wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz RAHMY

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Almarhum Hj Mahmood bin Haji Omar dan Almarhumah Hjh Rahmah binti Kawi telah disatukan pada tahun 1934. Soalannya, bilakah tarikh penubuhan RAHMY?

a)

25 Julai 1984

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1986

d)

06 Oktober 1970

2.

Long Hj Akhyak bin Roslan merupakan pesara kerajaan sebagai Pegawai Polis yang telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1950. Soalannya, dimanakah lokasi pertama perkhidmatan beliau selepas menamatkan latihan dengan jayanya?

a)

Balai Polis Sedenak

b)

Balai Polis Kluang

c)

Balai Polis Tampin

d)

Balai Polis Johor Bahru Utara

3.

Ngah Hj Arif bin Hj Mahmood telah mengikuti pengajian perguruan sekitar tahun 1959-1961. Beliau aktif dalam sukan bola sepak dan terpilih dalam kesebelasan pasukan Maktab. Soalannya, berapakah no jersi yang di pakai oleh Ngah Hj Arif pada ketika itu?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

4.

Uda Muhammad Rashid bin Ayub merupakan anak yang ke 4 daripada 5 orang adik beradik yang mana gelaran Pak Chik di kalangan anak-anak saudaranya. Soalannya, apakah nama gelaran @ panggilan di kalangan ibu bapanya serta adik beradik?

a)

Rashid

b)

Chik

c)

Mamat

d)

Acit

5.

Andak Hj Rafai bin Idris adalah seorang yang berkarisma dan sangat bertanggungjawab serta aktif dalam tugasan hakiki mahupun dalam berpersatuan sepanjang hidup beliau. Soalannya, Persatuan sukan manakah beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi?

a)

Persatuan Menembak Daerah Kluang

b)

Persatuan Lumba Basikal Daerah Kluang

c)

Persatuan Bola Sepak Daerah Kluang

d)

Persatuan Bola Tampar Daerah Kluang

6.

Uteh Hjh Maimunah puas menjelajah seluruh Malaysia dengan berpindah sekolah sebanyak 14 kali kerana setia mengikut suami tercinta Uteh Hj Mohamed Saat disebabkan kehendak perkhidmatan. Pasangan ini juga berpeluang mengelilingi dunia sepanjang hayatnya. Soalannya, pada tahun berapakah pasangan ini telah mengikuti jelajah 'world tour' bersama?

a)

1982

b)

1984

c)

1986

d)

1988

7.

Berdasarkan sejarah perkhidmatan, Anjang Hjh Zahrah binti Hj Mahmood telah berkhidmat selama 33 tahun 6 bulan di beberapa jabatan kerajaan yang mana jabatan terakhir adalah di Jabatan Akauntan Negara Johor. Soalannya, berikan jabatan pertama beliau melaporkan diri?

a)

Ibu Pejabat Perubatan dan Kesihatan Negeri Johor

b)

Hospital Daerah Batu Pahat

c)

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Kuala Lumpur

d)

Jabatan Kerja Raya Cawangan Tentera

8.

Alang Hj Ngspar dan Alang Hjh Mazanah telah sah diijab kabulkan pada 10 Jamadil Awal 1421H bersamaan 16 November 1991 hasil bantuan perkenalan oleh rakan mereka di Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP) . Soalannya, berikan nama rakan yang telah memperkenalkan mereka berdua sehingga diijab kabulkan?

a)

Rozita

b)

Rosila

c)

Rosita

d)

Rozila

9.

Chik Hj Md. Noor memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Penggaram, Batu Pahat pada tahun 1964. Pencapaian cemerlang akademik beliau telah mengharumkan nama sekolahnya ketika itu dan sentiasa diingati oleh guru-gurunya. Soalannya, berikut adalah guru-guru Chik Hj. Md. Noor kecuali

a)

Cikgu Mohd Taufik

b)

Cikgu Atan Long

c)

Cikgu Kassim

d)

Cikgu Ismail Ahmad

10.

Busu Badariah merupakan adik beradik yang genius dan terkenal sewaktu di alam persekolahan dan pengajian kerana pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik (Keseluruhan) di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1981. Sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang pendidik, beliau pernah cuba mohon untuk belajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan berjaya dalam temuduga untuk masuk pengajian di UiTM. Soalannya, jurusan apa yang beliau minati pada masa itu?

a)

Senibina

b)

Accounting

c)

Kejuruteraan

d)

Pentadbiran Am