NEW
Font size
WorksheetsKUIZ DEFINISI FIZIK SPM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
SINAR KATOD IALAH
Pemancaran elektron bebas daripada permukaan logam yang dipanaskan.
Alur elektron yang bergerak dalam vakum.
Alur elektron yang bergerak dengan kelajuan tinggi.
Pemancaran elektron daripada permukaan logam.
PELAKURAN NUKLEUS ialah
Masa yang diambil untuk separuh daripada bilangan asal nucleus radioaktif bagi suatu sampel radioaktif mereput.
Tenaga atom yang dibebaskan semasa tindak balas nuklear.
Tindak balas nuclear apabila satu nucleus yang berat menjadi dua atau lebih nucleus yang lebih ringan dengan membebaskan tenaga yang banyak.
Tindak balas nuclear apabila satu nucleus yang ringan bercantum untuk membentuk satu nucleus nucleus yang lebih berat dengan membebaskan tenaga yang banyak.
DAYA APUNGAN ialah
Daya yang bertindak ke atas.
Daya yang bertindak ke atas apabila terdapat perbezaan tekanan antara permukaan bawah suatu objek yang terendam di dalam suatu cecair.
Objek yang terendam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir mengalami daya apungan yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.
KESEIMBANGAN DAYA ialah
Daya-daya yang bertindak ke atasnya menghasilkan daya paduan sifar.
Daya tunggal yang mewakili jumlah sesaran secara vector dua atau lebih daya yang bertindak ke atas suatu objek.
Proses meleraikan satu daya tunggal kepada komponen-komponen daya.
HALAJU LEPAS ialah
Kadar perubahan jarak
Kadar perubahan sesaran
Kadar perubahan halaju
Halaju minimum yang diperlukan oleh objek di permukaan Bumi untuk mengatasi daya gravity dan terlepas ke Angkasa lepas.
ARUHAN ELEKTROMAGNET ialah
Penghasilan daya Gerak elektrik apabila terdapat pemotongan fluks magnet melalui Gerakan relative di antara konduktor dan medan magnet.
Arus aruhan sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menyebabkannya.
Magnitud daya Gerak elektrik aruhan yang mengalir dalam suatu konduktor Adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan fluks magnet.
MUATAN HABA ialah
Darjah kepanasan bagi sesuatu objek.
Jumlah tenaga terma yang boleh dipindahkan dari satu objek ke objek yang lain.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu objek sebanyak 1 darjah Celsius.
Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu objek sebanyak 1 darjah Celsius bg 1 kg bahan.
Hukum Kepler II menyatakan
Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan Matahari berada di satu daripada fokusnya
Garis yang menyambungkan planet dengan Matahari akan mencakupi luas yang sama dalam selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbitnya.
Kuasa dua tempoh orbit planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya.
Prinsip Pascal menyatakan
pemanjangan suatu spring adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atas spring jika tidak melebihi had kenyal spring itu.
tekanan yang dikenakan ke atas bendalir tertutup akan dipindahkan secara seragam ke semua arah dalam bendalir itu.
objek yang terendam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir mengalami daya apungan yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.
apabila halaju pengaliran suatu bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir akan berkurang atau sebaliknya.
Rektifikasi ialah
Proses penukaran arus terus kepada arus ulang alik
Proses penukaran arus ulang alik kepada arus terus
