wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Online Hari Kesihatan Sedunia, ANMS & Perlis Hebat

Total questions: 36

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Hari Kesihatan Sedunia lazimnya di sambut pada _____ pada setiap tahun.

a)

6 April

b)

7 April

c)

6 Mei

d)

7 Mei

2.

Apakah tema Hari Kesihatan Sedunia 2023?

a)

Planet Kita, Kesihatan Kita

b)

Liputan Kesihatan Sejagat : Setiap Orang, Di Mana Sahaja

c)

Kesihatan Untuk Semua

d)

Bersama Membina Dunia Yang Lebih Sihat Dan Saksama

3.

Manakah antara berikut KURANG SESUAI menggambarkan mesej Hari Kesihatan Sedunia

a)

Fakta menunjukkan 30% masyarakat dunia tidak memperolehi akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan

b)

Pencegahan Penyakit Malaria penting dalam menentukan masyarakat dunia adalah selamat dan bebas dari bahaya penyakit Berjangkit.

c)

Masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di mana sahaja mereka berada

d)

Kesihatan Untuk Semua adalah visi bagi masyarakat untuk memperolehi kesihatan yang baik dalam kehidupan mereka di dunia ini

4.

Berikut merupakan “campaign lead image” bagi Sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini

a)

Betul

b)

Salah

5.

Kempen Speak Out : Express Your Right merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mengadvokasikan rakyat Malaysia untuk menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka. Berikut adalah tatacara menegur perokok kecuali:

         

a)

Mulakan niat yang baik untuk menegur

b)

Gunakan perkataan yang baik

c)

Luahkan dengan sopan dan berhemah

d)

Bertindak melulu dengan mematahkan rokok

6.

Jika kita hendak mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Berhenti Merokok, kita boleh layari

a)

Jomduit.moh.gov.my

b)

Jomdoit.moh.gov.my

c)

Jomquit.moh.gov.my

d)

Jomout.moh.gov.my

7.

Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti fizikal selama 60 minit pada setiap hari

a)

Betul

b)

Salah

8.

Antara mesej utama KEMPEN TAKE 5 Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut KECUALI;

a)

Kekal Berhubung – Eratkan Rangkaian Sosial

b)

Makan Secara Sihat – Suku Suku Separuh

c)

Aktifkan Diri – Tingkatkan Kecergasan Diri

d)

Syukur – Hargai Nikmat Kehidupan

9.

Kempen TAKE 5 penting untuk kita lebih kuat dalam memasuki pandemik COVID-19. Terutama dalam komponen kesihatan mental. Pilih pernyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan status kesihatan mental yang baik;

              i.        Jika kita hendak marah, kita perlu bertenang

              ii.        Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

iii.        Kita boleh marah pemandu kenderaan yang membunyikan hon kepada kita

iv.        Tiada masalah untuk kita luahkan rasa tidak puas hati di Facebook dan Twitter, ianya trend masa kini

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii, dan iii

d)

Semua di atas

10.

Ikon Manusia yang terdapat di dalam logo ANMS merujuk kepada?

a)

Mewakili latar rakyat sasaran utama ANMS untuk malaysia lebih sihat

b)

Mewakili budaya sihat sej

c)

Mewakili kecergasan fizikal dan mental

d)

Mewakili 4 teras yang terkandung di dalam ANMS

11.

Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS  telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Manakah antara berikut merupakan teras bagi ANMS;

              i.        Teras 1 - Memantapkan promosi pembudayaan Hidup Sihat

              ii.       Teras 2 - Memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan

iii.      Teras 3 - Memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri

iv.      Teras 4 - Kebersihan Persekitaran

          

a)

i, ii, dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

Semua di atas

12.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan budaya 3M bagi mengelakkan keracunan & pencemaran makanan. Salah satu M ialah amalkan M.A.S.A.K. Manaah berikut bukan menggambarkan komponen di M.A.S.A.K

              i. Masak dengan sempurna

              ii. Simpan dengan betul

              iii. Memastikan makan sedap

              iv. Minum air kosong 8 gelas sehari

    

a)

i, ii, dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i dan ii

d)

Semua di atas

13.

Pilih kenyataan yang betul mengenai Kempen Let’s TALK Minda Sihat

 

i. T merujuk kepada TELL iaitu kongsilah perasaan anda dengan orang yang anda percayai

              ii. A merujuk kepada ASK iaitu minta pertolongan jika anda dalam kesusahan

iii. L merujuk kepada LIFE iaitu anda perlu untuk terus hidup bagi ahli keluarga yang anda sayangi

iv. K merujuk kepada KNOW iaitu tahu di mana anda boleh dapat bantuan dan pertolongan

 

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii, dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

Semua jawapan adalah betul

14.

X-Break merupakan satu kempen bagi menggalakkan seseorang atau kumpulan untuk bergerak aktif tidak kira di mana sahaja atau bila-bila masa sahaja terutama di pejabat, sekolah ataupun rumah. Berikut ialah senaman yang sesuai dilakukan di dalam pejabat kecuali;

     

a)

Squat

b)

Berlari pantas

c)

Latihan Litar

d)

Tekan Tubi

15.

Pencemaran silang atau “Cross Contamination” merupakan pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek atau tempat ke tempat lainnya, bagi mengelakkan pencemaran silang pada makanan kita perlu:

i. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas mengendalikan bahan mentah.

ii. Pastikan permukaan tempat penyediaan makanan dan peralatan bersih sebelum proses penyediaan makanan

iii. Gunakan papan pemotong dan pisau berasingan untuk bahan mentah dan makanan yang telah siap dimasak

iv. Simpan daging, ayam, makanan laut dan telur berasingan daripada semua makanan lain dalam peti sejuk.

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

Semua jawapan adalah betul

16.

Berikut ialah ciri – ciri ubat berdaftar seperti mempunyai Hologram Farmatag dan Nombor Pendaftaran seperti MAL20101234A

a)

Betul

b)

Salah

17.

Apakah nama program penurunan berat badan yang dianjurkan oleh Wellness Hub?

a)

Program Fat Breaker

b)

Program IFitEr

c)

Program Virtual Fun Run

d)

Loss Weight Challenge

18.

Ukur Lilit Pinggang yang normal bagi perempuan ialah:

a)

80 cm ke atas

b)

90 cm ke bawah

c)

85 cm ke bawah

d)

80 cm ke bawah

19.

Penyakit Tekanan Darah Tinggi adalah pembunuh senyap. Tanpa signal dan amaran kita mungkin boleh mendapat komplikasi Penyakit yang lebih kronik. Berapakah bacaan standard tekanan darah yang normal?

a)

130 / 80

b)

120 / 80

c)

115 / 90

d)

125 / 85

20.

Secara umumya kita mengetahui Demam Denggi dibawa oleh Nyamuk. Sila pilih jenis nyamuk yang membawa virus Demam Denggi

a)

Nyamuk Aedes Aegypty dan Aedes Albopictus

b)

Nyamuk Mansonia dan Nyamuk Culex

c)

Nyamuk Tiruk dan Nyamuk Anopheles

d)

Nyamuk Aedes dan Nyamuk Tiruk

21.

Kitaran hidup nyamuk Aedes hanya memerlukan jumlah air yang sedikit sahaja (1 sudu teh) untuk bertelur dan membiak dalam masa 1 minggu dan telur ia boleh bertahan selama enam bulan tanpa air. Pilih kitaran hidup nyamuk Aedes yang betul

a)

Jentik-Jentik – Kepompong – Nyamuk Dewasa – Telur

b)

Telur – Jentik-Jentik - Kepompong - Nyamuk Dewasa

c)

Nyamuk Dewasa – Telur – Jentik-Jentik Kepompong

d)

Jentik-Jentik – Telur – Kempompong – Nyamuk Dewasa

22.

Larangan mutlak bagi pengiklanan ubat dan produk kesihatan adalah seperti berikut kecuali ;

a)

Peningkatan keadaan atau fungsi buah pinggang atau jantung

b)

Pelabelan ubat yang betul

c)

Peningkatan fungsi atau pretasi seksual

d)

Amalan merancang hamil

23.

Kempen Pinggan Sihat diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat Malaysia mengambil menu makanan dengan mengikut porsi saranan yang ditetapkan. Berikut adalah pernyataan yang tepat mengenai Pinggan Sihat kecuali ;

a)

Suku Ikan

b)

¼ Nasi

c)

Suku Ayam

d)

¾ Sayur-sayuran

24.

Di antara berikut pernyataan manakah TIDAK BENAR mengenai objektif terhadap perlaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)?

a)

Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan

b)

Memperkasakan rakyat dalam kawalan kesihatan diri

c)

Memperkukuh kerjasama dalam kalangan rakan strategik untuk mencapai kesejahteraan kesihatan

d)

Mempromosikan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada masyarakat

25.

Terdapat 2 Wellness Hub di Negeri Perlis. Apakah nama bagi Wellness Hub tersebut?

a)

Wellness Hub Arau & Wellness Hub Pauh

b)

Wellness Hub Kangar & Wellness Hub Pauh

c)

Wellness Hub UTC Perlis & Wellness Hub Kangar

d)

Wellness Hub UTC Perlis & Wellness Hub Arau

26.

Apakah nama Klinik Kesihatan yang baru dibina dan telah beroperasi di Negeri Perlis pada 27 Mac 2023?

a)

Klinik Desa Pauh

b)

Klinik Kesihatan Padang Pauh

c)

Klinik Kesihatan Pauh

d)

Klinik Kesihatan Padang Besar

27.

Truck ini dikenali sebagai ....

a)

Wellness On Go

b)

Wellness On Wheel

c)

Wow On Health

d)

ANMS Truck Wellness

28.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari telah mengilhamkan Visi baru bagi warga kesihatan serta masyarakat Perlis secara keseluruhannya. Visi ini ialah bagi mendokong hasrat JKN Perlis dalam mendekatkan perkhidmatan kesihatan terus kepada masyarakat. Apakah tagline terhadap visi tersebut?

a)

Perlis Sihat Milik Semua

b)

Perlis Sihat, Rakyat Perlis Hebat

c)

Perlis Hebat, Sihat Milik Semua

d)

Perlis Sihat Sejahtera

29.

……………… merupakan satu kolaborasi khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasa komuniti untuk mengamalkan budaya hidup sihat, kawalan kesihatan kendiri dan melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

a)

MyKOSPEN

b)

MyHEALTH

c)

MyTrashHERO

d)

MyCHAMPION

30.

Bilakah Hari Kanser Sedunia disambut ?

a)

4 Februari

b)

4 Mac

c)

5 Februari

d)

5 Mac

31.

Berapakah Julat Jisim Indek Tubuh atau BMI bagi Obesiti tahap 1?

a)

18.5 hingga 24.9

b)

25.0 hingga 29.9

c)

30.0 hingga 34.9

d)

40.0 hingga 44.5

32.

Perlis Hebat Sihat Milik Semua merupakan pendekatan dengan merakyatkan perkhidmatan kesihatan, berapakah komponen yang terdapat dalam Perlis Hebat Sihat Milik Semua ?

a)

9 komponen

b)

10 komponen

c)

6 komponen

d)

8 komponen

33.

Pilih kenyataan yang tepat menggambarkan komponen yang terkandung dalam Perlis Hebat, Sihat Milik Semua

 

i. Membudayakan Hidup Sihat & Komuniti Celik Kesihatan

              ii. Memperkasakan Komuniti Sihat & Meningkatkan Program Kecergasan

              iii. Melaksanakan Program Minda Sihat & Digitalisasi Perkhidmatan Kesihatan

              iv. Rawatan Awal & Persekitaran bersih, sihat & selamat

              v. Generasi Anak Ku Sayang

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii, iii dan iv

c)

i, iii dan v

d)

Semua di atas

34.

________________ merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.

 

Pemerkasaan rakyat dalam penjagaan kesihatan adalah penting bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam pencegahan penyakit.

 

Saringan kesihatan secara berkala dapat mengesan penyakit NCD di peringkat awal, rawatan dapat diberikan dengan segera dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup.

a)

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan

b)

Jom Saring Kesihatan

c)

Inisiatif Saringan Negeri Perlis

35.

3R adalah amalan mengurangkan janaan dan pelupusan sisa pepejal ke tapak pelupusan. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai kempen ini.

a)

REUSE

b)

RECYCLE

c)

REJUVENATE

d)

REDUCE

36.

Pelan strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) mempunyai 4 Teras, (a)   strategi dan 24 Inisiatif