Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan sem 1 ekonomi

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang berikut merupakan andaian dalam analisis keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)?


I. Tingkat teknologi tetap

II. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

III. Ekonomi mengeluarkan tiga jenis barang sahaja

IV. Sumber ekonomi yang dimiliki adalah pelbagai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Rajah menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran. Pilih pernyataan yang benar menggambarkan kombinasi pengeluaran di titik H

a)

Faktor pengeluaran tidak digunakan secara optimum

b)

Tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh

c)

Modal digunakan secara maksimum tanpa pembaziran

d)

Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat tingkat teknologi masih di takuk lama

3.

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang M dan barang N. Manakah yang benar tentang titik kombinasi pengeluaran di atas?

a)

P= Kos lepas yang semakin bertambah

b)

Q= Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

c)

R= Berlaku kekurangan input pengeluaran

d)

S= Kecekapan pengeluaran semakin berkurangan

4.

Syarikat Nur Trading mempunyai target mengeluarkan 2000 jenis produk berasaskan buah avocado bagi golongan remaja. Apakah masalah asas ekonomi LAIN yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat tersebut?

a)

Untuk siapa dikeluarkan

b)

Berapa hendak dikeluarkan

c)

Apa yang hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan

5.

Puan Ct telah berjaya mendapat tanah pusaka daripada mendiang ibunya. Beliau ingin mengusahakan tanaman strawberi dengan kerjasama tenaga pakar dari New Zealand.

Antara berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Puan Ct?


I Untuk siapa dikeluarkan

II Apa yang hendak dikeluarkan

III Bagaimana hendak dikeluarkan

IV Berapa hendak dikeluarkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara. Manakah antara berikut mewakili negara Q dan negara R?

a)

Q: Sistem ekonomi campuran

R: Sistem ekonomi Islam

b)

Q: Sistem ekonomi perancangan pusat

R: Sistem ekonomi pasaran bebas

c)

Q: Sistem ekonomi Islam

R: Sistem ekonomi campuran

d)

Q: Sistem ekonomi pasaran bebas

R: Sistem ekonomi Islam

7.

Rajah menunjukkan persamaan ciri bagi dua sistem ekonomi. Apakah K?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Mengawal harga barang keperluan

c)

Kebebasan dalam membuat pilihan perkhidmatan

d)

Harga barangan ditentukan melalui mekanisme harga

8.

Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Firma dapat mengupah lebih ramai buruh asing

b)

Kerajaan mengawal harga barangan yang dikeluarkan

c)

Tiada persaingan antara firma

d)

Keuntungan firma lebih tinggi

9.

Maklumat tersebut berkaitan dengan sistem ekonomi yang diamalkan dua buah negara. Apakah persamaan sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?

a)

Kebajikan masyarakat terpelihara

b)

Penyediaan barang awam untuk rakyat

c)

Berlaku pengeluaran secara berskala besar

d)

Pengguna mempunyai banyak pilihan

10.

Bagaimanakah sistem ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi 'apa yang hendak dikeluarkan'

a)

Permintaan yang tinggi dalam masyarakat

b)

Corak agihan pendapatan masyarakat Islam

c)

Keperluan masyarakat berlandaskan syariat Islam

d)

Sistem catuan yang berdasarkan kepada keperluan masyarakat

11.

Mengapakah sistem ekonomi perancangan bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Sumber diagihkan secara adil

b)

Keseimbangan agihan pendapatan

c)

Pengeluaran barang berskala besar

d)

Kecekapan dalam pengurusan sumber

12.

Pernyataan manakah yang TEPAT tentang ekonomi Islam?

a)

Individu bebas memiliki sumber kekayaan

b)

Pengeluar mengeluarkan barangan untuk memperoleh keuntungan

c)

Wujud persaingan yang adil dalam kalangan pengeluar ekonomi

d)

Merupakan gabungan pelbagai ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan ekonomi kawalan kerajaan

13.

Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?

a)

cara manusia memenuhi keinginan untuk memiliki sesuatu barang

b)

mengkaji manusia menyeimbangkan berbagai-bagai kehendak dengan faktor-faktor ekonomi yang sedia ada.

c)

kaedah manusia menghasilkan produk dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi secara minimum atau maksimum.

d)

mengkaji manusia menggunakan pendapatan wang yang sedia ada untuk meningkatkan simpanan tetap pada masa yang akan datang.

14.

Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang P dan barang Q dalam sebuah ekonomi. Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar daripada S ke U?

a)

3 unit barang P

b)

3 unit brang Q

c)

7 unit barang P

d)

7 unit barang Q

15.

Pilih pasangan yang benar tentang sistem ekonomi dan ciri-cirinya.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Rajah di bawah menunjukkan suatu masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran. Apakah R?

a)

diselesaikan oleh kerajaan

b)

melalui mekanisme harga dalam pasaran

c)

mengikut corak agihan pendapatan individu

d)

cara pengeluaran yang memaksimumkan untung

17.

Persamaan antara buruh dengan usahawan ialah.. sila pilih jawapan anda..

a)

kedua-duanya menanggung risiko kerugian.

b)

kedua-duanya menerima upah sebagai ganjaran.

c)

kedua-duannya memberi sumbangan kepada ekonomi.

d)

kedua-duanya merupakan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.

18.

Yang manakah yang menunjukkan sifat barang percuma?

a)

Barang yang berharga

b)

Penawarannya tidak terhad

c)

Diberikan percuma oleh kerajaan

d)

Barang yang mempunyai kos lepas

19.

Masalah kekurangan berlaku kerana...

a)

faktor pengeluaran tidak terhad

b)

kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal

c)

faktor pengeluaran terhad manakala kehendak tidak terhad

20.

Antara berikut, ciri-ciri yang manakah betul tentang sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Wujud mekanisme harga

b)

Tidak wujud barangan keluaran swasta

c)

Wujud persaingan untuk mendapat untung