Font size
WorksheetsUJIAN C05
Total questions: 22
Worksheet time: 17mins
Apakah perkara yang perlu diberi perhatian semasa penilaian dalam sistem latihan kemahiran?
Penilaian dijalankan dengan sistematik.
Penilaian dijalankan mengikut silibus yang dibangunkan
Penilaian yang dijalankan dapat menguji kecekapan kemahiran pelajar.
Penilaian yang dijalankan dapat menguji tahap kefahaman dan prestasi pelajar.
Apakah kategori penilaian yang dijalankan untuk menentukan prestasi keseluruhan pelajar selepas satu tempoh pembelajaran?
Sumatif
Formatif
Psikomotor
Pengetahuan
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan “Benar-Palsu”?
Gunakan hanya satu idea untuk satu soalan.
Soalan mestilah menggunakan pernyataan yang umum.
Digalakkan menyalin idea terus dari sumber rujukan seperti buku.
Bilangan pernyataan yang betul mestilah melebihi peryataan yang salah.
Apakah jenis penilaian yang dilaksanakan secara berterusan bagi setiap Competency Unit (CU) dalam sepanjang tempoh Latihan?
Penilaian Tugasan
Penilaian Projek Akhir
Penilaian Kerja Kursus
Penilaian Latihan Industri
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri soalan dalam pembangunan soalan yang berkualiti? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Keakuran
Kesesuaian
Keterampilan
Ketepatan dan kejelasan
Antara berikut, yang manakah bukan faktor utama dalam pengendalian penilaian?
Penyeliaan
Bilangan soalan.
Arahan secara lisan
Suasana persekitaran
Antara berikut, yang manakah perkara yang perlu dinyatakan dalam Penilaian Prestasi? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Tempoh
Tugasan
Kualiti kerja
Keterampilan
Apakah tujuan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)?(PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Menjadi panduan untuk proses pemarkahan.
Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
Memastikan aras kesukaran ujian adalah setara.
Menetapkan jenis soalan yang perlu dibangunkan.
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan Penilaian Prestasi?
Arahan dalam soalan hendaklah jelas dengan menggunakan kata nama yang sesuai.
Digunakan untuk menilai keterampilan calon dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diarahkan.
Soalan boleh terdiri daripada soalan label, soalan jawapan pendek, soalan struktur atau soalan esei.
Mengandungi stimulus dan idea utama soalan hendaklah dinyatakan pada tugasan dan bukan pada stimulus.
Apakah perkara yang dinilai oleh komponen “Proses Kerja” dalam skema pemarkahan Penilaian Prestasi?
Kriteria utama yang dinilai semasa calon melaksanakan kerja atau tugas.
Produk, perkhidmatan atau keputusan yang dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pematuhan langkah kerja utama bermula dari persediaan dan pelaksanaan sehingga menghasilkan produk, perkhidmatan atau keputusan
Aktiviti pematuhan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) bagi memastikan keselamatan diri, benda kerja dan mesin, peralatan atau kelengkapan.
Apakah ciri penilaian yang dapat mengukur apa yang sepatutnya dinilai mengikut keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS)?
Keadilan
Kesahan
Kebenaran
Kebolehpercayaan
Apakah yang dimaksudkan dengan “Perkara Kritikal” dalam skema pemarkahan Penilaian Prestasi Akhir?
Hanya memerlukan satu kriteria sahaja untuk menilai tahap penguasaan calon.
Kriteria utama yang dinilai bagi menentukan sama ada calon terampil atau tidak terampil.
Lulus salah satu perkara kritikal akan menentukan sama ada calon terampil atau tidak terampil.
Calon yang tidak mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) masih boleh dipertimbangkan untuk mengulang semula.
Antara berikut, yang manakah benar mengenai “ketepatan dan kejelasan” soalan?
Soalan yang dibangunkan hendaklah menepati keterampilan yang ditetapkan
Spesifikasi soalan yang dibangunkan hendaklah menepati Jadual Spesifikasi Ujian
Struktur soalan yang dibangunkan menyatakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh calon.
Calon hendaklah diberi peluang yang setara dalam mempelajari perkara yang hendak dinilai.
Apakah perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kesahihan soalan yang dibangunkan? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Konsep soalan.
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk Penilaian Akhir.
Masa menjawab soalan bersesuaian dengan aras soalan.
Jenis soalan sama ada Soalan Pengetahuan atau Prestasi.
Apakah klasifikasi soalan yang memerlukan calon mengingat kembali untuk memberi respon?
Soalan Panduan
Soalan Pemikiran
Soalan Peringatan
Soalan Penganalisaan
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri Penilaian Sumatif? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Dilaksanakan secara kerap dan berterusan.
Dilakukan pada akhir tiap-tiap aktiviti pembelajaran
Dijalankan pada penghujung setiap satu tempoh latihan atau setiap tahap
Dijalankan untuk menentukan prestasi keseluruhan pelajar selepas satu tempoh pembelajaran.
Antara berikut, yang manakah komponen-komponen yang perlu ada dalam soalan? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Arahan
Stimulus
Prestasi
Tugasan
Apakah aras kesukaran yang menguji kebolehan menggunakan pengetahuan serta tidak memperlihatkan implikasi terhadap pengetahuan tersebut?
Aras Asas
Aras Tinggi
Aras Rendah
Aras Sederhana
Pilih soalan penilaian pengetahuan yang berbentuk subjektif?
Esei
Padanan
Benar-Palsu
Aneka Pilihan
Apakah kriteria soalan kategori respon terbuka dalam pembinaan soalan subjektif?
Menghadkan jawapan pelajar melalui skop yang disoal
Menguji perkembangan pelajar terhadap kemahiran psikomotor
Jawapan adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman
Jawapan adalah terhad kerana pelajar hanya memberikan isi berserta sedikit huraian.
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul bagi soalan “Padanan”?
Menyalin idea terus dari buku atau sumber rujukan adalah tidak dibenarkan.
Bilangan tindakbalas atau jawapannya hendaklah lebih satu atau dua berbanding dengan bilangan stimulus
Terdiri daripada senarai tugasan dan keterampilan serta mengandungi arahan untuk memadankan kedua-duanya
Terdiri daripada beberapa pernyataan lengkap dan memerlukan calon untuk menentukan kebenaran pernyataan yang diberi
Apakah ciri-ciri “Distraktor” dalam pembinaan soalan objektif? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Logik, homogen dan tidak berkaitan.
Tidak menggunakan pernyataan yang sensitif.
Pilihan yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan.
Jawapan sentiasa panjang dan diiringi penjelasan.
