Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL T3 UNIT 14

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Undang-undang ____________ antarabangsa digubal untuk melindungi mereka yang tidak atau tidak lagi terlibat dalam pertempuran serta menghadkan penggunaan senjata atau kaedah peperangan.

a)

kemanusiaan

b)

diplomatik

c)

kemakmuran

d)

peperangan

2.

Undang-undang ini dapat melindungi ___________ manusia dan mengurangkan penderitaan dalam konflik bersenjata.

a)

kasih sayang

b)

maruah

c)

peperangan

d)

hubungan

3.

Undang-undang ini juga dikenali sebagai undang-undang ___________ atau undang-undang konflik bersenjata.

a)

diplomatik

b)

hak kemanusiaan

c)

peperangan

d)

keamanan

4.

Peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah kecuali

a)

Dilarang membuat sebarang serangan atau menggunakan senjata yang boleh memusnahkan orang awam atau harta benda awam dan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan berpanjangan.

b)

Dibenarkan membunuh orang awam, kombatan yang cedera dan sakit serta tawanan.

c)

Melindungi, menghormati dan memberikan bantuan kepada petugas dan kemudahan perubatan tentera dan awam seperti hospital, klinik dan ambulans.

d)

Sebarang serangan hendaklah terhad kepada kombatan dan tentera sahaja.

5.

Undang-undang kemanusiaan antarabangsa perlu dikekalkan demi _____________ dan keharmonian sesebuah negara.

a)

sokongan

b)

kemusnahan

c)

jaminan

d)

keamanan

6.

Masyarakat berasa selamat dan hubungan dengan negara lain terus kukuh. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa

b)

contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa

c)

kepentingan pengekalan undang-undang kemanusiaan antarabangsa

d)

kesan pengabaian undang-undang antarabangsa

7.

Rakyat akan berasa selamat jika

a)

ilmu dan tamadun dapat diwarisi

b)

mendapat pendidikan yang terbaik

c)

nyawa manusia dilindungi

d)

rakyat bebas bergerak ke mana-mana sahaja dengan aman

8.

Flora dan fauna akan terpelihara jika

a)

nyawa manusia dilindungi

b)

berlakunya kepupusan

c)

kemakmuran dapat dikecapi

d)

melestarikan alam semula jadi

9.

Antara contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah

a)

membuat serangan terhadap orang awam yang tidak bersenjata

b)

menjaga alam semula jadi

c)

tidak membuat serangan terhadap bangunan awam

d)

memelihara keselamatan hospital dan ambulans

10.

Berikut ialah kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa kecuali

a)

alam sekitar terpelihara

b)

kecacatan anggota

c)

ekonomi negara terjejas

d)

institusi kekeluargaan runtuh