WorksheetsTOPIK 1 - MATLAMAT DAN FUNGSI PENDIDIKAN
Total questions: 30
Worksheet time: 17mins
Dua komponen yang perlu ada dalam pendidikan ialah latihan dan didikan. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang latihan?
Latihan menjurus kepada komponen intelek dan matlamatnya untuk membina pemikiran yang bijaksana dan rasional, serta akhirnya menjurus ke arah pembinaan jiwa manusia yang murni
Latihan berfokus kepada pergerakan fizikal dan tingkah laku yang menjalankan aktiviti bagi membentuk kemahiran motor
Latihan merangkumi akal, jasmani dan rohani
“Proses untuk membentuk dan mendidik individu menjadi warganegara yang berakhlak mulia dan berguna kepada masyarakat”.
Menurut penyataan diatas, siapakah tokoh yang menyatakan pandangan di atas?
Aristotle
Socrates
Plato
Konsep pendidikan dari sudut Islam memfokuskan proses dan usaha individu dalam meningkatkan kualiti kehidupan.
Mengapakah interaksi seimbang itu penting antara pendidikan dan orang yang dididik?
Bagi memastikan ilmu disampaikan dan diterima dengan betul dan berkesan.
Bagi memastikan proses pembelajaran menjadi proses berterusan.
Interaksi dua hala dalam pembelajaran mampu mengawal pemikiran dan pendapat individu.
Bagaimanakah konsep pendidikan dapat membantu dalam pembentukan personaliti seseorang dari sudut pandangan Islam?
Didikan melalui proses latihan berdasarkan nilai-nilai Islam bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah
Memberi didikan untuk membentuk tabiat dan sikap seseorang sejak kecil
Bimbingan dalam aspek akhlak dan sosial individu
Apakah persamaan pendapat antara Socrates, Plato dan Aristotle?
pendidikan menjadikan seseorang bersifat baik dan berguna kepada negara.
pendidikan dapat membina pemikiran yang bijaksana dan rasional
pendidikan dapat memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.
Pendidikan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan setiap individu.berikut merupakan kelebihan sekiranya setiap masyarakat menerima pendidikan dalam diri.
Meningkatkan jati diri seseorang
Meningkatkan kemajuan terhadap diri,masyarakat dan negara
Memberikan peluang individu menyesuaikan diri dalam perubahan keadaan
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) ialah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 1945.
Oleh itu, apakah matlamat (UNESCO)?
Mewujudkan kestabilan negara melalui pendidikan sains, budaya, komunikasi dan maklumat.
Mewujudkan keamanan dan keselamatan melalui kerjasama antrabangsa dalam bidang pendidikan, sains dan budaya.
Dalam Tonggak Pendidikan UNESCO, terdapat aspek Belajar Untuk Harmoni dan Bekerjasama (Learn To Live).
Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang mampu pupuk hubungan baik antara pelajar berbilang kaum di sekolah?
Aktiviti kokurikulum di sekolah
Aktiviti sukan di sekolah
Kempen Cintai Malaysia
Apakah peranan guru bagi melahirkan pelajar yang menguasai ilmu?
Guru perlu mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat.
Guru sentiasa kekal dengan strategi dan kaedah pengajaran yang sama
Bagaimana guru perlu merangka aktiviti bagi tonggak belajar untuk menjadi insan yang berguna?
Aktiviti yang menerapkan nilai-nilai yang baik dalam diri murid.
Aktiviti yang menggalakkan persekitaran sosial yang baik.
Aktiviti yang memerlukan kemahiran.
Aktiviti yang meningkatkan intelek murid
Di negara Malaysia, sistem pendidikan sangan menekankan _______
Pendekatan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pendekatan silang budaya masyarakat berbilang kaum.
Pendekatan amalan nilai murni dalam kehidupan seharian.
Pendekatan meningkatkan kemahiran murid dalam sesuatu bidang.
Terdapat kemahiran-kemahiran penting yang wajar untuk dikuasai. Antaranya kemahiran interpersonal kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Pada pendapat anda, dalam bidang apakah ilmu kemahiran ini diaplikasikan?
Bidang Pertukangan
Bidang keusahawanan
Bidang Pekerjaan
Pendidikan merupakan usaha yang mampu mengembangkan potensi diri setiap individu. Berikut adalah sebab mengapa potensi diri perlu dikembangkan KECUALI
Melahirkan individu berkemahiran
Menjadikan individu berketerampilan
Mewujudkan individu berhemah
Antara unsur dalam usaha pendidikan menurut Fuad Rahman (2008:107) ialah hasil pendidikan ke atas individu. Berikut merupakan contoh pendidikan yang meliputi hasil pendidikan ke atas individu KECUALI
Pengetahuan
Keterampilan
Bakat
Apakah agenda utama pendidikan dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara kita?
Untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada murid
Untuk mengembangkan potensi bakat, minat, kemampuan, jasmani dan kemanusiaan dalam diri individu
Untuk menghasilkan lebih ramai yang mahir dalam profesion teknikal
Mengapakah unsur manusiawi perlu ada dalam kehidupan individu ?
Membentuk manusia menjadi lebih baik dan lengkap
Mempunyai kehidupan yang sentiasa bermasalah
Untuk mengembangkan potensi
Hakikat peranan pendidikan ialah untuk membangunkan manusia supaya mereka dapat hidup dan melaksanakan tugas-tugas kemanusiaannya.
Antara berikut, yang manakah BUKAN tugas-tugas kemanusiaan manusia?
Menemukan potensi diri
Mengejar ilmu dalam semua bidang
Menunjukkan kesempurnaannya sebagai manusia
Memanusiakan manusia menekankan _________
Penyatuan jasmani, intelek dan rohani
Penyatuan jasmani, jiwa, pemikiran dan emosi
Penyatuan tubuh, pikiran, jiwa dan perasaan.
Tujuan perancangan pelaksanaan pendidikan hendaklah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Apakah elemen yang tidak termasuk dalam tujuan tersebut ?
Bertanggungjawab
Berketerampilan
Berdedikasi
Apakah kepentingan mendapat pendidikan yang berterusan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?
Menyesuaikan individu dengan sesuatu perubahan yang berlaku dalam kehidupan
Memberi pendedahan awal pendidikan kepada individu
Membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
Berdasarkan falsafah pendidikan apakah yang dimaksudkan dengan tepat bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek ?
Kejayaan cemerlang dalam pendidikan
Keupayaan seseorang berfikir bagi meneruskan hidup dan berdikari
Keupayaan membuat keputusan untuk diri sendiri
Apakah yang dimaksudkan dengan elemen perkembangan secara bersepadu?
Potensi seseorang individu yang dikembangkan secara bersepadu dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain
Perkembangan dan peningkatan seseorang individu merangkumi keempat aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Perkembangan individu dalam menyesuaikan diri dengan sesuatu perubahan dalam sesuatu kehidupan
Turutan yang manakah betul bagi kerangka dan gerak kerja dalam sistem pendidikan sebelum berlakunya penggubalan FPK?
Penyata Razak > Laporan Jawatankuasa Kabinet > Laporan Rahman Talib
Penyata Razak > Akta Pelajaran > Prinsip-prinsip Pendidikan
Penyata Razak > Laporan Rahman Talib > Akta Pelajaran
Kesan elemen keterampilan kepada individu ialah _____
Menjadi contoh atau role model kepada individu lain
Memberi pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang lain
Lebih berpandangan jauh dan mempunyai inisiatif yang tinggi
Apakah matlamat atau hala tuju pendidikan guru di Malaysia yang telah dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979?
Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran.
Mempunyai sahsiah dan kepribadian yang baik
Mengutamakan akauntibiliti guru kepada dimensi kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan.
Melahirkan guru yang membudayakan ilmu dalam masyarakat.
“Sahsiah diri atau keperibadian guru yang baik meliputi aspek budi bahasa, bersopan-santun, berdisiplin dan menghormati orang lain, malah meletakkan kepentingan orang lain melebihi daripada kepentingan dirinya sendiri.”
Apakah elemen yang berkait dengan di atas?
Keperibadian mulia
Berpekerti mulia
Tidak mementingkan diri sendiri
Apakah elemen yang menerangkan tentang guru perlu berfikiran positif, proaktif, inovatif, dan motivatif?
Bersedia menjunjung aspirasi negara
Memelihara suatu masyarakat yang progresif
Berpandangan progresif dan saintifik
Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu dan demokratik merupakan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Berdasarkan ayat berikut, apakah peranan guru bagi menyokong pernyataan di atas.
Guru memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.
Guru memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyatakan pendapat.
Guru memupuk kesedaran murid-murid untuk mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan selamat.
Menurut Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dapat dinyatakan bahawa matlamat pendidikan guru di Malaysia adalah untuk menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku, guru yang menguasai ilmu, kemahiran dan mempunyai amalan nilai-nilai keguruan.
Apakah yang terbentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru dan kesemua elemen yang terdapat didalamnya?
Model Pengurusan Pendidikan
Model Konseptual KSPK
Model Konseptual Pendidikan Guru
Apakah tiga dimensi utama model konseptual guru?
Kendiri
Kemasyarakatan
Kemahiran
Ketuhanan
