Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ CAKNA ISLAM

Total questions: 42

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama lain bagi Al-Quran ?

a)

Al Furqan

b)

Al Maidah

c)

Al Hadid

d)

Al Qisas

2.

Berikut merupakan nama-nama surah di dalam Al Quran, Kecuali ?

a)

Al Zukhruf

b)

Al Muslimun

c)

At Tur

d)

Al Zariyat

3.

Hukum membaca ............................ adalah SUNAT pada awal setiap surah kecuali surah At Taubah dan Surah Al Fatihah.

a)

Iisti`azah

b)

Basmallah

c)

Wajibul-ghunnah

d)

Selawat

4.

مِنْ قَبْلِكَ

            Apakah hukum tajwid bagi potongan ayat Al-Quran di atas ?

a)

Ikhfaq Hakiki

b)

Ikhfaq Syafawi

c)

Idhgham Maal Ghunnah

d)

Idhgham Bila Ghunnah

5.

Berapakah jumlah surah yang terdapat di dalam Al-Quran ?

a)

115 Surah

b)

116 Surah

c)

113 Surah

d)

114 Surah

6.

Siapakah yang membentuk jawatan kuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang dikenali sebagai "MUSHAF UTHMANI"?

a)

Muawiyah bin Abu Suffian

b)

Abu Bakar As-Siddiq

c)

Umar Al Khattab

d)

Uthman bin `Affan

7.

Berapakah jumlah ayat di dalam Surah Yaasin ?

a)

78

b)

87

c)

83

d)

88

8.

Antara berikut yang manakah BUKAN pernyataan yang benar ?

a)

Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT.

b)

Agama Islam sesuai dengan fitrah manusia.

c)

Agama Islam menyuruh manusia beribadat semata mata.

d)

Agama Islam mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

9.

Antara yang berikut yang manakah BUKAN ciri akidah yang benar ?

i. Tiada Nabi selepas Nabi Muhammad SAW

ii. Allah berada di mana mana

iii. Menafikan keesaan Allah SWT

iv. Percaya kepada hari kebangkitan

a)

i, ii dan iv

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iii

10.

Aliran akidah manakah yang BENAR menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah ?

I.          Al-Asha`irah

II.        Al-Maturidiah

III.       As-Qadariah

IV.       Al-Arqam

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

semua di atas

11.

Berikut adalah perkara asas di dalam Rukun Iman, KECUALI ?    

a)

Percaya Kepada Kitab

b)

Percaya Kepada Malaikat

c)

Percaya Kepada Sahabat

d)

Percaya Kepada Hari Kiamat

12.

Perkara berikut adalah benar, KECUALI ?

            I. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

            II. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Yahya AS

            III. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS

            IV. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Ya`kub AS

a)

I dan III  

b)

IV sahaja

c)

II dan IV

d)

Semua di atas

13.

Pilih padanan yang BETUL bagi tugasan malaikat di bawah.

                

a)

Malaikat Israfil – Mencabut nyawa

b)

Malaikat Izrail – Meniup sangkakala

c)

Malaikat Mikail – Menyalurkan rezeki kepada makhluk

d)

Malaikat Munkar dan Nakir – Mencatat pahala dan dosa.

14.

Apakah ibadah yang terikat dengan masa, waktu dan tempat ?

a)

Puasa

b)

Solat

c)

Haji

d)

Zakat

15.

Berikut merupakan perkara rukun di dalam solat KECUALI ?

            I. Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat

            II. Membaca tahiyat awal pada rakaat kedua

            III. Membaca tahiyat akhir pada rakaat terakhir

            IV. Membaca surah (selain Al-Fatihah) pada rakaat ketiga dan keempat

a)

I dan III

b)

IV sahaja

c)

II dan IV

d)

Semua di atas

16.

Berikut merupakan perkara perkara yang membatalkan wuduk. KECUALI ?

a)

Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur selain air mani

b)

Memegang najis

c)

Hilang akal

d)

Murtad

17.

Perkara yang mengharuskan berbuka puasa ialah ?

            I. Musafir

            II. Sakit

            III. Keluar darah haid  

            IV. Lapar

a)

I, II dan III

b)

I dan II

c)

I dan III

d)

Semua di atas

18.

Faris solat bersama Imam. Sebelum memberi salam, Faris mendapati Imam melakukan SUJUD SAHWI. Berikut apakah kemungkinan perkara yang menjadi sebab Imam melakukan sujud sahwi ?

a)

Terlupa membaca tasbih ketika rukuk

b)

Meninggalkan bacaan surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama.

c)

Terlupa membaca doa qunut.

d)

Tidak mengangkat tangan ketika takbiratul ihram

19.

Menunaikan zakat merupakan Rukun Islam yang ke ?

a)

Kelima

b)

Keempat

c)

Keenam

d)

Ketiga

20.

Kadar fidyah ialah ?

a)

1/4 daripada nilai nisab zakat

b)

1/4 daripada nilai zakat fitrah

c)

1/8 daripada nilai nisab zakat

d)

1/8 daripada nilai zakat fitrah

21.

Berikut merupakan perkara MAKRUH ketika berwuduk KECUALI ?

a)

Mendahulukan kaki kiri

b)

Membasuh melebihi 3 kali

c)

Menyapu air ke seluruh bahagian kepala

d)

Menampar air ke muka

22.

Contoh tingkah laku yang baik ialah ?

            I. Mengucapkan salam kepada muslim yang lain  

            II. Menceritakan rahsia teman karib kepada orang lain

            III. Mengalihkan halangan di jalan raya

            IV. Mengajak kawan untuk solat jemaah bersama sama

 

a)

I, II Dan III

b)

I Dan III

c)

I,III Dan IV

d)

Semua di atas

23.

Maksud AKHLAK dari segi bahasa ialah ?  

a)

Berbudi bahasa

b)

Sopan santun

c)

Idola

d)

Perilaku

24.

Semua yang berikut ialah akhlak mazmumah (dikeji) KECUALI ?

a)

Sombong

b)

Mengumpat

c)

Mengadu domba

d)

Bercakap benar

25.

Siapakah Imam bagi aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bidang TASAWWUF ? 

a)

Imam Syafie

b)

Imam Hanafi

c)

Sheikh Junaid Al Baghdadi

d)

Imam Ibn Hajar Al Asqalani

26.

Antara berikut manakah BUKAN etika kerja Islam?

a)

Perancangan yang betul

b)

Menangguh kerja

c)

Berusaha meningkatkan mutu kerja

d)

Amanah dalam melaksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan

27.

ZUHUD ialah tidak terpengaruh dengan .................... kerana cintakan akhirat ?

a)

Kasih sayang dunia

b)

Kesusahan dunia

c)

Kesenangan dunia

d)

Kemiskinan dunia

28.

Berikut adalah cara-cara bersabar, KECUALI ?

a)

Meredhai qada’ dan qadar Allah S.W.T

b)

Sentiasa tenang dalam setiap keadaan

c)

Sentiasa beristighfar kepada Allah S.W.T

d)

Menyalahkan takdir yang berlaku

29.

Tarikh kewafatan Rasulullah S.A.W ialah ?

a)

11 Muharram Tahun 11 Hijrah

b)

12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah

c)

11 Muharram Tahun 12 Hijrah

d)

12 Rabiulawal Tahun 13 Hijrah

30.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Nabi Muhammad S.A.W. 

a)

Bonda Nabi Muhammad S.A.W ialah Aminah binti Wahab.

b)

Dada Nabi Muhammad S.A.W dibelah oleh Malaikat Izrail.

c)

Nabi Muhammad S.A.W mengikut bapa saudaranya berniaga di Syam.

d)

Nabi Muhammad S.A.W adalah anak susuan kepada Thuwaibah Al-Aslamiah.

31.

Abdul manaf --> X --> Abdul Mutalib --> Abdullah --> Muhammad SAW

X dalam gambar rajah di atas ialah ?.

a)

Hasyim

b)

Marwan

c)

Abdul Wahab

d)

Adnan

32.

Pilih susunan Khulafa Ar-Rasyidin yang BETUL.

a)

Abu Bakar –> Abdullah bin Umar –> Usman bin Affan –> Ali bin Abi Talib

b)

Abu Bakar –> Umar Al Khattab -> Usman bin Affan –> Ali bin Abi Talib

c)

Abdullah bin Abu Bakar –> Abdullah bin Umar–> Usman bin Affan –> Ali bin Abi Talib

d)

Umar Al Khattab –> Usman bin Affan –> Ali bin Abi Talib –> Abu Bakar.

33.

Berapakah umur Rasulullah SAW ketika berkahwin dengan Siti Khadijah?

a)

24 Tahun

b)

25 Tahun

c)

35 Tahun

d)

40 Tahun

34.

Sahabat yang tidur di katil Rasulullah S.A.W pada malam peristiwa HIJRAH ialah?

a)

Sayyidina Abu Salamah bin Abdul Rahman.

b)

Sayyidina Abdullah Bin Abbas.

c)

Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq.

d)

Sayyidina Ali bin Abi Talib.

35.

Sayyidina Uthman bin Affan disemadikan di ? 

a)

Perkuburan Baqi'

b)

Di sisi Rasulullah SAW

c)

Perkuburan Ma'la

d)

Perkuburan Uhud

36.

Siapakah nama Mufti Kerajaan Negeri Johor sekarang ?

a)

  Dato Haji Rofiki Bin Dato` Haji Samsudin

b)

Dato` Haji Noh Bin Gadut

c)

Dato` Haji Yahya Bin Ahmad

d)

Dato` Haji Tahrir Bin Dato` Haji Samsudin

37.

Ali melihat kawan sepejabatnya sering kali meninggalkan solat fardhu. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ali ? 

a)

Membiarkan kawannya.

b)

Bersama sama mengikut kawannya tidak solat.

c)

Menasihati dan mengajak kawannya untuk solat secara berjemaah

d)

Melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

38.

Apakah sebab umat Islam perlu mencari harta secara halal ?

            I. Untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

            II. Untuk mengelakkan penindasan dan penganiayaan

            III. Untuk mengelakkan kehilangan harta

            IV. Untuk menjamin kehidupan yang mewah

a)

I, Dan II

b)

I, II Dan III

c)

I,II Dan IV

d)

Semua di atas

39.

Ah Chong menjemput Zahin ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di rumahnya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Zahin ?   

a)

Tidak hadir kerana  majlis tersebut adalah majlis masyarakat Cina.

b)

Hadir dan meraikan majlis tersebut

c)

Mengabaikan jemputan tersebut

d)

Tidak hadir kerana bertentangan dengan syarak

40.

Nasir berjumpa dengan kawan-kawannya di kafeteria, kawan-kawannya sedang mengumpat perihal seseorang. Apakah yang perlu Nasir lakukan ?

a)

Ikut turut serta mengumpat

b)

Menasihati kawan kawannya akan keburukan mengumpat

c)

Mendengar dan tidak berkata apa apa

d)

Mengadu kepada kawan yang diceritakan halnya tersebut

41.

Bilakah tarikh berlakunya kejatuhan Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah ?

a)

7 Mac 1924

b)

3 Mac 1924

c)

7 Mac 1934

d)

3 April 1923

42.

Imam Syafie merupakan pengasas kepada Mazhab As-Syafie. Siapakah nama sebenar beliau ?

a)

Muhammad Syafie bin Abdullah

b)

Muhammad Ahmad bin Abdullah

c)

Muhammad bin Idris

d)

Muhammad bin Abdul Wahab