Font size
WorksheetsKuiz Unit 2
Total questions: 20
Worksheet time: 24mins
Apakah maksud Keluhuran Perlembagaan seperti yang terkandung di dalam Rukun Negara?
Ketinggian undang-undang Malaysia
Ketinggian kuasa rakyat Malaysia
Ketinggian kuasa Yang Di-Pertuan Agong
Ketinggian kuasa proses pilihan raya
Perlembagaan Persekutuan mempunyai ____ bahagian dan _____ perkara.
13 & 173
13 & 183
15 & 173
15 & 183
Suruhanjaya Reid merupakan badan yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kemerdekaan pada tahun 1957.
BETUL
SALAH
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
Perlembagaan tidak boleh diubah
YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
Kuasa perundangan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan
Lima perkara utama yang dipersetujui dan termaktub di dalam Kontrak Sosial ialah Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pengekalan institusi beraja, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, dan pemberian hak kewarganegaraan.
BETUL
SALAH
Perlembagaan tidak boleh dipinda sama sekali bagi menjaga kebajikan dan melicinkan urusan negara.
BETUL
SALAH
Pilih pernyataan yang SALAH mengenai YDPA.
Lambang taat setia
Bertindak sebagai Ketua Negara
YDPA tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah
Simbol survival orang Melayu
Asas Perlembagaan Persekutuan yang terbentuk pada hari ini berdasarkan
Perlembagaan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan Malayan Union 1946
Perlembagaan United Kingdom
Perlembagaan Tanah Melayu 1948
Siapakah ketua agama Islam negeri-negeri tidak beraja
Majlis Raja-raja Melayu
YDPA
Yang Dipertua Negeri
Ketua Menteri
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ____________ bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain
Sultan/ Yang Dipertua Negeri
Perdana Menteri
Jemaah Menteri
YDPA
Orang Melayu mendapat hak istimewa dalam perkara-perkara berikut iaitu: i. Perkhidmatan Awam ii. Ekonomi iii. Pendidikan iv. Kemasukan ke kolej swasta
i dan ii
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
Semua di atas
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah
Perkara 152
Perkara 153
Perkara 160
Perkara 162
Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?
Majlis Agama Islam
Majlis Raja-raja Melayu
Majlis Adat Istiadat Melayu
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai kebebasan asasi
Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau paksa
Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran
Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu didefinisikan sebagai orang Melayu sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat berikut, KECUALI:
Menganut agama Islam.
Mempunyai pertalian darah dengan keturunan raja.
Menurut adat istiadat Melayu.
bLazimnya bercakap bahasa Melayu.
""Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang."
Pernyataan di atas merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 5 iaitu:
Kesamarataan di sisi undang-undang
Kebebasan beragama
Kebebasan bercakap
Kebebasan diri
X warganegara Jepun dan isteri kepada warganegara Malaysia. Telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun.
Cara yang manakah untuk X mendapatkan kewarganegaraan?
Masukan
Pendaftaran
Percantuman wilayah
Kuat kuasa undang-undang
Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali
Dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu.
Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati negara.
Dia tidak setia kepada raja dan negara.
Dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela
Perlembagaan menetapkan bahawa sebarang undang-undang (termasuk undang-undang negeri) yang digubal selepas Hari Merdeka dan tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah:
kekal sah sehingga dipinda oleh parlimen.
terbatal keseluruhannya secara automatik.
terbatal setakat yang tidak selaras itu.
sah sekiranya diluluskan oleh mahkamah negeri.
Perlembagaan Persekutuan bersifat dinamik dan boleh dipinda melalui kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jelaskan tiga sebab mengapakah sesebuah perlembagaan negara perlu dibuka untuk pindaan dari semasa ke semasa.
