WorksheetsSAINS TAMBAHAN - HABA
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Rajah menunjukkan proses pertukaran air menjadi stim. Haba yang diserap semasa proses ini dinamakan sebagai
muatan haba tentu wap
muatan haba tentu cecair
haba pendam pelakuran
haba pendam pengewapan
Graf menunjukkan lengkung pemanasan suatu bahan. Pada peringkat manakah bahan itu dalam keadaan pepejal dan cecair pada masa yang sama?
PQ
QR
RS
ST
Apakah suhu suatu bahan bila ia sedang menyerap haba pendam pelakuran?
pada takat didihnya
di atas takat didihnya
pada takat leburnya
diantara takat lebur dan takat didihnya
Rajah ialah graf yang menunjukkan lengkung pemanasan air. Apakah kesan haba yang diserap oleh air diantara titik S dan titik T?
melemahkan daya antara molekul air
memutuskan ikatan antara molekul air
menambahkan tenaga kinetik molekul air
menguatkan ikatan antara molekul air
Rajah menunjukkan lengkuk penyejukan suatu bahan. Pada peringkat manakah haba pendam tentu dibebaskan?
VW dan XY
VW dan YZ
WX dan YZ
WX dan XY
Berapa banyak haba yang perlu dibekalkan untuk mengubah 250g blok ais pada 0oC kepada air pada 0oC?[Haba pendam tentu pelakuran = 3.36 x 105 Jkg-1]
1.344 x 103J
8.4 x 107 J
8.4 x 104 J
1.344 x 107J
Rajah menunjukkan perubahan keadaan jirim bagi 1 kg stim kepada ais kering. Berapakah jumlah tenaga yang telah dibebaskan? [Diberi muatan haba tentu air = 4200 Jkg-1oC-1, muatan haba tentu ais = 2100 Jkg-1oC-1, haba pendam tentu pengewapan air = 2.26 x 106 Jkg-1, haba pendam tentu pelakuran ais = 3.34 x 105 Jkg-1]
4.620 x 104 J
2.701 x 106 J
3.014 x 106 J
3.035 x 106 J
Sebuah cerek elektrik berlabel 2 kW yang mengandungi air pada suhu 100oC diletakkan di atas penimbang dan terus didihkan selama 5 minit. Bacaan pada penimbang berubah sebanyak 0.2 kg. berapakah nilai haba pendam tentu pengewapan air?
2 x 103 Jkg-1
3 x 103 Jkg-1
5 x 104 Jkg-1
3 x 106 Jkg-1
Apabila air mendidih pada suhu 100oC, haba yang diserap oleh air digunakan untuk,
meningkatkan tenaga kinetik molekul-molekul air
membuat molekul-molekul stim bergerak secara rawak
melemahkan ikatan antara molekul air
melemahkan ikatan antara molekul udara
Fenomena manakah menunjukkan kegunaan haba pendam tentu dalam kehidupan seharian
Mengukus kek
menyejukkan enjin kereta
menyejukkan minuman teh
menuang minuman kopi daripada alat pembancuh kopi
Manakah antara logam-logam yang tersenarai dalam jadual berikut paling sesuai digunakan sebagai bahan periuk supaya periuk cepat panas?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan air didihkan dalam sebuah bekas kadbod kertas. Bekas kadbod kertas itu tidak terbakar kerana
suhu air tidak cukup panas
haba yang diserap oleh air adalah tidak cukup
suhu bekas kadbod kertas tidak cukup untuk membuatkannya terbakar
muatan haba tentu kadbod kertas adalah tinggi
Keluli yang mempunyai muatan haba rendah sesuai digunakan untuk membuat alat-alat berikut kecuali
seterika
kuali
pemegang cerek
badan cerek
Pemegang periuk diperbuat daripada bahan dengan muatan haba tentu yang tinggi supaya
tidak terbakar
tidak menjadi panas dengan cepat
tidak mengurangkan suhu badan periuk
tidak melebur
Air adalah sesuai digunakan sebagai cecair penyejuk dalam radiator kereta. Hal ini adalah kerana air
mempunyai struktur molekul yang ringkas
mempunyai muatan haba tentu yang tinggi
mempunyai ketumpatan yang sederhana
boleh mengalir dengan mudah
Air panas berjisim 1 kg pada suhu 70oC dicampurkan dengan air sejuk 200 g pada suhu 10oC. Hitung suhu akhir campuran itu. Anggapkan Haba yang dibebaskan oleh air panas sama dengan haba yang diterima oleh air sejuk
42oC
58oC
60oC
63oC
Sebuah bongkah aluminium yang mempunyai muatan haba tentu 900 Jkg-1oC-1 pada suhu 60oC disejukkan. Sekiranya jumlah haba yang hilang ialah 35 100 J, berapakah suhu akhir bongkah aluminium yang mempunyai jisim 3 kg itu?
50oC
47oC
45oC
38oC
Hitungkan jumlah haba yang mesti dipindahkan kepada blok logam yang berjisim 2 kg untuk meningkatkan suhu dari 30oC kepada 70oC[Muatan haba tentu logam = 500 Jkg-1oC-1]
40 000J
10 000J
56 000J
36 000J
0.2 kg air pada suhu 100oC dicampur dengan 0.25 kg air pada suhu 10oC. Berapakah suhu akhir campuran tersebut?Anggapkan haba yang dibebaskan air sebelum dicampur = haba yanng diserap selepas di campurkan]
30oC
45oC
50oC
25oC
