wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 105

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

1.Berhati-hatilah apabila bergurau dengan Mustaffa Kamal kerana dia ______.

a)

atas angin

b)

naik angin

c)

ada angin

d)

makan angin

2.

2. Pelajar yang sedang menduduki peperiksaan itu __________ masing-masing.

a)

memeras ugut

b)

memeras otak

c)

memeras keringat

d)

memeras tenaga

3.

3. “Telatah lucu budak itu __ saya,” kata Suzzana

a)

meyentuh hati

b)

menggores hati

c)

mengambil hati

d)

mencuit hati

4.

4. Selain berkawan baik, Abdul Rahim dan Abdul Ramlan ada _______________.

a)

bau-bau bacang

b)

bau-bau bunga

c)

bau-bau durian

d)

bau-bau kemenyan

5.

5.Encik Malek tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _______________.

a)

beralih akal

b)

mencuci mata

c)

mencari jalan

d)

beralih angin

6.

6. Sebagai anak lelaki tunggal, Rosdi menjadi _________________ keluarga Encik Nordin.

a)

anak tut

b)

anak buah

c)

anak emas

d)

anak angkat

7.

7. Puan Nooridah ___________ memilih kain sutera yang dijual di pasar malam itu.

a)

berat tulang

b)

serkap jarang

c)

dalam tangan

d)

rambang mata

8.

8. Tan Mei Lin _________ itu dibenci oleh rakan-rakannya.

a)

hidung tinggi

b)

kacang hantu

c)

besar hati

d)

kera sumbang

9.

9. Sikap ___________ dalam mendidik anak-anak haruslah dielakkan.

a)

ringan tulang

b)

pilih kasih

c)

paku belanda

d)

perang mulut

10.

10. Kecemerlangan budak itu dalam peperiksaan telah menjadi ____________ orang kampungnya.

a)

buah hati

b)

buah fikiran

c)

buah mulut

d)

buah tangan

11.

11. Keadaan Aliff Imran ________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

12.

12.Siti Norhana dan Nurul Amirah __________ kerana sering

bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

13.

13.Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

14.

14.Puan Zainab _________ kerana lima ahli keluarganya telah

maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

15.

15.Oii Sik Lee dianggap ________ kerana tidak dapat

menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

16.

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya___________ .

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

17.

17.Encik Badarudin _________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

18.

18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ____________ .

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawah hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19.

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ____________ .

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

20.

20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________ .

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

21.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
22.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
23.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
24.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
25.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
26.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
27.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
28.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
29.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
30.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
31.

Ayam tambatan bermaksud

a)

Anak kesayangan

b)

Orang yang malas

c)

Orang yang menjadi harapan dalam satu pasukan kerana kehebatannya

d)

Orang yang menyembunyikan kelebihannya

32.

Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.

Nyatakan peribahasa yang sesuai.

a)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

b)

Orang mengantuk disorongkan bantal

c)

Seperti cincin dengan permata

d)

Besar pasak dari tiang

33.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

a)

Belakang parang diasah lagikan tajam

b)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

c)

Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruni

d)

Sekali air bah, sekali pasir berubah

34.

Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

Hartawan itu bersikap seperti ______________ kerana mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat untuk mencapai hajat dan matlamatnya.

a)

Rumah siap pahat berbunyi

b)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

c)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

d)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

35.

Salman menghadapi masalah apabila tinggal serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai perangai macam-macam

a)

Rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

Harapkan pagar, pagar makan padi

c)

Alah membeli, menang memakai

d)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

36.

Apakah maksud peribahasa berikut:

Genggam bara api biar sampai jadi arang

a)

Rajin membuat kerja

b)

Melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya

c)

Rajin membuat kerja

d)

Menempuh kesulitan dahulu baru mencapai kesenangan

37.

Berikut adalah peribahasa yang sama maksud kecuali....

a)

Biduk lalu kiambang bertaut

b)

Biar lambat asal selamat

c)

Pandu cermat jiwa selamat

38.

Jasa dan pengorbanan ketua kampung itu tetap diingati sampai bila-bila kerana jasa beliau sangat besar kepada masyarakat kampung tersebut.

a)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

b)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

39.

Berikan maksud peribahasa di bawah:


Menyambung biar panjang, menyebar biar lebar

a)

Pembahagian yang sama adil

b)

Orang yang rajin hidupnya senang

c)

Melakukan sesuatu itu biarlah memberi faedah

d)

Apa yang dikata menjadi kebenaran

40.

Nyatakan peribahasa yang sesuai:


Kedudukan yang tidak selamat

a)

Seperti abu atas tunggul

b)

Seperti api dalam sekam

c)

Seperti bangau di di ekor kerbau

d)

Seperti kaca terhempas ke batu

41.

Anak kesayangan

a)

Ayam tambatan

b)

Darah daging

c)

Darah daging

d)

Anak emas

42.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah:


yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

a)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

b)

Mendengar guru di langit, air tempayan dicurah jangan

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

d)

Sediakan payung sebelum hujan

43.

Nyatakan dua peribahasa yang sesuai:


Pasangan yang sepadan

a)

Bagai bunga sekuntum

b)

Bagai Laila dan Majnun

c)

Bagai cincin dengan permata

d)

Bagai pinang dibelah dua

44.

Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan ketika dalam kesusahan.

a)

Bagai nyawa dihujung tanduk

b)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

Rambut sama hitam, hati lain-lain

d)

Sediakan payung sebelum hujan

45.

Lengkapkan peribahasa ini:


Malu berkayuh perahu hanyut, malu.......

a)

makan perut lapar

b)

bertanya pengetahuan kurang

c)

bertanya sesat jalan

d)

berkata lenyaplah bangsa

46.

Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.

a)

A iri hati

b)

B jatuh hati

c)

C jauh hati

d)

D berat hati

47.

Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.

a)

A kaki ayam

b)

B kaki botol

c)

C kaki bangku

d)

D kaki judi

48.

Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud

a)

Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

b)

Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

c)

Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.

d)

Seseorang yang mengalami kerisauan.

49.
..........................begitulah kuihnya.
a)
Acuan kecil atau besar....
b)
Kuih bahulu...
c)
Bagaimana acuan......
d)
Corak acuan pelbagai.....
50.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi.

51.
Pihak lawan telah mengibarkan _____ sebagai tanda mengundurkan diri.
a)
putih mata
b)
buku lima
c)
bendera putih
d)
duit kopi
52.

Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud

a)

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

b)

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

53.

Nyatakan peribahasa yang bermaksud seseorang yang selalu disisihkan.

a)

Anak buah

b)

Anak emas

c)

Dianaktirikan

d)

Anak tunggal

54.

Peribahasa yang menyebut ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bermaksud

a)

sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh

b)

kalau tidak kerana pertolongannya, sudah tentu dia tidak akan berjaya

c)

seseorang perlu bertindak waras

d)

seseorang anak sedikit sebanyak akan mengikut jejak ibu bapanya

55.

Alah bisa tegal biasa bermaksud

a)

Sesukar mana sesuatu masalah, jika dilakukan setiap hari, hal itu akan menjadi mudah dan biasa

b)

Perbuatan yang sia-sia

c)

Setiap perbuatan pasti ada balasannya

d)

hal yang sukar perlu diberi keutamaan untuk menyelesaikannya

56.

Peribahasa yang bermaksud,membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama ialah

a)

Alang-alang mandi biar basah

b)

Alah bisa, tegal biasa

c)

Alah membeli menang memakai

d)

Air digenggam tiada tiris

57.

Radio yang rosak itu tidak dapat digunakan lagi setelah Abu cuba membaikinya

a)

Seperti pahat dengan tukul

b)

Seperti tikus membaiki labu

c)

Seperti buku dengan ruas

d)

Seperti minyak dengan air

58.

Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.

a)

A tulang belakang

b)

B mata keranjang

c)

C teman hidup

d)

D orang dalam

59.

Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama dijinjing

a)

Menghadapi susah dan senang bersama-sama

b)

Yang berat sama dibuat, yang ringan dibiarkan

c)

Menghadapi kesusahan semasa senang

d)

Kawan yang susah, senang dicari

60.

Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

61.

Makna peribahasa Ada gula ada semut adalah ....

a)

Di mana ada kesenangan, di situ banyak orang mengunjungi.

b)

Di mana ada gula, di situ banyak orang mendatangi.

c)

Di mana ada gula, di situ banyak semut mendatangi.

d)

Di mana ada kesenangan, di situ banyak semut mendatangi.

62.

Makna peribahasa Adat dagang tawar-menawar adalah ....

a)

Adat harus dijalankan dan ditepati.

b)

Barang dagangan boleh ditawar.

c)

Sesuatu itu tidak ada yang pasti.

d)

Hendaknya sesuatu disesuaikan adat setempat.

63.

Makna peribahasa langkas buah pepaya adalah ....

a)

Hal yang tidak mungkin/ mustahil.

b)

Barang dagangan boleh ditawar.

c)

Sesuatu itu tidak ada yang pasti.

d)

Angkuh terbawa tampan tertinggal.

64.

Makna peribahasa bersatu kita teguh bercerai kita runtuh adalah ....

a)

Jika kita bersatu kita tidak akan runtuh.

b)

Jika tidak ada kecocokan jangan mudah hendak bercerai.

c)

Sesuatu akan berhasil jika dilakukan secara bersama-sama.

d)

Sesuatu yang sebaiknya kita lakukan bersama.

65.

Makna peribahasa besar pasak daripada tiang adalah ....

a)

Hal yang tidak mungkin dilakukan.

b)

Pengeluaran lebih besar daripada pendapatan.

c)

Sesuatu yang tidak berguna dan bermanfaat.

d)

Salah perhitungan tukang bangunan.

66.

Adi adalah seorang yang pandai. Dari kelas 1 sampai dengan kelas 5 SD dia selalu mendapatkan peringkat pertama. Walaupun pandai, dia tidak pernah sombong dan selalu rendah hati.

a)

Air tenang menghanyutkan

b)

Seperti padi, semakin berisi semakin menunduk

c)

Air beriak tanda tak dalam

d)

Seperti api dalam sekam

67.

Rina yang selalu dirundung malang. Ayah dan ibunya sudah lama meninggal akibat kecelakaan. Ia hidup menumpang di rumah bibinya. Untuk mencukupi kebutuhan hidup mereka, Bibi Rina berjualan gorengan berkeliling desa setiap hari. Tetapi, sekarang bibinya terserang sakit jantung dan tidak bisa berjualan lagi.


Peribahasa yang tepat untuk deskripsi keadaan Rina adalah ...

a)

a. Tiada rotan akar pun jadi

b)

b. Bergantung pada akar lapuk

c)

c. Bagai telur di ujung tanduk

d)

d. Bagai pungguk merindukan bulan

68.

2. Pak Ali orang yang miskin. Ia harus menghidupi anak istrinya dengan susah payah. Itu terjadi karena ia tak punya pekerjaan tetap. Suatu ketika, Pak Bonar memberi modal uang kepada Pak Ali. Pak Ali kemudian berjualan kelontong di rumahnya dengan uang tersebut. Ternyata usaha Pak Ali berkembang pesat dan akhirnya menjadi toko kelontong yang besar. Keadaan ekonomi keluarga Pak Ali membaik. Tetapi ia kini melupakan Pak Bonar. Ia membenci Pak Bonar karena kekayaan Pak Bonar masih melebihi dirinya. Pak Ali ingin menjadi orang terkaya di kampungnya.

Peribahasa yang tepat untuk deskripsi sikap Pak Ali terhadap Pak Bonar adalah ...

a)

a. Panas setahun dihapuskan hujan sehari

b)

b. Tong kosong berbunyi nyaring

c)

c. Bagaikan minyak dengan air

d)

d. Air susu dibalas air tuba

69.

Aminah anak pemulung, tetapi ia pandai. Ketika ada tugas maupun akan ulangan, teman-teman selalu mendekatinya. Mereka meminta bantuan kepada Aminah jika menemui kesulitan dalam pelajaran. Aminah selalu membantunya dengan senang hati. Sayangnya, apabila kepentingan mereka sudah terpenuhi, Aminah ditinggalkan begitu saja.


Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...

a)

a. Air beriak tanda tak dalam

b)

b. Air tenang menghanyutkan

c)

c. Habis manis sepah dibuang

d)

d. Ada udang di balik batu

70.

4. Roni dan Rudi merantau ke Jakarta. Mereka tinggal serumah. Suka dan duka mereka selalu bersama. Ketika ada rejeki mereka selalu berbagi. Namun ketika ada kesulitan mereka juga saling membantu.

Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...

a)

a. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

b)

b. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

c. Sekali mendayung dua tiga pulau terlampaui

d)

d. Bagai pinang dibelah dua

71.

5. Pak Iwan seorang dokter yang kaya-raya. Pak Iwan tidak pernah sombong. Selain itu, Pak Iwan sangat dermawan kepada penduduk kampung. Sekarang Pak Iwan sudah meninggal. Meskipun begitu, warga kampung tak pernah lupa akan kebaikan hati Pak Iwan.

Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ....

a)

a. Gajah di pelupuk mata tidak tampak, kuman di seberang lautan tampak

b)

b. Gajah mati meninggalkan gading harimau mati meninggalkan belang

c)

c. Gajah berjuang melawan gajah, pelanduk mati di tengah-tengah

d)

d. Gajah mati karena gadingnya, harimau terlompat karena belangnya.

72.

6. Lestari anak yang rajin. Ia selalu membantu pekerjaan orang tuanya. Ibunya penjual kue. Setiap pagi, Lestari berangkat sekolah sambil membawa kue untuk dijual di kantin sekolah. Peribahasa yang tepat untuk Lestari adalah ....

a)

a. Sudah jatuh tertimpa tangga

b)

b. Air cucuran atap, jatuhnya ke pelimbahan juga

c)

c. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian

d)

d. Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlampaui

73.

7.Ketika masuk kelas, pak guru langsung marah. Beliau melihat salah satu meja di kelas itu penuh dengan coretan. Yang berbuat hanya Ucok, tetapi seluruh siswa dimarahi.Peribahasa yang sesuai dengan ilustrasi tersebut adalah . . . .

a)

a. Seekor kerbau menanduk sekelompok anak

b)

b. Kerbau punya susu, sapi punya nama

c)

c. Seekor kerbau berkubang, semua kena lumpurnya

d)

d. Induk kerbau menanduk anak sendiri

74.

8.Sudah lima tahun kak Neiya belum juga kembali ke Indonesia. Semenjak lulus SMA, ia menetap dan tinggal di Amerika. Ia menimba ilmu hingga S2 disana. Namun, ia berjanji kepada ayah dan ibu akan pulang setelah selesai kuliah. Ia ingin turut serta meningkatkan pembangunan dan perekonomian di kota kelahirannya. Peribahasa yang tepat sesuai ilustrasi tersebut adalah . . . .

a)

a. Air tenang menghanyutkan

b)

b. Karena nila setitik, rusak susu sebelanga

c)

c. Dimana bumi di pijak, di situ langit di jujung

d)

d. Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap ke kubangan juga

75.

9. Kemaren sore ayah menyuruh Lukas membeli lem kayu di warung. Kemudian ibu Lukaspun menyuruhnya mengambil kue di rumah Bu Risti. Karena letak rumah Bu Risti lebih dekat, ia pergi kesana terlebih dahulu. Kemudian ia berbelanja lem kayu di warung. Akhirnya, kedua tugas yang harus dikerjakan Lukas dapat selesai sekaligus.

Peribahasa yang tepat sesuai ilustrasi tersebut adalah . . . .

a)

a. Sekali merangkuh dayung, dua tiga pulau terlampaui

b)

b. Kalah jadi abu menang jadi arang

c)

c. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing

d)

d. Tong kosong nyaring bunyinya

76.

Perhatikan paragraf berikut ini!

Tom adalah seekor kucing yang cerdik. Tom tinggal di sebuah rumah bersama seekor tikus bernama Jerry. Mereka dipelihara oleh seorang majikan yang baik hati. Setiap hari Tom diberi makan oleh majikannya dengan teratur. Ketika Tom sedang makan siang, ia melihat Jerry yang sedang makan juga. Mereka bertengkar hebat berebut makanan. Pertengkaran itu bukan pertengkaran pertama. Hampir setiap hari Tom dan Jerry bertengkar dengan berbagai masalah. Mereka memang bagai ....

Peribahasa yang tepat untuk melengkapi paragraf tersebut adalah ....

a)

A. aur dengan tebing

b)

B. serbuk dengan api

c)

C. kuku dengan kulit

d)

D. minyak dengan air

77.

Budi memboncengkan Doni sepulang sekolah. Ia mengantarkan Doni sampai di depan rumah. Keesokan harinya, Budi minta ditraktir Doni di kantin sekolah. Ia minta dibelikan dua mangkuk bakso. Kebaikan Budi bagai ...


Peribahasa yang tepat untuk melengkapi ilustrasi tersebut adalah ...

a)

A. Air tenang menghanyutkan.

b)

B. Ada udang di balik batu.

c)

C. Pucuk dicinta ulam tiba

d)

D. Pagar makan tanaman.

78.

Roni selalu mengabaikan dan menunda-nunda pekerjaan rumah. Padahal waktu untuk menyelesaikan cukup banyak. Tetapi ia memulai mengerjakan setelah waktunya tinggal sedikit.

Peribahasa yang tepat untuk teks tersebut adalah ...

a)

A. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata buta

b)

B. Hari pagi dibuang-buang, hari petang dikejar-kejar.

c)

C. Hilang tak tentu rimbanya, mati tak tentu kuburnya

d)

D. Mulutmu harimaumu, yang akan menerkam kepadamu

79.

Bapak Ki Hajar Dewantara adalah pahlawan terkenal dengan sebutan Bapak Pendidikan. Walaupun beliau sudah lama wafat namanya masih disebut-sebut sampai sekarang. Maka sesuai dengan peribahasa ....

a)

A. Buah jatuh tak jauh dari pohonnya.

b)

B. Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

c)

C. Berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau

d)

D. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

80.

Sosok Bi Inem sangat dibutuhkan oleh Ani. Bangun pagi, sarapan, sampai mengerjakan PR pun selalu dibantu Bi Inem. Ketika Bi Inem pulang kampung, semua tugas-tugasnya terbengkelai. Perilaku Ani ….

Peribahasa yang tepat untuk melengkapi ilustrasi tersebut adalah ….

a)

A. bagai ayam kehilangan induknya

b)

B. bagai pungguk merindukan bulan

c)

C. bagai katak dalam tempurung

d)

D. bagai air di atas daun talas

81.

Roni dan Rudi merantau ke Jakarta. Mereka tinggal serumah. Suka dan duka mereka selalu bersama. Ketika ada rejeki mereka selalu berbagi. Namun ketika ada kesulitan mereka juga saling membantu.

Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ...

a)

A. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

b)

B. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

C. Sekali mendayung dua tiga pulau terlampaui

d)

D. Bagai pinang dibelah dua

82.

Pak Hadi orang yang miskin. Ia harus menghidupi anak istrinya dengan susah payah. Itu terjadi karena ia tak punya pekerjaan tetap. Suatu ketika, Pak Aryo memberi modal uang kepada Pak Hadi. Pak Hadi kemudian berjualan kelontong di rumahnya dengan uang tersebut. Ternyata usaha Pak Hadi berkembang pesat dan akhirnya menjadi toko kelontong yang besar. Keadaan ekonomi keluarga Pak Hadi membaik. Tetapi ia kini melupakan Pak Aryo. Ia membenci Pak Aryo karena kekayaan Pak Aryo masih melebihi dirinya. Pak Hadi justru membuat kabar bahwa pak Aryo memelihara tuyul.

Peribahasa yang tepat untuk deskripsi sikap Pak Hadi terhadap Pak Aryo adalah ...

a)

A. Panas setahun dihapuskan hujan sehari

b)

B. Tong kosong berbunyi nyaring

c)

C. Bagaikan minyak dengan air

d)

D. Air susu dibalas air tuba

83.

Adela anak yang malang. Ayah dan ibunya sudah lama meninggal akibat kecelakaan. Ia hidup menumpang di rumah bibinya. Bibinya sangat menyayangi Adela. Segala kebutuhan Adela dipenuhinya. Suatu hari Bibi nya marah karena Adela keasyikan main game. Adela mnjadi sangat benci pada Bibinya. Padahal selama ini Bibinya sangat baik kepadanya.

Peribahasa yang tepat untuk deskripsi keadaan Adela adalah ...

a)

A. Tiada rotan akar pun jadi

b)

B. Bergantung pada akar lapuk

c)

C. Bagai telur di ujung tanduk

d)

D. Panas setahun dihapuskan hujan sehari

84.

Anjas, anak yang suka mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Bahkan hal yang sepele pun sering dibesar-besarkan. Kelemahan dan kesalahan orang seolah-olah menjadi objek yang menarik baginya, sedangkan kelemahan dan kesalahan dirinya ditutup-tutupi.

Peribahasa yang tepat untuk melukiskan sifat Anjas adalah …

a)

A. Lempar batu sembunyi tangan.

b)

B. Kalah jadi abu menang jadi arang.

c)

C. Memercik air didulang terpecik muka sendiri

d)

D. Kuman di seberang lautan tampak gajah di pelupuk mata tak tampak.

85.

Iwan anak yang kurang disukai teman-temannya sekelas. Iwan selalu menyombongkan akan kemampuannya bermain bola basket. Pada saat pertandingan antarkelas, ketua kelas memasang Iwan dalam tim basket kelasnya. Ternyata Iwan membawa bola pun tak bisa.

Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan kondisi tersebut adalah .…

a)

A. besar pasak daripada tiang

b)

B. air beriak tanda tak dalam

c)

C. air tenang menghanyutkan

d)

D. bagai air di daun talas

86.

Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.

a)

ulat air

b)

ulat bulu

c)

ulat beluncas

d)

ulat buku

87.

Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh

a)

Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Pipit pekak makan berhujan

c)

Burung terbang dipipihkan lada

d)

telinga kuali

88.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

89.

Hamid sedang bermain basikal tiba tiba dia terjatuh.

a)

Malang sungguh nasibnya

b)

Malang tidak berbau

c)

Malang semalang malangnya

d)

Memang itu sudah nasibnya

90.

Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

91.

Khaleeda tidak suka membazir masa kerana

a)

Masa itu pencuri masa

b)

Masa itu boleh diganti

c)

Masa itu tidak akan berulang

d)

Masa itu emas

92.

Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.

a)

lebih sudu dari kuah

b)

lebih senduk dari periuk

c)

lebih sudip dari kuali

d)

lebih garam dari gulai

93.

Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti arnab dan kura-kura.

c)

seperti ayam dan dan helang

d)

seperti kucing dan tikus

94.

Salleh tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir dengan permasalahan itu,

a)

Seperti harimau menyimpan gigi

b)

seperti harimau kehilangan ekor

c)

Seperti harimau menyimpan kuku

d)

Seperti harimau dapat cincin

95.

Sudah lama Cecilia tidak pulang ke kampung

a)

Bagai rusa masuk kampung

b)

Melepaskan batuk di tangga

c)

Lempar batu sembunyi tangan

d)

Belut pulang ke lumpur

96.

Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.

a)

Ada semut ada sarang

b)

Ada ubi ada batas

c)

Ada gula ada semut

d)

ada semut ada gula.

97.

Robert bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

c)

bermain main dahulu, petang nanti mandi

d)

Bersenam tertib nanti badan akan cergas

98.

Pendekar itu kelihatan sudah lemah dipukul namun dia masih tidak mahu menyerah kalah.

a)

Selagi ada tenaga

b)

Selagi hayat dikandung badan

c)

Biar tulang patah, asalkan daging masih bercantum

d)

Biar luka di dada, jangan luka di belakang.

99.

Ibu melarang Sally mengikut perangai Kelly yang suka melawan kata

a)

Jangan menangguk di air keruh

b)

Jangan bermain di air keruh

c)

Air keruh jangan disangka tiada ikan

d)

Air keruh jangan diminum.

100.

Jurulatih itu sangat kecewa pasukannya tewas dengan pasukan yang lemah. Jika mereka kalah dengan pasukan yang lebih kuat jurulatih itu masih boleh terima kekalahan itu.

a)

Biar mati anak jangan mati adat

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Biar pecah dimulut jangan pecah di perut

d)

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil.

101.

Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.

a)

Biar tempayan pecah

b)

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

Pecah kaca pecah gelas

d)

Pecah kaca berderai

102.

Makna kalau kail panjang sekengkal lautan dalam usah di diduga ialah

a)

Jangan suka menyebar fitnah

b)

Jangan suka memuji orang

c)

Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan

d)

Jangan melakukan kerja yang mudah

103.

Makna cencaru makan petang ialah

a)

Orang yang mendapat kejayaan pada waktu akhir perlawanan.

b)

Orang yang suka makan ikan cencaru

c)

Orang yang sering difitnah

d)

Orang yang sukar berjaya

104.

Makna patah tumbuh hilang berganti ialah

a)

Orang yang pergi akan digantikan dengan orang lain

b)

Orang yang dipecat

c)

Pokok yang patah akan tumbuh semula

d)

Orang yang suka bertukar tempat

105.

Makna ringan tulang berat perut

a)

Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja

b)

Orang gemuk yang rajin

c)

Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya

d)

Seseorang yang sedang sakit