Font size
Worksheetst4:B1-Warisan Negara bangsa -1.1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut ialah tanggapan rakyat terhadap pemerintah kerajaan Champa iaitu dikaitkan dengan Dewa Siva dan dianggap suci. Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang tanggapan tersebut?
mematuhi arahan pemimpin
mengamalkan dasar tolak ansur
menafikan kehidupan selepas mati
melarang amalan penyembahan raja
Penyataan berikut berkaitan dengan sejarah kerajaan Alam Melayu.
* Idea dan asas negara bangsa telah wujud di Alam Melayu sebelum kedatangan orang Barat.
Bagaimanakah pernyataan tersebut dapat dibuktikan?
pembentukan kerajaan baharu
kewujudan kerajaan Alam Melayu
kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka
Pemerintahan beraja kerajaan Alam Melayu
Senarai berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu
* Raja
* Undang-undang
* Wilayah pengaruh
* Rakyat
Apakah fungsi Raja dalam kerajaan Alam Melayu?
Tonggak kerajaan
Pengasas kerajaan
Penyebar tamadun
kesetiaan rakyat
Apakah tujuan kerajaan Alam Melayu melaksanakan undang-undang?
menjamin kesetiaan rakyat
meluaskan wilayah pengaruh
menjadi panduan pentadbiran
memastikan kesejahteraan kerajaan
Apakah tujuan rakyat kerajaan Srivijaya menjalankan upacara persetiaan dan meminukm air sumpah
menghormati raja
melahirkan kesyukuran
membuktikan kesetiaan
mematuhi undang-undang
Kesultanan Johor-Riau meneruskan usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Bagaimana usaha tersebut dilakukan ?
mengukuhkan ekonomi
menekankan kepentingan Islam
memajukan kegiatan persuratan
menjalinkan hubungan diplomatik
Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang.
Apakah asas yang membolehkan Srivijaya muncul sebagai empayar yang terkenal?
ciri negara bangsa
kekayaan hasil bumi
kebijaksanaan pemerintah
pusat pengembangan agama
Apakah kepentingan upacara mengangkat sumpah dengan meminum air sumpah oleh rakyat kerajaan Srivijaya?
Mengukuhkan taat setia
Mengakui kebesaran Tuhan
Mengelakkan malapetaka
Mengharapkan pahala
4. Dalam kerajaan Srivijaya, Inskripsi ............. digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah.
A. Batu Bersurat
B. Telaga Batu
C. Corong Kayu
D. Tempayan
3. Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa sebelum kedatangan barat kecuali
A. Raja
B. Rakyat
C. Wilayah Pengaruh
D. Lambang Kebesaran
Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Johor-Riau
Kerajaan Kedah Tua
Mengapakah raja dianggap suci dalam Kerajaan Alam Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka?
Keturunan yang luhur
Telah meminum air sumpah
Dikaitkan dengan dewa
Tidak pernah buat kesalahan
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada
Kuasa pentadbiran
Pembesar Melayu
Kuasa pemerintah
Pilihan rakyat
Yang manakah bukan kerajaan Alam Melayu?
Melaka
Funan
Champa
Kedah Tua
Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa KECUALI
Raja
Buapak
Undang-undang
Rakyat
Apakah tujuan undang-undang dilaksanakan dalam sesebuah negara?
Dapat mendisiplinkan rakyat
Sebagai tonggak utama kerajaan
Bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan
Menstabilkan ekonomi negara
Apakah maksud wilayah pengaruh?
Kawasan sekitar
Kawasan yang mempunyai rakyat dan raja
Kawasan yang diperintah
Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja
Ciri-ciri negara bangsa yang lain adalah RAKYAT. Apakah ciri-ciri rakyat?
Wajib ditaati
Setia kepada raja dan tidak menderhaka
Setia kepada pembesar dan membantu dalam pentadbiran
Dianggap suci
Lambang kebesaran merupakan identiti sebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Antara contoh lambang kebesaran adalah ......... KECUALI
Nobat
Regalia
Cap Mohor
Emas
Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan
Lambang kebesaran
Identiti bangsa
Bidang ekonomi
Kesejahteraan sosial
