WorksheetsHUKUM GERAKAN NEWTON
Total questions: 22
Worksheet time: 14mins
Sebuah bola berjisim 50 kg bergerak dengan halaju 5 m/s. Hitungkan momentum bola.
55 kg*m/s
100 kg*m/s
250 kg*m/s
500 kg*m/s
Seorang lelaki menolak kereta dan ia tidak bergerak. Pernyataan manakah menerangkan situasi ini ?
inersia sedang berubah
inersia kereta sangat besar
inersia lelaki sama dengan inersia kereta
tiada inersia kerana tiada pergerakan
Yang manakah konsep yang boleh dikaitkan dengan Hukum Gerakan Newton Pertama ?
Geseran
Jisim
Inersia
Graviti
Yang manakah situasi yang betul dalam menerangkan Hukum Gerakan Newton Ketiga dalam tembakan meriam ?
Meriam bergerak ke hadapan, peluru jatuh ke bawah
peluru bergerak ke hadapan, meriam pegun
Meriam bergerak ke belakang, peluru bergerak ke hadapan
peluru bergerak ke belakang, meriam bergerak ke hadapan
Sifat sesuatu objek menentang perubahan gerakan dikenali sebagai
pecutan
inersia
jisim
halaju
Apakah yang menyebabkan kereta bergerak menuruni pelantar lori?
inersia dan jisim
hidraulik
momentum
graviti
Suatu objek sedang jatuh dalam balang vakum. Manakah antara kuantiti fizik berikut tidak akan berubah?
halaju
Momentum
Pecutan
Sesaran
Hukum Newton Pertama menerangkan tentang
Sifat suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya sana ada keadaan rehat atau keadaan gerakan satu garis lurus
Hasil darab jisim dan halaju.
Momentum ialah
objek berjisim yang bergerak dengan halaju tertentu
tenaga kinetik
objek yang memecut
Jumlah momentum sebelum dan selepas adalah sama jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
Keabadian tenaga
Keabadian momentum
Keabadian daya
-Perubahan momentum.
-Hasil darab daya impuls dengan masa hentaman.
Perkara ini merujuk kepada?
daya impuls
impuls
-Daya yang bertindak dalam masa yang singkat semasa perlanggaran atau letupan.
-Kadar perubahan momentum.
impuls
daya impuls
Jatuh hanya disebabkan oleh graviti sahaja.
Jisim tidak mempengaruhi laju kejatuhan.
nyahpecutan
jatuh bebas
Setiap daya tindakan terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah
Hukum Newton 1
Hukum Newton 2
Hukum Newton 3
Berikut adalah aplikasi kepada Prinsip Keabadian Momentum kecuali
Roket
Senapang
Sotong
Perahu
Seorang pemain bola lisut mengerakkan tangannya ke belakang ketika menangkap satu bola yang bergerak laju.Pergerakan tangan ini ialah untuk
menambahkan daya impuls
menambahkan masa untuk bola itu berhenti
mengawal bola itu daripada jatuh
Atlet itu membengkokkan kakinya untuk mengurangkan
impuls ke atas kakinya
daya impuls ke atas kakinya
halaju sejurus sebelum mendarat
masa hentaman antara kakinya dan pasir
Sebiji bola berjisim 150 g disepak dengan halaju 60 m s-1 dari keadaan pegun. Berapakah daya impuls, jika masa tindakbalas menyepak adalah 5 ms?
1300 N
1600 N
1800 N
1900 N
Cara termudah untuk mengurangkan daya impuls bagi suatu perlanggaran ialah memandu secara perlahan. Pilih penjelasan-penjelasan yang betul untuk pernyataan ini.
Dengan memandu secara perlahan, perubahan momentum bagi sebuah kenderaan yang berhenti akan menjadi kecil secara relatifnya
Dengan memandu secara perlahan, perubahan momentum bagi sebuah kenderaan yang berhenti akan menjadi besar secara relatifnya
Dengan memandu secara perlahan, masa perlanggaran dapat dikurangkan
Dengan memandu secara perlahan, masa perlanggaran dapat ditingkatkan
Pilih contoh-contoh situasi yang melibatkan daya impuls yang besar
Perubahan bentuk bagi sebiji bola tenis apabila dipukul oleh raket tenis
Kecederaan yang dialami oleh seseorang semasa terjatuh dari tempat yang rendah
Menanam cerucuk ke dalam tanah menggunakan pelantak cerucuk
Pecutan yang kecil terjadi ke atas sebiji bola apabila ia ditendang
Kecederaan yang dialami di tangan apabila bunga api meletup
Sebiji bola berjisim 300 g dibaling secara mengufuk ke arah dinding tegak pada halaju 12 m s-1. Semasa perlanggaran, bola itu melantun balik secara mengufuk pada halaju 10 ms-1. Jika bola bersentuhan dengan dinding selama 0.02 s, cari daya yang bertindak ke atas bola.
-330 N
-230 N
200 N
350 N
Sebuah kereta berjisim 800 kg bergerak dengan halaju 10 ms-1 melanggar sebatang pokok lalu berhenti. Berapakah impuls yang terhasil pada kereta itu ?
8000 kg ms -1
800 kg ms -1
-8000 kg ms -1
-800 kg ms -1
