WorksheetsF5 bab7
Total questions: 100
Worksheet time: 53mins
1.Apakah elemen yang menjadi asas kekuatan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum
I)perpaduan kaum
II)intergrasi nasional
IIII)kemajuan teknologi
IV)penguasaan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
2.Apakah maksud pernyataan berikut :
Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik,agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu
Rakyat Merdeka
Sosial masyarakat
Penyatuan bangsa
Perpaduan kaum
3.Apakah maksud integrasi nasional ?
Keadaan rakyat pelbagai kaum saling bekerjasama
Pengagihan kuasa yang adil antara kerajaan Malaysia
Langkah meningkatkan pembangunan ekonomi negara
Proses merapatkan hubungan masyarakat antara negara
4.Pentadbiran British telah menyebabkan berlaku pemisahan kaum di negara kita
Apakah aspek pemisahan kaum dilakukan ?
I)Ekonomi
II)Teknologi
III)Adat resam
IV)Petempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
5.Apakah kesan pemisahan kaum yang dilakukan dalam pentadbiran British terhadap Tanah Melayu
Kewujudan persaingan sihat
Kemajuan sistem perdagangan
Kerenggangan hubungan kaum
Kepelbagaian kegiatan ekonomi
6.Apakah punca utama kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas Merdeka ?
I) Faham politik
II) Sistem pendidikan
III) Sistem percukaian
IV) Kedatangan imigran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
7.Senarai berikut berkaitan dengan sistem ekonomi British di Tanah Melayu
~Ekonomi komersial
~Ekonomi tradisional
Apakah pentadbiran British yang memperkenalkan sistem ekonomi tersebut ?
Sistem Beraja
Sistem Residen
Sistem Penasihat
Sistem Persekutuan
8.Bagaimanakah British melakukan pemisahan kaum di negara kita ?
I) perbezaan teknologi
II) Perbezaan ekonomi
III) Perbezaan petempatan
IV) Perbezaan adat resam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
9.Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu
~Sekolah Vernakular Melayu
~Sekolah Vernakular Cina
~Sekolah Vanakukar Tamil
~Sekolah Vanakular Inggeris
Apakah kesan daripada sistem pendidikan tersebut?
Setia kepada negara
Sekatan pelajaran selaras
Pengasingan kaum berlaku
Pengurusan yang sistematik
Apakah masalah penubuhan fahaman politik berasaskan kaum sehingga kini?
Mengehadkan penyertaan dari kelas pertengahan
Ketidakselarasan dalam pengurusan dan organisasi
Pemilihan ahli tidak mematuhi perlembagaan negeri
Memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
Kerjasama politik parti pelbagai kaum sudah bermula sebelum merdeka.
Apakah parti tersebut?
Parti Perikatan
Parti Harapan
Parti Bersatu
Parti Negara
Apakah persamaan sumbangan agensi kerajaan berikut?
~Jabatan Perpaduan Negara
~Majlis Muhibah Negara
~Majlis Perundingan Negara
Memajukan sosioekonomi
Membangunkan pendidikan
Memperkasakan perpaduan
Mempertingkatkan prasarana
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan perpaduan kaum di negara kita.
X --------->Mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenal sebagai Rukun Negara.
Apakah X?
Majlis Muhibah Negara
Majlis Perundingan Negara
Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?
Membuka petempatan khas
Mengurangkan kemasukan imigran
Memperluaskan kawasan pertanian
Menyelaraskan perkhidmatan awam
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar pembangunan untuk memajukan ekonomi rakyat dan negara.
Apakah dasar pembangunan ekonomi yang terlibat?
I Dasar Bumi Hangus
II Dasar Kawalan Ekonomi
III Dasar Pembangunan Nasional
IV Dasar Ekonomi Baharu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada tumpuan kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara selepas merdeka.
~ Pembangunan wilayah
~ Pembangunan masyarakat luar bandar
Bagaimanakah pembangunan ekonomi tersebut dilaksanakan?
Rancangan perindustrian berat
Rancangan pemulihan ekonomi
Rancangan pembangunan tanah
Rancangan perkampungan berkelompok
Kerajaan telah memperkenalkan Zon Perindustrian Bebas dalam usaha memajukan bidang perindustrian dan perdagangan negara.
Apakah kawasan yang terlibat?
I Bintulu, Sarawak
II Bayan Lepas, Pulau Pinang
III Pelabuhan Klang, Selangor
IV Temerloh, Pahang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan berikut?
~ Laporan Rahman Talib
~ Laporan Jawatankuasa Kabinet
~ Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Menyusun semula masyarakat
Melahirkan rakyat yang patriotik
Meningkatkan budaya cemerlang
Menerapkan semangat individualisme
Mengapakah berlaku penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar selepas kemerdekaan negara?
Kekurangan buruh mahir
Peluang pekerjaan yang luas
Kemajuan sistem pengangkutan
Pelbagai kemudahan asas
Apakah matlamat kerajaan melaksanakan dasar berikut?
~Akta Bahasa Kebangsaan
~Dasar Pendidikan Kebangsaan
~Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mewujudkan perpaduan kaum
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menjamin kecemerlangan negara
Membina masyarakat berdaya saing
Kerajaan berusaha melahirkan masyarakat yang mempunyai satu identiti bahasa yang sama.
Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?
Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional
Penubuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?
Menggalakkan pelibatan sukan
Mengukuhkan sistem pendidikan
Memperkenalkan Rukun Negara
Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
Apakah kadungan Laporan Jawatankuasa 1979 ?
I) Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum
II) Kurukulum yang berorientasikan negara kita
III ) Pengenalan beberapa mata pelajaran
IV ) Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Laporan Jawatankuasa 1979 memberi penegasan tehadap oendidikan kerohanian.
Bagaimanakah pendidikan kerohanian dan dilaksanakan ?
Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Pengenalan mata pelajaran Kewarga negaraan dan Sivik
Didedahkan dengan pembelajaran berbentuk kemahiran
Diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
Apakah dasar pendidikan yang memperkenalkan kurikulum berikut ?
# Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
# Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Penyata Razak
Kajian Aminuddin Baki
Laporan Rahman Talih
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Maklumat berikut merujuk kepada matlamat dalam program pendidikan negara .
Menguasai tiga bidang asas, iaitu bidang komunkasi ,bidang kemanusiaan dan alam sekitar seta bidang perkembang diri individu.
Apakah program pendidikan tersebut ?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 1989.
Melahirkan genarasi yang berkemahiran
Mengatasi masalah pelajar yang tercicir
Membentuk masyarakat yang saintifik
Memberi fokus kepada elemen KBAT
Mengapakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) digubal pada tahun 1996 ?
Menanam semangat patriotisme
Membentuk generasi yang berilmu
Membentuk pelajar yang seimbang
Melahirkan belia yang berkemahiran
Rajah berikut merujuk kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Penyata Razak 1956 ----> X ----> Jawatankuasa Kabinet 1979
Apakah X?
Akta Pendidikan
Laporan Fenn-Wu
Laporan Rahman Talib
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap negara?
I Menyediakan tenaga kerja mahir
II Memperkukuhkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan kemasukan modal asing
IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan dalam Laporan Rahman Talib.
~ Penggunaan bahasa yang seragam
~ Mengadakan kurikulum yang sama
Apakah kepentingan syor tersebut?
Memupuk perpaduan rakyat
Melahirkan tenaga kerja mahir
Memupuk semangat setia kawan
Mengurangkan sekolah vernakular
Senarai berikut berkaitan dengan cadangan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
~ Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
~ Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?
Jawatankuasa Razak
Jawatankuasa Kabinet
Jawatankuasa Fenn-Wu
Jawatankuasa Rahman Talib
Mengapakah tokoh berikut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?
Melahirkan tenaga kerja mahir
Menjamin kecemerlangan negara
Memperkasakan sekolah vokasional
Memudahkan perkongsian kepakaran
Apakah kesan pengenalan sistem persekolahan aneka jurusan terhadap pelajar?
Peluang untuk membaiki mutu pembelajaran
Pelajar gagal dapat meneruskan persekolahan
Penyelesaian terhadap pelajar yang buta huruf
Pelajar mendapat pendedahan bidang teknologi
Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?
Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan
Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara
Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu
Mengkaji semula pelaksanaan sistem pendidikan negara
Apakah matlamat pembukaan sekolah menengah kebangsaan berikut?
~ Sekolah Alam Shah
~Sekolah Sri Puteri
~Sekolah Sultan Abdul Halim
Menjadi perintis kepada sekolah berasrama penuh
Memperkenalkan mata pelajaran teknik dan vokasional
Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Memperkasakan bahasa Inggeris dalam pengajaran
Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan kedudukn bahsa kebangsaan?
I Penubuhan Mahkamah Persekutuan
II Penggunaan dalam semua urusan perdagangan
III Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
IV Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Akta Bahasa Kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Apakah kepentingan pengenalan akta tersebut?
Memupuk perpaduan rakyat
Mewujudkan masyarakat berilmu
Mengekalkan kedaulatan negara
Mengatasi pengaruh bahasa asing
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan melalui penggubalan Akta Pendidikan 1996.
Bagaimanakah matlamat tersebut dilaksanakan ?
Mewajibkan bahasa Melayu diaajar di semua sekolah
Menyeragamkan sukatan pelajaran di sekolah rendah
Menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
Mengiktiraf bahsa Melayu sebagai bahasa perpaduan
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai alat komunikasi rasmi dalam semua urusan kerajaan.
Apakah bukti pengiktirafan tersebut?
Penerbitan semua bahan bercetak
Penggunaan dalam urusan mahkamah
Penulisan di semua papan pengiklanan
Penetapan terhadap semua sektor swasta
Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu selepas kemerdekaan negara ?
Bahasa rasmi
Bahasa pentadbiran
Bahasa lingua franca
Bahasa ilmu
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan memperkasakan bahasa Melayu di sekolah.
-Bilangan guru terlatih bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan.
-Bilangan guru khas ditambah di sekolah menengah jenis kebangsaan.
Langkah ini bermatlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
Bahasa ilmu
Bahasa ibunda
Bahasa pengantar
Bahasa perpaduan
Mengapakah kerajaan menubuhkan pusat pengajian berikut?
Tahun -- 18 Mei 1970
Penubuhan -- Universiti Kebangsaan Malaysia
Memupuk jati diri rakyat Malaysia
Memperbanyakkan institusi keilmuan
Memperkukuhkan toleransi antara rakyat
Membuktikan bahasa Melayu bahasa ilmu
Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ( IBKKM ) ditubuhkan pada 1 Disember 1972.
Apakah peranan institut tersebut ?
Pusat penerbitan
Pusat penyelidikan
Pusat pengumpulan
Pusat penterjemahan
IBKKM telah ditukarkan kepada nama baharu pada tahun 1992
Apakah nama baharu tersebut ?
Institut Terjemahan Buku Malaysia ( ITBM )
Institut Pentadbiran Awam Negara ( INTAN )
Institut Alam dan Tamadun Melayu ( ATMA )
Institut Pengajian Guru Bahasa Melayu ( IPG )
Senarai berikut berkaitan dengan tokoh UKM yang mendapat pengiktirafan peringkat negara.
- Siti Zainon Ismail
-Muhammad Haji Salleh
Apakah pengiktirafan yang diperoleh ?
Seniman Negara
Sasterawan Negara
Budayawan Negara
Sejarawan Negara
Gambar berikut berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ).
Mengapakah kerajaan menubuhan DBP pada 22Jun 1956 ?
Meningkatkan kadar celik huruf
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan
Bagaimanakah usaha DBP dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu ?
Memberi bantuan biasiswa
Menerbitkan buku dan majalah
Membuka sekolah wawasan
Menaja pelajar ke luar negara
Gambar berikut merupakan logo slogan "Bahasa Jiwa Bangsa".
Apakah agensi kerajaan yang memperkenalkan slogan tersebut ?
Universiti Sains Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara
Dewan Bahasa dan Pustaka
Institut Bahasa Kuala Lumpur
Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan Kebangsaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Apakah kepentingan dasar tersebut?
Menanam taat setia
Mengekalkan identiti negara
Melahirkan semangat patriotik
Menjaga hak peribumi
Maklumat berikut berkaitan dengan Kongres Kebudayaan Melayu.
Tahun --- 1956
Perasmi --- Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua
Tempat --- Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Apakah pihak yang menganjurkan kongres tersebut ?
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Bagaimanakah kerajaan memelihara keperibadian kebangsaan di negara kita /
Menubuhkan Kementerian Wanita dan Keluarga
Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mengadakan majlis rumah terbuka semasa perayaan
Menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah
Antara berikut, yang manakah prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
Islam menjadi unsur yang penting
Adat diraja sebagai elemen utama
Ideologi Rukun Negara diguna pakai
Berteraskan kebudayaan rakyat Melayu
Apakah matlamt utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Mengukuhkan kerjasama antara kaum
Memelihara keperibadian kebangsaan
Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan
Apakah persamaan peranan agensi pelaksana berikut ?
Meningkatkan sektor pelancongan negara
Memelihara maruah negara yang berdaulat
Memperkenalkan estatika kesenian negara
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
Maklumat berikut berkaitan dengan program kebudayaan kebangsaan.
- Dianjurkan sejak tahun 1999.
- Diadakan pada bulan Mei setiap tahun.
-Bertempat di Dataran Merdeka.
Apakah program kebudayaan tersebut ?
Citawarna Malaysia
Festival Seni Selat Melaka
Semarak Bulan Kebudayaan
Program Merakyatkan Seni Budaya
Apakah aktiviti yang dianjurkan dalam Citrawarna Malaysia ?
Pertandingan sajak
Menganjurkan seminar
Perarakan ketenteraan
Memperagakan kebudayaan
Mengapakah kerajaan menganjurkan Citrawarna Malaysia setiap tahun ?
Mengukuhkan ekonomi negara
Memajukan industri pelancongan
Menjamin kecermelangan negara
Menggalakkan kemasukan pelabur
Tokoh-tokoh berikut merupakan tokoh tersohor negara.
-Hamzah Dolmat
-Azah Aziz
-Mathew Ngau Jau
Apakah sumbangan tokoh tersebut ?
Menghasilkan karya bermutu tinggi
Memajukan sistem pendidikan negara
Mendokumentasi budaya kebangsaan
Memartabatkan khazanah asli negara
Tokoh berikut merupakan penggiat budaya negara yang tersohor.
- Samuel Dass
- Mathew Ngau Jau
Apakah persamaan sumbangan tokoh tersebut ?
Kebudayaan
Kesusasteraan
Muzik Tradisional
Tarian tradisional
Sukan merupakan medium untuk memupuk integrasi nasional.
Bagaimanakah matlamat tersebut tercapai ?
Meningkatkan maruah negara
Melahirkan warganegara berdisipin
Mengeratkan hubungan muhibah
Menekankan aspek kerohanian
Mengapakah Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan ( RIMUP ) dilaksanakn di peringkat sekolah ?
Menggalakkan penglibatan murid dalam sukan
Meningkatkan semangat patriotisme pada murid
Menanam kesederan kepentingan menuntut ilmu
Memupuk perasaan saling bertoleransi antara kaum
Gambar berikut berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.
Bagaimanakah program tersebut dapat memupuk perpadaun kaum ?
Mengukuhkan semangat belajar
Melahirkan atlet yang berkaliber
Menyemai minat untuk bersukan
Memupuk semangat setia kawan
Apakah syarat penganjuran sukan tahunan peringkat sekolah ?
Penglibatan komoditi masyarakat
Tiada acara sukan mengikut kaum
Penyertaan pelajar sekolah sahaja
Tiada penajaan daripada pihak luar
Mengapakah Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) dianjurkan secara bergilir-gilir ?
Mengelakkan krisis antara pasukan
Menggalakkan integrasi antara negeri
Mningkatkan kecekapan pengurusan
Memudahkan penajaan syarikat swasta
Senarai berikut berkaitan dengan sukan yang dianjurkan di negara kita.
- Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSS )
- Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM )
Apakah matlamat penganjuran sukan tersebut ?
Memantapkan ekonomi negara
Melahirkan generasi yang sihat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Memajukan industri pelancongan
Sukan Malaysia (SUKMA ) pertama telah diadakan pada 19 April hingga 26 April 1986.
Apakah lokasi sukan tersebut ?
Johor
Pahang
Pulau Pinang
Kuala Lumpur
Gambar berikut berkaitan dengan logo temasnya Sukan Malaysia.
Bagaimanakah sukan tersebut dilaksanakan?
Anjuran peringkat universiti
Diadakan secara dwitahunan
Penglibatan atlet negara luar
Sebagai sukan antarabangsa
Apakah kepentingan pelaksanaan Sukan Malaysia ( SUKMA ) ?
Menjadi acara tahunan negara
Melibatkan penyertaan negara luar
Mempertandingkan semua acara
Mengeratkan perpadaun kaum
Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa.
Apakah faktor kejayaan tersebut ?
Pengiktirafan oleh agensi PBB
Kesungguhan para sukanrelawan
Komitmen baik antara pemimpin
Kemudahan asas yang mencukupi
Senarai berikut berkaitan dengan sukan yang dianjurkan Malaysia.
- Sukan Permotoran Formula 1
- Le Tour de Langkawi
Apakah tahap penganjuran sukan tersebut ?
Sukan negara
Sukan serantau
Sukan tahunan
Sukan antarabangsa
Apakah nilai yang dipupuk melalui sukan berpasukan berikut ?
- Hoki
- Bola sepak
- Badminton
Keadilan
Bersatu paduBe
Bekerjasama
Ketaatan
Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan peringkat antarabangsa.
- Sukan SEA
- Hoki Piala Dunia
- Pesta Bola Merdeka
Apakah rumusan daripada penganjuran sukan tersebut ?
Sukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat
Sukan dapat membentuk masyarakat yang berani
Sukan dapat menjana sumber pendapatan negara
Sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum
Apakah slogan yang melahirkan semangat patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya ?
Malaysia Boleh
Budi Bahasa Budaya Kita
Bersekutu Bertambah Mutu
Muafakat Membawa Berkat
Laungan " Malaysia Boleh " digunakan untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1992.
Apakah kejohanan tersebut ?
Sukan Olimpik
Pestabola Malaysia
Piala Thomas dan Uber
Sukan Permotoran Formula 1
Apakah kepentingan slogan " Malaysia Boleh " terhadap negara ?
Meningkatkan maruah negara
Meningkatkan ekonomi negara
Memajukan sektor pelancongan
Mengukuhkan penyatuan rakyat
Kecemerlangan sukan negara sehingga peringkat antarabangsa memerlukan penglibatan beberapa agensi.
Apakah agensi tersebut ?
Majlis Sukan Negara
Majlis Olimpik Malaysia
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Perundingan Negara
Dialog berikut mungkin berlaku semasa kejohanan Piala Thomas.
Penonton I : Saya bangga dengan slogan " Malaysia Boleh".
Penonton II : Saya juga pasti menggunakan slogan ini.
Penonton III : Slogan ini dapat membantu atlet kita.
Apakah nilai yang diperoleh daripada slogan tersebut?
Bekerjasama
Semangat kental
Berpandangan jauh
Hormat-menghormati
Apakah keunikan perkembangan sukan di negara kita ?
Mendapatkan pengiktirafan peringkat dunia
Mendapat tajaan daripada pihak korporat
Melibatkan kerabat diraja sebagai penaung
Memperoleh sokongan rakyat semua kaum
Senaraikan berikut berkaitan dengan bekas atlet negara yanmg kini menjadi pengurus atau jurulatih pasukan negara.
- David Patrick ( Olahraga )
- Misbun Sibek ( Badminton )
- Jamal Nasir Ismail ( bola sepak )
- Naharudin Mahayudin ( Angkat berat )
Apakah kepentingan peranan mereka ?
Memupuk nilai integriti
Menarik sokongan rakyat
Menjaga perpaduan kaum
Memajukan sukan negara
Gambar berikut berkaitan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ( Sultan Perak )
Apakah sumbangan kerabat diraja berikut terhadap industri sukan negara?
Presiden Majlis Olimpik Malaysia
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
Pernyataan berikut merujuk kepada ideologi negara kita.
Ideologi negara dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
Apakah ideologi negara kita?
Rukun Negara
Wawasan 2020
Lagu Negaraku
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Apakah prinsip hidup masyarakat yang terkandung dalam Rukun Negara?
Nilai kenegaran
Bertanggungjawab
Berilmu pengetahuan
Prinsip individualisme
Rukun Negara mengandungi norma sosial yang mencakapi seluruh aspek kehidupan.
Apakah norma sosial tersebut?
Agama
Budaya
Kesihatan
Pendidikan
Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
Gagasan berikut ditubuhkan di Malaysia selepas kemerdekaan.
- Gagasan pembentukan Rukun Negara
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembentukan gagasan tersebut?
Rusuhan kaum
Ancaman komunis
Kemelesetan ekonomi
Konfronstasi Indonesia
Rukun Negara terhasil daripada perbincangan dan pemikiran beberapa anggota masyarakat dalam sebuah majlis.
Apakah majlis tersebut ?
Majlis Gerakan Rakyat
Majlis Perundingan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Muhibah Negara
Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi oleh
MAGERAN
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Perundingan Negara
PIhak manakah yang menganggotai Majlis Perundingan Negara ?
Majlis Raja-Raja
Badan profesional
Perkhidmatan awam
Kumpulan mahasiswa
Gambar berikut menunjukkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara pada tahun 2020.
Apakah maksud bulan dan bintang yang terdapat pada logo tersebut ?
Amalan perpaduan antara rakyat
Kesetiaan kepada raja dan negara
Prinsip kepercayaan kepada tuhan
Semangat bekerjasama antara rakyat
Apakah maksud warna biru yang digunakan pada angka 50 dalam logo sambutan 50 tahun Rukun Negara?
Kesucian
Perpaduan
Kedaulatan
Keberanian
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara ?
Memupuk sikap berwibawa
Meningkatkan semangat berjuang
Membina masyarakat demokratik
Mencipta masyarakat yang adil
Matlamat pembentukan Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat yang liberal.
Apakah ciri-ciri masyarakat liberal tersebut ?
Bebas mengamalkan adat resam
Mematuhi undung-undung negara
Mempunyai peluang yang saksama
Berjaya menguasai arus pemodenan
Bagaimanakah masyarakat progresif dapat dibentuk melalui Rukun Negara ?
Mengikat kemajuan sains dan teknologi
Mewujudkan persaingan secara positif
Menjamin kebebasan dalam berpolitik
Mengamalkan budaya masing-masing
Apakah prinsip Rukun Negara yang ketiga ?
Keluhuran perlembagaan
Kerjasama asas perpaduan
Kedaulatan undang-undang
Kesetiaan kepada raja dan negara
Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip pertama Rukun Negara
- Kepercayaan Kepada Tuhan
Apakah kebaikan prinsip tersebut terhadap masyarakat ?
Menghormati lambang negara
Berani mempertahankan negara
Hubungan antara kaum terpelihara
Membentuk keperibadian yang baik
Prinsip kelima yang terkandung dalam Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan.
Apakah kepentingan prinsip tersebut ?
Memberi hak kebebasan
Membentuk akhlak mulia
Mengikut perubahan masa
Menjamin keadilan ekonomi
Prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Bagaimanakah rakyat Malaysia menghayati prinsip tersebut?
Mengamalkan sikap berakhlak mulia
Penciptaan pelbagai inovasi dan produk
Menghormati simbol kedaulatan negara
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatanS
Apakah kebaikan pengalaman prinsip Rukun Negara terhadap kehidupan ?
Memupuk keharmonian negara
Memperkasa semangat kenegerian
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Meningkatkan kesejahteraan rakyat
