Font size
WorksheetsPecutan Akhir Sains Tahun 3
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah deria yang digunakan untuk mengenalpasti buah durian?
Rasa dan bau
Sentuhan
Pendengaran
Sentuhan dan rasa
Apakah alat yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang pensel?
Pita pengukur
Pembaris
Pensel
Benang
Mursyid mendapati seekor belalang mati di dalam balang kaca. Apakah inferens yang sesuai terhadap situasi ini?
Belalang tidak mendapat ruang yang mencukupi
Belalang tidak mendapat air, udara dan makanan yang mencukupi
Belalang tidak mendapat air
Balang kaca terlalu tebal
Terdapat air yang tumpah di atas lantai. Lantai menjadi licin. Ramalkan apa yang akan berlaku.
Lantai menjadi lebih cantik
Orang yang berjalan di lantai itu kemungkinan akan tergelincir
Lantai akan diperbaiki
Tiada apa-apa yang berlaku
Tuliskan 3 peraturan bilik sains
Nyatakan fungsi gigi taring
(a)
Manusia mempunyai 3 jenis gigi kecuali
Gigi taring
Gigi geraham
Gigi susu
Gigi kacip
Apakah bahagian B?
Dentin
Gusi
Saraf
Enamel
Berikut merupakan ciri-ciri gigi susu kecuali...
Jangka hayat panjang
Ada 20 batang gigi
Lapisan enamel nipis
Saiz gigi kecil
Berikut merupakan ciri-ciri gigi kekal kecuali...
Jangka hayat panjang
Saiz yang besar
Lapisan enamel dan dentin yang nipis
Saiz yang besar
Berikan 3 cara menjaga gigi
Nyatakan 7 kelas makanan yang telah kamu pelajari
Apakah kepentingan vitamin dalam pemakanan?
Memberikan tenaga
Tumbesaran
Menjaga kesihatan
Memanaskan badan
Fungsi pelawas untuk...
Mengelakkan sembelit
Menjaga kesihatan
Tumbesaran
Memanaskan badan
Mus'ab mendapati badannya berasa panas. Apakah kelas makanan yang perlu diambil oleh Mus'ab?
Sayur-sayuran
Protein
Vitamin
Air
Apakah jenis kelas makanan yang perlu diambil dengan paling sedikit dan terkawal?
Protein
Pelawas
Lemak
Karbohidrat
Tubuh Iman paling rendah dan kurus di antara rakan-rakannya di sekolah. Apakah kemungkinan kelas makanan yang perlu diambil oleh Iman?
Karbohidrat
Protein
Lemak
Air
Gambar menunjukkan organ yang terlibat dalam proses pencernaan makanan. Apakah bahagian (2)
Perut
Esofagus
Mulut
Usus besar
Berikan 2 perbuatan yang menganggu pencernaan
Pilih dua haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan
monyet dan ayam
singa dan serigala
kerbau dan kambing
kambing dan monyet
Haiwan yang makan haiwan lain dipanggil sebagai...
Parasit
Omnivor
Karnivor
Herbivor
Pilih haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja
Belalang
Ikan
Harimau
Itik
Apakah jenis gigi yang dimiliki oleh haiwan omnivor?
Gigi taring sahaja
Gigi susu dan gigi kekal
Gigi taring, gigi geraham dan gigi kacip
Gigi kacip dan gigi geraham
Apakah contoh haiwan yang mengalami perubahan tabiat pemakanan?
Beruang kutub
Panda
Kura-kura
Platipus
Berikut merupakan cara pembiakan tumbuh-tumbuhan kecuali...
Biji benih
Keratan batang
Daun
Tut
Apakah contoh tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah?
Pokok bawang dan pokok lidah jin
Pokok cili dan pokok betik
Pokok ubi kayu dan pokok bunga kertas
Pokok bawang dan pokok ubi kentang
Tulis 2 kepentingan tumbuh-tumbuhan
Apakah contoh teknologi dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan
Batang bawah tanah
Daun
Tut dan Kultur tisu
Keratan batang
Ketika mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat, mata kita perlu dalam kedudukan sama dengan meniskus. Mengapa?
Untuk memastikan cecair bersih
Untuk memastikan bacaan isipadu betul
Untuk memastikan mata tidak sakit
Apakah kaedah yang sesuai untuk mengukur isipadu pepejal tidak sekata?
Ketumpatan objek
Sesaran air
Penunu Bunsen
Objek yang kurang tumpat akan ________ manakala objek yang lebih tumpat akan ___________.
tenggelam, timbul
timbul, tenggelam
Jika ______ ditambah di dalam air, air akan menjadi lebih tumpat. Apakah bahan tersebut?
Garam
ikan
Besi
Anggur
Apakah jenis bahan yang akan menukrkan kertas litmus merah kepada biru?
Asid
Alkali
Neutral
Apakah contoh bahan yang akan menukarkan kertas litmus biru kepada merah?
Air limau
Sabun
Garam
Gula
Pilih bahan yang bersifat neutral.
Air garam
Air asam jawa
Soda bikarbonat
Air gula
Apakah pusat bagi Sistem Suria?
Matahari
Bulan
Galaksi
Komet
Apakah planet yang paling panas dalam Sistem Suria?
Musytari
Zuhal
Zuhrah
Utarid
Apakah keadaan suhu planet yang jauh daripada Matahari?
Tinggi
Rendah
Normal
Masa peredaran bagi planet yang dekat dengan Matahari adalah lebih......
berkurang
bertambah
sama
Pilih jenis takal yang telah dipelajari. (pilih lebih 2 jawapan)
Takal tetap
Takal bergabung
Takal berpusing
Takal bergerak
