernyataan manakah yang menerangkan peranan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan?

a)

menukar input menjadi output

b)

membuat inovasi terhadap produk

c)

menggalakkan berlakunya urus niaga

d)

mengagihkan produk kepada pengguna dengan cekap

29.

bagaimanakah pengurus dapat memantapkan budaya profesional dalam organisasinya?

a)

mengamalkan pengkhususan

b)

menguatkuasakan penggunaan ICT

c)

mengamalkan amalan kerja yang beretika

d)

memberi insentif kepada pekerja yang cemerlang

30.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja untuk memastikan risiko kegagalan dapat diminimumkan?

a)

berbincang dengan pengurus

b)

berusaha dengan bersungguh - sungguh

c)

memahami bidang tugas masing - masing

d)

memahami Standard Prosedur Operasi tugas yang ditetapkan

31.

Antara yang berikut, yang manakah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987?

a)

Hak Cipta

b)

Karya Seni

c)

Cap Dagang

d)

Petunjuk Geografi

32.

mengapakah sesebuah perniagaan memerlukan sumber pembiayaan?

a)

penambahan tunai

b)

membiayai perbelanjaan semasa

c)

untuk mengembang perniagaan

d)

untuk membuat pelaburan dalam bidang lain

33.

antara yang berikut, yang manakah merupakan pembiayaan daripada agensi kerajaan?

a)

overdraf

b)

pemfaktoran

c)

jaminan kredit

d)

modal permulaan

34.

antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan syer sebagai sumber pembiayaan?

a)

pengeluaran wag melebihi baki akaun

b)

tidak perlu bayar balik ekuiti yang dilaburkan

c)

perniagaan boleh mendapatkan tunai dengan segera

d)

boleh meggunakan aset tetap tanpa mengeluarkan modal

35.

mengapakah penyata pendapatan disediakan?

a)

mengetahui jumlah aset

b)

mengetahui jumlah hutang

c)

mengetahui jumlah keuntungan

d)

mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

36.

apakah kegunaan penyata kewangan kepada pemilik perniagaan itu?

a)

membeli secara kredit

b)

mengetahui prestasi peniagaan

c)

mengetahui keberuntungan perniagaan

d)

mengetahui kemampuan membayar hutang

37.

antara yang berikut, yang manakah merupakan kekuatan diri usahawan?

a)

berani untuk gagal

b)

bijak mengambil peluang

c)

berkebolehan menentukan visi dan misi

d)

menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

38.

bagaimanakah seseorang usahawan itu dapat membantu negara?

a)

meluaskan pemasaran

b)

mewujudkan sikap berdikari

c)

mewujudkan kerjasama serantau

d)

menawarkan pelbagai jenis produk

39.

perniagaan manakah yang perlu didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016?

a)

Rosmee Trading

b)

Klinik Pan & Zee

c)

Kedai Runcit NUR

d)

Faiz Makanan Sdn. Bhd

40.

Mengapakah rancangan perniagaan disediakan?

a)

bukti penubuhan perniagaan

b)

menjadi rujukan pada masa hadapan

c)

menjadi panduan dalam membuat keputusan

d)

sebagai garis panduan mengurus perniagaan

41.

Apakah tujuan perniagaan dijalankan?

a)

Menawarkan barang dan perkhidmatan kepada penguna.

b)

Mementingkan keuntungan semata-mata

c)

Meningkatkan pendapatan peniaga.

d)

Meningkatkan ekonomi negara.

42.

X ---- Individu yang menawarkan barang dan perkhidmatan kepada orang ramai.


Siapakah yang mewakili x di atas?

a)

Pengguna

b)

Kerajaan

c)

Penjual

d)

NGO

43.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)

a)

Menjual barang pada harga bawah kos.

b)

Menjaga kebajikan ahlinya.

c)

Menghasilkan barang dan perkhimatan kepada pengguna untuk mendapatkan untung.

d)

Menyediakan perkhidmatan secara percuma atau sukarela.

44.

Apakah yang dimaksudkan dengan jualan dibawah harga kos?

a)

Penjual menjual barang melebihi harga kos sebenar.

b)

Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos.

c)

Penjual menjual barang pada harga diskaun.

45.

Apakah tujuan Borang A digunakan dalam perniagaan milikan tunggal?


a)

Memperbaharu pendaftaran perniagaan

b)

Memohon kelulusan nama perniagaan

c)

Mendaftar penubuhan perniagaan

d)

Mengubah maklumat perniagaan

46.
  • Menanggung liabiliti tidak terhad
  • bilangan pemilik 2 hingga 20 orang


Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

a)

A. Koperasi

b)

syarikat berhad

c)

Milikan tunggal

d)

Perkongsian

47.

Papan tanda yang manakah menunjukkan perniagaan

perkongsian?

a)

Gerai Nasi Ayam Fatin

b)

Klinik Dr. Ho dan Hiew

c)

KEDAI TELEKOM BHD

d)

SYARIKAT RAMESH SDN BHD

48.

Pentadbiran sebuah syarikat sendirian berhad dikawal dan diuruskan oleh

a)

pemiutang-pemiutang syarikat

b)

pemegang-pemegang syer

c)

ahli lembaga pengarah

d)

pekerja syarikat

49.

Kriteria manakah yang menentukan saiz sesuatu perniagaan.

a)

Jumlah Modal pusingan

b)

Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja

c)

Jumlah pemegang saham

d)

Jumlah pendapatan semasa

50.

Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa

a)

Skala zon

b)

Skala negeri

c)

Skala tempatan

d)

Skala kebangsaan

51.

kesalahan Encik Malik Kudus, seorang kerani akaun

--> Lewat datang kerja sebanyak dua kali


Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

a)

Tiada kenaikan pangkat

b)

Ditahan kenaikan gaji

c)

Amaran bertulis

d)

Dipecat kerja

52.

Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.

a)

Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam organisasi

b)

Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi

c)

Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi

d)

Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja

53.

Mengapakah pelbagai jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?

a)

Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

b)

Dapat berkomunikasi dengan berkesan

c)

Dapat merancang dan mengurus diri

d)

Majikan berminat menawarkan kerja

54.

Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

a)

Kilang roti dan kek

b)

Agensi pengildanan

c)

Institusi kewangan

d)

Pengeluar kereta

55.

Apakah maksud gaji?

a)

Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat

b)

Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam

c)

Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja

d)

Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

56.

Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi.

b)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

c)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

d)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

57.

13.Antara yang berikut, manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan matlamat sesebuah perniagaan?

a)

Perpaduan kaum

b)

Teknologi yang canggih

c)

Ekonomi yang melambung

d)

Sumber kewangan yang banyak

58.

12.Antara yang berikut, manakah menerangkan objektif dengan tepat?

a)

Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan

b)

Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus

c)

Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi

d)

Mengariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

59.

Antara berikut, yang manakah merupakan Akta Penubuhan Perniagaan ?

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Kontrak 1950

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

60.

Pernyatan yang manakah menerangkan rancangan operasi?

a)

Menerangkan maklumat perancangan kewangan

b)

Menerangkan keperluan operasi perniagaan

c)

Menerangkan sumber modal perniagaan

d)

Menerangkan maklumat sumber manusia

61.

Berikut ialah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan kecuali

a)

Modal

b)

Kemahiran

c)

Pelanggan

d)

Lokasi yang sesuai

62.

P = Jualan bersih - Kos jualan


Apakah P?

a)

Kos belian

b)

Untung kasar

c)

Belian bersih

d)

Untung bersih

63.

X ialah..

a)

Kawalan awalan

b)

Kawalan selepas

c)

Kawalan semasa

d)

Kawalan pencegahan

64.

Gambar 6 menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan. Manakah yang benar mengenai agensi tersebut?

a)

Menyediakan kemudahan ruang niaga

b)

Menawarkan modal tambahan kepada usahawan

c)

Memberi jaminan kredit

d)

Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi

65.

Apakah yang berlaku semasa ekonomi berada pada Fasa II?

a)

Pendapatan kerajaan merosot

b)

Pengangguran akan meningkat

c)

Perniagaan menambahkan pengeluaran produk

d)

Penduduk mempunyai pendapatan yang mencukupi