Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN KESELURUHAN DIRASAT AL-ISLAMIYYAH

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikan nama penuh pensyarah anda

a)

Aemy Elyani Mat Zain

b)

Emy Ilyani Mat Zain

c)

Aimi Elyani Mohd Zain

d)

Emy Elavani Muhammad Zain

2.

Maksud Islam dari segi istilah ialah

a)

tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam dengan penuh rela bukan dengan paksaan atas secara terpaksa.

b)

tunduk dan patuh kepada pemimpin negara yang merupakan khalifah Islam.

c)

berbuat baik kepada seluruh makhluk seolahnya Tuhan melihat dan memerhatikan kita.

d)

bersifat tawadhu dan patuh atas segala perintah Nabi Muhammad SAW.

3.

Tujuan utama seorang Muslim mengamalkan prinsip tawazun ialah

a)

menguasai dunia

b)

menggalakan penyucian jiwa

c)

menggalakkan keseimbangan antara dunia dan akhirat

d)

memutuskan hubungan silaturahim

4.

Manakah dari situasi berikut yang PALING TEPAT menggambarkan makna tawazun dalam Islam?

a)

Umar tidak pernah meninggalkan ibadah solat sunat sehingga menyebabkan beliau tidak hadir kuliah pengajian.

b)

Aminah tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu walaupun beliau sedang sibuk bekerja di pejabat.

c)

Muhammad tidak suka untuk beriadah bersama kawan-kawan pada waktu petang dan hanya menyukai aktiviti menonton televisyen di rumah.

d)

Zainab sentiasa mengajak kawan-kawan untuk solat di masjid.

5.

Sifat-sifat tamadun Islam adalah seperti berikut

a)

sejagat,terbuka,toleransi

b)

sejagat,perkauman,sempit

c)

toleransi,perkauman,penindasan.

d)

terbuka,mundur,penindasan

6.

Definisi tamadun Islam ialah

a)

pembangunan, kebudayaan, peradaban, pendidikan dan sebagainya adalah berlandaskan ajaran Islam.

b)

pembangunan, kebudayaan, peradaban dan pendidikan berasaskan arus perdana kini.

c)

pendidikan sahaja adalah berasaskan ajaran Islam.

d)

pembangunan dan peradaban mengikut pemikiran zaman moden.

7.

Apakah contoh bagi memelihara maruah dan keturunan dalam tamadun Islam?

a)

Larangan agama Islam dalam mendedahkan aurat.

b)

Larangan agama Islam supaya bersifat malu dalam menuntut ilmu.

c)

Perintah agama Islam supaya bergaul bebas antara lelaki perempuan.

d)

Larangan agama Islam dalam melakukan sebarang perjudian dan kerosakan harta

8.

Perkara berikut merupakan perkara dalam Maqasid al-Syar'iyyah KECUALI

a)

memelihara agama.

b)

memelihara jiwa/nyawa.

c)

memelihara akal.

d)

memelihara alam sekitar

9.

Islam agama yang lengkap dengan peraturan hidup dan sempurna. Dalam erti kata lain, Islam ialah

a)

a misterious religion

b)

a miracle religion

c)

a life of happy in the world

d)

a complete way of life

10.

Tokoh X dikenali sebagai Avicenna di Barat dan beliau merupakan seorang ahli perubatan Islam. Siapakah tokoh X yang dimaksudkan?

a)

Al-Kindi

b)

Ibnu Sina

c)

Ibnu Rusyd

d)

Al-Farabi

11.

Muamalat dalam sistem perundangan Islam adalah peraturan yang berkaitan

a)

akidah/tauhid

b)

munakahat

c)

urusan jual-beli, sewa menyewa dan pengurusan pentadbiran

d)

rukun iman dan ihsan

12.

Maksud ayat: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu.." (Al-Zariyat: 56).  Petikan berikut menjelas hak-hak manusia dalam perkara

a)

manusia mempunyai kebebasan sepenuhnya.

b)

mengetahui matlamat hidup.

c)

melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

d)

melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba.

13.

Maksud Uluhiyyah ialah

a)

Tuhan yang berkuasa mencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi.

b)

ketua, pemimpin, pentadbir dan juga pengurus kepada alam ini.

c)

Allah SWT sebagai Tuhan yang Qudus (suci) yang perlu dipuja dan dipatuhi oleh semua makhluk di muka bumi.

d)

pemerintah alam nyata dan bukan nyata (ghaib).

14.

Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal / 20 April 571M yang dikenali sebagai tahun

a)

arnab

b)

gajah

c)

kesedihan

d)

kambing

15.

Khalifah Rasyidin yang kedua ialah

a)

Abu Bakar al-Siddiq.

b)

Ali bin Abi Talib.

c)

Umar bin al-Khattab.

d)

Uthman bin Affan.

16.

Sumbangan tokoh X pada zaman pemerintahan beliau ialah meluaskan lagi wilayah-wilayah Islam dan membukukan al-Quran dalam satu mushaf. Tokoh X ialah

a)

Uthman bin Affan.

b)

Abu Bakar as-Siddiq.

c)

Muawiyah bin Abi Sufyan.

d)

Sultan Muhammad al-Fateh.

17.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan tamadun Islam KECUALI

a)

sumber daripada al-Quran dan al-Sunnah

b)

lahirnya ramai golongan ulama dan cendekiawan Islam

c)

melaksanakan ajaran Islam separuh-separuh

d)

adanya kerjasama antara golongan ulama dan umara

18.

Dua peperangan yang besar berlaku pada zaman Ali bin Abi Talib. Dua peperangan itu ialah

a)

Peperangan Uhud dan Peperangan Siffin.

b)

Peperangan Tabuk dan Peperangan al-Jamal.

c)

Peperangan al-Jamal dan Peperangan Siffin.

d)

Peperangan Tabuk dan Peperangan Uhud.

19.

Ali menyedari bahawa dirinya diciptakan di dunia ini mempunyai tujuan dan mempunyai pengakhiran di akhirat sana.

Dalam situasi berikut menjelaskan bahawa

a)

Ali faham akan hak sebagai manusia yang mengenal siapa dirinya

b)

hak Allah yang perlu diberikan kepada Ali

c)

hak Ali yang memiliki kebebasan dalam memilih

d)

hak Ali untuk memelihara alam sekitar

20.

X bermaksud ketua, pemimpin, pentadbir dan pengurus kepada alam ini.

X ialah

a)

khalifah

b)

perdana menteri

c)

hamba

d)

manusia

21.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal…” (al-Hujurat: 13)

Dalil ayat ini menjelaskan akan 

a)

hak Allah menciptakan manusia

b)

hak Allah memberikan garis panduan

c)

hak manusia membuat pilihan

d)

hak alam sekitar mendapat pemeliharaan daripada manusia

22.

Adik-beradik perempuan isteri, wanita ditalak tiga, wanita dalam ihram dan isteri orang merupakan perempuan yang

a)

boleh dikahwini

b)

haram dikahwini secara sementara

c)

haram dikahwini selama-lamanya

d)

haram dikahwini kerana susuan

23.

Berikut adalah syarat sah menjadi wali KECUALI

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Perempuan

d)

Kerelaan sendiri dan bukan terpaksa

e)

Bukan dalam ihram haji atau umrah

24.

Lafaz seorang suami kepada isterinya seperti "Aku ceraikan engkau", "Aku bebaskan engkau" dan "Engkau berpisah daripadaku" merupakan

a)

talaq sorih

b)

talaq kinayah

c)

talaq mu'allaq

d)

fasakh

25.

Kandungan piagam Madinah mengandungi 47 fasal iaitu

a)

20 fasa - hubungan Islam dan bukan Islam

27 fasa- hubungan antara Islam

b)

23 fasa- hubungan Islam dan bukan Islam

24 fasa -hubungan antara Islam

c)

20 fasa - hubungan antara Islam

27 fasa - hubungan Islam dan bukan Islam

d)

23 fasa -hubungan antara Islam

24 fasa- hubungan Islam dan bukan Islam

26.

Epistemologi ialah perbahasan yang berkaitan

a)

nilai

b)

ilmu

c)

realiti

d)

hari akhirat

27.

Ilmu X ialah ilmu yang diperolehi melalui warisan/genetik dan secara fitrah. Ilmu X yang dimaksudkan ialah

a)

ilmu wahyu

b)

ilmu akal

c)

ilmu pancaindera

d)

ilmu intuisi

e)

ilmu ilham

28.

Aksiologi adalah melibatkan nilai yang lahir melalui

a)

perbuatan dan niat seseorang

b)

keturunan

c)

kekuatan jasad seseorang

d)

kemampuan manusia

29.

ta'lim, ta'dib dan tarbiyyah adalah istilah yang selari dengan

a)

ekonomi

b)

pendidikan Islam

c)

ketamadunan

d)

masyarakat Islam

30.

Integrasi ilmu adalah melibatkan

a)

kesepaduan antara ilmu naqli and ilmu aqli

b)

proses mengeluarkan budaya barat dalam ilmu

c)

ilmu sains dan teknologi dalam pengajian

d)

perkembangan semasa ilmu sains

31.

konsep al-Falah dalam ekonomi Islam melibatkan

a)

amar makruf nahi mungkar

b)

membersihkan hati dan jiwa daripada akhlak tercela

c)

mengeratkan silaturahim dan kasih sayang untuk saudaranya

d)

mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat

32.

Ekonomi Z - hak milik sepenuhnya oleh kerajaan/negara dan keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan/negara. Ekonomi Z ialah

a)

ekonomi Islam

b)

ekonomi kapitalis

c)

ekonomi sosialis

d)

ekonomi harian

33.

Kufi, Thuluth, Nasakh, Diwani, Farisi dan Riq'ah merupakan seni

a)

lakon

b)

bina

c)

lukis

d)

khat

34.

Siapakah ulama yang tidak membenarkan sama sekali bagi lelaki mendengar nyanyian wanita atau sebaliknya sama ada menimbulkan syahwat atau tidak?

a)

Imam al-Ghazali

b)

Dr Wahbah al-Zuhaili

c)

Ibn Hajar al-Asqalani

35.

Seni kesusasteraan adalah termasuk

a)

lakonan

b)

lukisan

c)

al-Quran dan hadis

d)

persuratan

36.

Gambar berkenaan merupakan contoh pintu masjid Nabawi. Seni yang terhasil pada pintu masjid ini adalah kategori seni

a)

permaidani

b)

bina dan ukir

c)

lukis

d)

persuratan

37.

Berikut adalah contoh bagi kategori seni

a)

lukis

b)

ukiran

c)

khat

d)

bina

38.

Ujian yang berlaku di Malaysia seperti banjir besar menjelaskan bahawa

a)

sikap manusia yang tidak menjaga hak alam sekitar

b)

rakyat Malaysia harus berpindah ke planet lain

c)

Malaysia sebuah negara yang mundur

d)

tumbuhan sudah semakin tua dan akan mati

39.

Sidik berhajat untuk terlibat dengan dunia lakonan yang menggabungkan pelakon yang ramai. Apakah kriteria yang harus Sidik pilih bagi memastikan penglibatannya itu tidak menyalahi syarak Islam?

a)

Bebas bergaul tidak kira lelaki wanita

b)

Tidak melampaui batas atau berlebihan

c)

Memilih watak sebagai pelakon yang suka kepada perbuatan maksiat

d)

Menonjolkan simbol dan perbuatan mensyirikan Allah SWT

40.

Orang Islam yang mempunyai jiran yang bukan Islam haruslah menjaga hak jirannya yang bukan Islam iaitu

a)

menyamakan agama mereka dengan agama Islam

b)

memberikan makanan kepada mereka

c)

membantu mereka menjaga anjing peliharaan mereka di rumah sendiri

d)

menerima makanan bukan halal yang diberikan

41.

Seorang pesakit kronik melakukan pembedahan pada hidungnya kerana kecacatan yang teruk akibat kemalangan. Berdasarkan maqasid syariah pelaksanaan pembedahan tersebut

a)

harus kerana menjaga nyawa dan tubuh badan

b)

tetap haram walau apa jua keadaan

c)

sunat kerana ia pembedahan wajah biasa

d)

makruh kerana mengubah rupa

42.

Pilih penyataan yang BENAR mengenai sistem nilai dalam Islam.

a)

Mempunyai hubungan dengan akhlak seseorang

b)

Berasaskan pandangan masyarakat dan pendapat majoriti

c)

Meliputi tingkah laku dan perlakuan manusia pada zaman Rasulullah

d)

Berasaskan konsep al-amr bi al-ma'ruf wa al-nahy 'an al-mungkar.

43.

Pernyataan berikut adalah benar mengenai akidah Islam KECUALI

a)

beriman kepada Allah SWT meliputi nama dan sifat Allah SWT

b)

beriman kepada Allah SWT yang menciptakan seluruh makhluk

c)

berpegang bahawa manusia mempunyai pilihan dalam menentukan tingkah lakunya

d)

berpegang bahawa aliran falsafah lebih mulia daripada aliran salaf

44.

Berikut adalah persamaan antara sistem pemerintahan Islam dengan sistem demokrasi Barat KECUALI

a)

menolak pemerintahan diktator dan kuku besi

b)

mementingkan keputusan bersama dan mesyuarat

c)

mengiktiraf kebebasan bersuara sepenuhnya

d)

mengiktiraf peranan akal dalam menggubal undang-undang

45.

Hukum hantaran kahwin dalam perkahwinan mengikut syarak ialah

a)

harus

b)

wajib

c)

haram

d)

makruh

46.

Apakah tujuan utama prinsip wasatiyyah diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim?

a)

Menggalakkan kesimbangan dalam perkara duniawi dan ukhrawi.

b)

Menggalakkan sikap sederhana dan adil.

c)

Mengabaikan agama.

d)

Membenarkan penindasan.

47.

Penyataan berikut merujuk kepada contoh hierarki alat pencapaian ilmu dalam fakulti kognitif. Susunkan ilmu tersebut mengikut urutan keutamaan. 

a)

Al-Quran → Ilmu laduni →Ilmu empirikal → Ilmu ilham.

b)

Al-Quran → Ilmu laduni → Ilmu rasional → Ilmu empirikal.

c)

Al-Quran → Ilmu rasional → Ilmu laduni → Ilmu empirikal.

d)

Al-Quran → Ilmu rasional → Ilmu empirikal → Ilmu laduni.

48.

Seorang pesakit kronik memerlukan ubat yang haram bagi memelihara nyawanya kerana tiada alternatif lain yang halal pada waktu itu. Berdasarkan maqasid syariah penggunaan ubat tersebut adalah

a)

harus kerana menjaga nyawa lebih utama.

b)

tetap haram walau dalam apa keadaan sekalipun.

c)

sunat kerana ia ubat.

d)

makruh sahaja.

49.

Kesyumulan Islam merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah akidah,syariah dan akhlak. Apakah yang boleh difahami melalui prinsip syariah?

a)

Tuntutan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

b)

Mengandungi ibadah umum dan khusus sahaja.

c)

Merangkumi aspek ibadah, munakahat, muamalat dan jinayat.

d)

Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu cabang syariah.

50.

Maryam merupakan seorang anak tidak sah taraf. Beliau telah diambil oleh Encik Amirul dan Puan Zainab dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai anak angkat kepada pasangan tersebut. Sekiranya Maryam ingin berkahwin, siapakah yang layak untuk menjadi wali baginya? 

a)

Wali hakim.

b)

Bapa kepada bakal suami Maryam.

c)

Datuk Maryam.

d)

Abang Maryam

51.

Ahmad merupakan seorang peniaga buah-buahan. Beliau telah menipu seorang pelanggan dengan menambah berat barangan yang dijual tanpa pengetahuan pembeli. Tindakan ini bertentangan dengan syariat Islam kerana

a)

mengancam keselamatan negara.

b)

mengabaikan kepentingan masyarakat.

c)

merosakkan amalan keagamaan lain.

d)

melanggar hak keadilan dan amanah.

52.

Zaim menjual burung yang masih terbang bebas di udara kepada Rizal dengan harga RM30. Apakah hukum jual beli ini?

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Haram

d)

Sunat

53.

Apakah faktor yang membolehkan seseorang isteri untuk membuat permohonan fasakh?

I.          Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

II.         Suami berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri.

III.        Suami selalu menganiayai isteri seperti memukul, mengugut atau tidak melayannya dengan baik dan adil.

IV.       Suami menghilangkan diri dan tidak diketahui kedudukannya sama ada masih hidup atau mati selama bertahun-tahun lamanya.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

54.

Zarif sering menonton filem yang mengandungi unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta  unsur pornografi. Sebagai individu Muslim, Zarif sewajarnya

a)

membenarkan asalkan menghiburkan.

b)

menonton sahaja tanpa meniru perbuatan tersebut.

c)

mengelakkan daripada menonton kerana bercanggah dengan syariat.

d)

meyakinkan diri bahawa itu hanya lakonan semata-mata.

55.

Ali ingin mendirikan rumah tangga, namun dia risau tidak mampu menyediakan nafkah mencukupi untuk bakal isterinya. Dalam keadaan ini, apakah hukum perkahwinan bagi Ali menurut syariat Islam?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

56.

Hasif adalah anak angkat bagi pasangan suami isteri, Abu Bakar dan Asma. Apakah langkah yang paling sesuai diambil oleh Asma supaya batasan aurat antara Hasif dengan keluarga Asma dapat dijaga?

a)

Hasif perlu disediakan bilik yang khusus kerana beliau bukan mahram.

b)

Hasif boleh bergaul seperti biasa kerana mereka sudah menganggapnya sebagai adik-beradik.

c)

Hasif perlu disusukan kepada saudara perempuan Asma sebelum mencapai usia dua tahun.

d)

Hasif perlu diasingkan daripada kedua-dua pasangan suami isteri sehingga umurnya mencapai remaja

57.

Kebebasan terpimpin dalam ekonomi Islam bermaksud 

a)

tiada kebebasan bersuara.

b)

kebebasan mutlak kepada setiap individu.

c)

bebas memilih sesiapa untuk menjadi pemimpin.

d)

bebas melakukan apa sahaja selagi dalam lingkungan syarak.

58.

Seseorang lelaki yang belum berkahwin didapati melakukan zina bersama perempuan yang telah berkahwin. Apakah hukuman yang sepatutnya  dikenakan ke atas lelaki tersebut berdasarkan undang-undang jenayah Islam? 

a)

Rejam sampai mati.

b)

Sebat sebanyak 80 kali.

c)

Dipancung sampai mati.

d)

Sebat sebanyak 100 kali.

59.

Fatimah telah dituduh oleh suaminya melakukan zina. Di mahkamah, suaminya   memilih untuk melakukan li’an. Apakah kesan utama selepas kedua-dua iaitu suami dan isteri melaksanakan li’an di hadapan hakim?

a)

Fatimah dan suaminya wajib kembali rujuk.

b)

Fatimah dan suaminya haram untuk kembali semula untuk selama- lamanya.

c)

Suami Fatimah boleh membayar kaffarah jikalau hendak bersama semula dengan Fatimah sebagai suami dan isteri.

d)

Fatimah harus beridah selama tiga kali suci daripada haid.

60.

Sistem politik Islam sangat menekankan prinsip Syura dalam pemerintahan. Apakah tujuan utama prinsip ini diterapkan dalam sistem politik Islam?

a)

Menjamin hak minoriti dilindungi sepenuhnya.

b)

Mengelakkan kuasa mutlak oleh pemerintah dan memastikan keputusan musyawarah dapat dicapai bersama.

c)

Memastikan undang-undang sentiasa mengikut perkembangan semasa.

d)

Memudahkan pemerintah bertindak dengan bebas tanpa sekatan.