wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN SITUASI YANG DIBERIKAN.

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun Stacy tinggal di tengah kota, dia tetap mencari masa untuk melawat keluarganya di kampung.

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Air dicincang tak akan putus

c)

Bagai rusa masuk ke kampung

d)

Bagai kera mendapat bunga

2.

Penduduk di Taman Cendawan berkerjasama bersama-sama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan itu.

a)

Nasi sudah menjadi bubur

b)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

c)

Hidung tinggi

d)

Bagai aur dengan tebing

3.

Jimmy merupakan pemain ragbi yang terhandal di dalam pasukan yang mewakili sekolahnya.

a)

Ayam tambatan

b)

Ringan tulang

c)

Buruk siku

d)

Ulat buku

4.

Sifat Nadia yang lemah lembut dipercayai diwarisi daripada sikap ibunya yang merupakan seorang guru tadika.

a)

Ukur baju di badan sendiri

b)

Bagai bulan dipagar bintang

c)

Bagai pahat dengan penukul

d)

Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya

5.

Sikap saling hormat-menghormati hendaklah diterapkan di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

a)

Bagai kacang lupakan kulit

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

d)

Ada udang di sebalik batu

6.

Pasangan pengantin itu mendapat pujian daripada tetamu yang datang kerana sama cantik dan sama padan

a)

Bagai melepaskan batuk ditangga

b)

Bagai pinang dibelah dua

c)

Seperti kerbau dicucuk hidung

d)

Sudah terhantuk baru tengadah

7.

Walaupun telah dinasihati berulang kali, Adam tetap datang lewat ke sekolah setiap hari.

a)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

Alah bisa tegal biasa

c)

Lembu punya susu, sapi dapat nama

d)

Bagai mencurah air ke daun keladi

8.

Jasa Wong dalam membantu penduduk kampung yang terjejas dengan bencana banjir akan sentiasa dikenang oleh penduduk kampung tersebut.

a)

Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

b)

Siapa makan cili, dia terasa pedasnya

c)

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari

d)

Sediakan payung sebelum hujan

9.

Encik Manalan amat menyayangi kelima-lima orang anaknya dan memberi didikan yang secukupnya untuk mereka sehingga menjadi orang yang berjaya.

a)

Bagai menatang minyak yang penuh

b)

Seperti cincin dengan permata

c)

Bagai layang-layang putus tali

d)

Bagai murai tercabut ekor

10.

Sikap Amirul yang tidak pandai menyimpan rahsiah menyebabkan dia tidak disenangi oleh rakan-rakannya yang lain.

a)

Buah mulut

b)

Otak udang

c)

Cacing kepanasan

d)

Mulut tempayan

11.

Komputer riba ayah tidak lagi dapat digunakan setelah abang cuba untuk membaikinya tanpa kemahiran yang betul.

a)

Sepeti anjing dengan kucing

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Seperti telur dihujung tanduk

d)

Bagai anak ayam kehilangan ibu

12.

Muka kakak kelihatan tidak bermaya setelah penat melayan tetamu yang datang ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri.

a)

Seperti tikus jatuh ke beras.

b)

Bagai ayam berak kapur

c)

Bagai anjing dengan bayang-bayang

d)

Seperti talam dua muka