wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SRGH2 PRA-KUIZ PENGURUSAN PEJABAT NPQEL 2023

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara peranan Ketua Jabatan ialah menyemak dan menilai semula visi, misi, objektif, fungsi, slogan Q, piagam pelanggan dan carta organisasi agar mencapai matlamat kerajaan tetapi tidak digalakkan untuk menyedia dan melaksana program kualiti jabatan.

a)

Betul

b)

Salah

2.

2. Selaku Ketua Jabatan yang baharu dilantik, tugas utama yang dilaksanakan ialah membuat analisis persekitaran.

a)

Betul

b)

Salah

3.

3. Antara syarat untuk pengesahan jawatan ialah berkhidmat dalam tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun dan hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda dalam perkhidmatan dan diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

a)

Betul

b)

Salah

4.

4. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Sijil Penghargaan untuk pegawai mereka sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum mereka menamatkan perkhidmatan.

a)

Betul

b)

Salah

5.

5. Buku Perkhidmatan Kerajaan adalah bertaraf SULIT.  Walau bagaimanapun pegawai boleh melihat dan menyemak butir-butir peribadi, maklumat cuti, maklumat perkhidmatan, lembaran kelakuan dan maklumat-maklumat lain.

a)

Betul

b)

Salah

6.

6. Pegawai tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada  Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

a)

Betul

b)

Salah

7.

7. Ketua Jabatan perlu menyediakan panduan dan tanda arah serta simbol berhubung pencegahan kebakaran yang jelas dan mudah difahami dengan merujuk kepada Pelan Tindakan Kebakaran.

a)

Betul

b)

Salah

8.

8. Surcaj adalah jenis-jenis hukuman tatatertib.

a)

Betul

b)

Salah

9.

9. Penjawat awam lelaki boleh memakai kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya serta capal juga boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

a)

Betul

b)

Salah

10.

10. Ketua Jabatan yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan ini; hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

Betul

b)

Salah