wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TAMRIN SAINS SOSIAL ZON 1 2023 (MENENGAH ATAS)

Total questions: 100

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut merupakan kerajaan Alam Melayu yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada kerajaan Alam Melayu selepasnya.

                       

Funan

Champa

X

 

Apakah kerajaan X?

a)

Srivijaya

b)

Temasik

c)

Selangor

d)

Pahang

2.

Maklumat berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.

           

Ciri:

Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui seseorang raja

  

Apakah ciri tersebut?

a)

Rakyat

b)

Kerajaan

c)

Kedaulatan

d)

Wilayah Pengaruh

3.

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran

yang mantap dan tersusun.

            Apakah bentuk sistem pemerintahan tersebut?

a)

Pentadbiran wilayah

b)

Pentadbiran berpusat

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Pembesar Empat Lipatan

4.

Dalam Hukum Kanun Melaka terdapat golongan yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.

Siapakah golongan tersebut?

a)

Hakim

b)

Wanita

c)

Pedagang luar

d)

Pembesar negeri

5.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan konsep nasionalisme?

a)

Rakyat terlibat dalam pentadbiran

b)

Pengenalan birokrasi barat

c)

Penjajahan terhadap negara lain

d)

Cinta akan bangsa dan negara

6.

Perang Dunia Pertama telah tercetus pada tahun 1914.

           

Apakah faktor pemangkin perang tersebut?

a)

Perluasan pengaruh Itali di Habsyah

b)

Perbezaan ideologi politik dan ekonomi

c)

Penubuhan blok baharu di Barat

d)

Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary

7.

Mengapakah Itali menganggap Perjanjian Versailles adalah tidak adil?

a)

Tidak diberikan tanah jajahan baharu

b)

Kejadian Pemberontakan Paris

c)

Termeterai Perjanjian Versailles

d)

Dikehendaki membayar pampasan perang

8.

Nama samaran “Lion Of Malaya” digunakan sebagai propaganda menentang Jepun.

            Siapakah tokoh yang menggunakan nama samaran tersebut?

a)

Albert Kwok

b)

Sybil Kathigasu

c)

Gurchan Singh

d)

Dr. Abdon Clement

9.

Siapakah yang dilantik menjadi ketua pentadbir dalam Malayan Union?

a)

Gabenor British

b)

Residen Jeneral

c)

Penasihat British

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

10.

Desakan kerajaan British terhadap Vyner Brooke telah membawa kepada penyerahan Sarawak kepada british.

            Mengapakah British berminat untuk meguasai Sarawak?

a)

Memulihkan keamanan

b)

Kepentingan pelaburan

c)

Melancarkan pentadbiran

d)

Mengukuhkan pertahanan

11.

Friedrich Engels telah memperkenalkan sebuah karya berjudul

Communist Manifesto.

Apakah ideologi yang cuba disebarkan oleh beliau?

a)

Kapitalisme

b)

Liberalisme

c)

Demokrasi

d)

Komunis

12.

Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah telah memberi kesan yang besar kepada penduduk Tanah Melayu.

Apakah kesan peristiwa tersebut?       

a)

Pengisytiharan Darurat

b)

Pembubaran Kesatuan Sekerja

c)

Parti Komunis Malaya di perkenalkan

d)

Pasukan keselamtan terus diperkukuhkan

13.

Bagaimanakah cara untuk memastikan negara kita terhindar daripada ancaman komunis pada masa akan datang?        

a)

Menyertai prosos pilihanraya

b)

Mendapat Pendidikan yang terbaik

c)

Mempertahankan negara daripada ancaman musuh

d)

Patuh pada undang-undang perintah berkurung

14.

Bagaimanakah konsep kemerdekaan yang hendak diperjuangkan oleh

Parti kebangsaan Melayu Melaya ( PKMM )    

a)

Rundingan

b)

Pecah dan perintah

c)

Pertumpahan darah

d)

Konsep Melayu raya

15.

Bagaimanakah hasil rundingan antara Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum   (CLC) dan UMNO?

a)

Penubuhan RIDA

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Pilihanraya umum diadakan

d)

Mempertahankan maruah bangsa

16.

Apakah sistem pentadbiran yang wujud hasil daripada perlaksanaan pilihan raya di negara kita?      

a)

Tirani

b)

Birokrasi

c)

Demokrasi

d)

Aristokrasi

17.

Gambar berikut merujuk kepada peranan seorang wanita yang memberi sumbangan dalam usaha memerdekakan negara.

(Gambar - Datuk Siti Rahimah Kassim)

Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan sumbangan beliau?

a)

Jujur

b)

Amanah

c)

Keadilan

d)

Pengorbanan

18.

Mengapakah pilihan raya tempatan pertama diadakan di Sarawak pada tahun 1956?    

a)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri 

b)

Penyertaan dalam pengabungan Malaysia

c)

Penolakan terhadap pentadbiran British 

d)

Penyatuan hubungan pelbagai kaum

19.

Apakah asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Penubuhan Sistem Ahli 

b)

Pilihan Raya Umum 1955 

c)

Pembentukan Jawatankuasa Kerja

d)

Pelaksanaan Majlis Perundangan Persekutuan

20.

Siapakah yang mempengerusikan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan?   

a)

Lord Reid 

b)

Sir William Mckell

c)

Hakim Abdul Hamid

d)

Sir Ivoning Jennings

21.

"Allah Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas".

                Sifat Allah SWT di atas merujuk kepada maksud

a)

Al Malik

b)

Al Qawiy

c)

Al Jabbar

d)

Al Muntaqim

22.

Dilaksanakan selepas selesai melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, dalam keadaan suci dari hadas dan menutup aurat.

a)

wukuf

b)

tawaf

c)

sa'ie

d)

bercukur

23.

Mad Silah terbahagi kepada dua bahagian iaitu

a)

Asli dan Far'ie

b)

Kubra dan Sughra

c)

Towilah dan Qasirah

d)

Maal Ghunnah dan Bila Ghunnah

24.

Antara berikut yang manakah memenuhi ciri-ciri munafik.  

a)

Berdusta bila berbicara

b)

Menepati janji

c)

Tidak khianat

d)

Sentiasa mendengar pandangan orang lain

25.

Berikut adalah bahagian-bahagian Qalqalah kecuali

a)

sughro

b)

akbar

c)

kubro

d)

towilah

26.

Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan

a)

Kafir

b)

Munafik

c)

Murtad

d)

Musyrik

27.

Manakah di antara berikut maksud bagi bersikap benar?

a)

Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan

b)

Tidak berdusta dari segi perkataan, amalan dan perbuatan

28.

Seseorang yang bersikap benar akan terhindar daripada sifat...........

a)

Fasiq

b)

Munafik

29.

"Allah Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas".

         Sifat Allah SWT di atas merujuk kepada maksud

a)

Al Malik

b)

Al Qawiy

c)

Al Jabbar

d)

Al Muntaqim

30.

Khulafa' Ar-Rasyidin merupakan gelaran yang diberikan kepada ____ orang sahabat yang memegang jawatan sebagai pemimpin negara selepas kewafatan Rasulullah SAW.

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

31.

Tempoh pemerintahan Kerajaan Khulafa` Ar-Rasyidin adalah selama

a)

29 tahun

b)

39 tahun

c)

19 tahun

d)

49 tahun

32.

Pengasas kerajaan bani Umaiyah ialah

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Abdul Malik bin Marwan

c)

Umar bin Abdul Aziz

d)

Al Walid bin Abdul Malik

33.

Pilih tiga sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

a)

Menjadikan Damsyik pusat pemerintahan

b)

Membina rumah transit

c)

Menaiktaraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat

d)

Mengasaskan dewan penasihat

34.

MEMBINA RUMAH TRANSIT BAGI PARA PEDAGANG.

       Sumbangan di atas adalah bagi khalifah

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Abdul Malik bin Marwan

c)

Al Walid bin Abdul Malik

d)

Umar bin Abdul Aziz

35.

Baitul Hikmah ialah......................

a)

Pusat Pentadbiran Negara

b)

Perpustakaan dan Pusat Penterjemahan

c)

Pusat Penyelidikan

d)

Balai Cerap

36.

Berniat ikhlas kerana Allah

       Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata

       Pernyataan di atas merupakan tuntutan bersikap benar dari aspek

a)

Tutur kata

b)

Niat dan kemahuan

c)

Keazaman dan cita-cita

d)

Tugas

37.

Apakah maksud khauf?

a)

takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi perintah dan larangan-Nya

b)

takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangan-Nya

c)

takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan melakukan segala larangan-Nya

38.

Berikut adalah konsep khauf dan raja' kecuali

a)

Rasa takut kepada Allah tetapi tindakan tidak selari dengan syarak

b)

Mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan ibadat dan manjauhi laranganNya

c)

Ganjaran syurga menjadi motivasi untuk mendekatkan diri kepada Allah

39.

Berikut adalah akibat tidak beradab terhadap orang sakit dan orang kurang upaya kecuali

a)

wujud sikap pentingkan diri sendiri

b)

pesakit akan menghadapi tekanan emosi

c)

keluarga pesakit akan dihina oleh masyarakat

d)

menjalin hubungan yang erat dengan pesakit

40.

Berikut ialah ciri umat cemerlang kecuali...

a)

Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi, mebangunkan negara dan membasmi kemiskinan.

b)

Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya

c)

Mencegah diri daripada melakukan kezaliman kefasikan dan kekejaman.

d)

Menggunakan kekayaan didunia dan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

41.

Gambar rajah dibawah menunjukkan sebahagian Cogan Alam. Apakah yang terdapat pada kawasan X  ?

a)

Jata Negara

b)

Anak bulan dan bintang

c)

Empat ekor harimau sedang berdiri

d)

Lambang 11 buah negeri Tanah Melayu

42.

Apakah maksud alat kebesaran diraja?

a)

Sekumpulan alatan untuk majlis pesta keraian raja.

b)

Sekumpulan alatan untuk majlis hiburan sultan.

c)

Sekumpulan alatan milik kerajaan atau pemerintah.

d)

Sekumpulan alatan kebesaran seorang raja atau sultan.

43.

Antara berikut, yang manakah dikenali sebagai Perhiasan Diraja?

 

        I.  Cogan Alam

     II.  Gandik Diraja

  III.  Pending Diraja

  IV.  Keris Panjang Diraja

a)

I dan II 

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Pilih antara berikut logam yang menjadi pilihan bagi menghasilkan alat kebesaran dan perhiasan Diraja

 

        I.  Emas

     II.  Perak

  III.  Gangsa

  IV.  Tembaga 

a)

I dan II 

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Manakah antara berikut nama bentuk solek bagi Tengkolok Diraja di atas?

a)

‘Ketam Budu’ 

b)

‘Belalai Gajah’

c)

‘Ayam Patah Kepak’

d)

‘Dendam Tak sudah’

46.

Pilih antara berikut media yang menjadi pilihan dalam karya lukisan barat pada abad ke-14.

        I.  Kapur

     II.  Arang

  III.  Pensel

  IV.  Krayon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

Maklumat di bawah merujuk kepada seorang tokoh pelukis aliran Renaissance.

·         Seorang penulis, pelukis dan arkitek terkenal

·         Dikenali sebagai ‘Sejarawan Seni yang Pertama’

 

              Siapakah tokoh tersebut ?

a)

Titian

b)

Raphael

c)

Giorgio Vasari

d)

Rembrandt van Rijn

48.

Gambar rajah di bawah menunjukkan karya seni catan aliran Impresionisme oleh Claude Monet.

Apakah prinsip rekaan paling ketara dalam karya tersebut?

a)

Penegasan

b)

Kesatuan

c)

Imbangan

d)

Irama dan pergerakan

49.

Mengapakan aliran Impresionisme di anggap sebagai aliran terpenting menjelang abad ke-19?

a)

Saiz karya dihasilkan semakin besar 

b)

Pengunaan cat air mula diutamakan

c)

Karya mula dihasilkan di luar bangunan

d)

Penekanan kepada realiti tanpa tokok tambah

50.

Apakah imej yang sering digambarkan dalam seni lukisan pada zaman dahulu?

a)

Keindahan alam

b)

Pokok dan figura

c)

Sungai

d)

Figura

51.

Apakah teknik yang sering digunakan oleh pelukis aliran Renaissance dalam karya yang dihasilkan?

a)

Glazing

b)

Chiaroscuro

c)

Alla prima

d)

Impasto

52.

 

Aliran seni ini kerap menggunakan warna- warna yang kusam, suram dan kelam’

 

Apakah aliran yang dimaksudkan di atas?

a)

Rococo

b)

Baroque

c)

Romantisisme

d)

Naturalisme

53.

Apakah media catan yang digunakan yang digunakan pada Renaissance dalam seni lukis Eropah?

a)

Cat minyak

b)

Cat akrilik

c)

Cat poster

d)

Cat spray

54.

Siapakah pelukis yang terkenal pada zaman Romantisisme?

a)

John Ruskin

b)

Serwart Walden

c)

Gustave Courbet

d)

Marchel Duchamp

55.

Karya yang dihasilkan untuk golongan diraja merujuk kepada aliran apa?

a)

Baroque

b)

Rococo

c)

Neoklasisisne

d)

Renaissance

56.

Prinsip asas seni ukiran yang utama ialah

a)

Kontra dengan persekitaran

b)

Harmoni dengan persekitaran

c)

Orang Cina gemar motif teratai

d)

Orang Melayu gemar motif flora

57.

Antara berikut di manakah sesuai untuk ukiran kaligrafi?

a)

Pintu rumah

b)

Masjid

c)

Perabot

d)

Pejabat

58.

Antara berikut, yang manakah media komunikasi yang tidak menggunakan ilustrasi?

a)

Poster

b)

Papan iklan

c)

Tanda jalan

d)

Papan peraga

59.

Apakah yang dimaksudkan dengan genre dalam seni foto?

a)

kaedah foto yang dihasilkan

b)

tujuan seni foto dihasilkan

c)

jenis atau kategori seni foto

d)

saiz seni foto

60.

Yang manakah genre seni foto yang mengekspos seseorang sebagai objek?

a)

Genre kewartawanan

b)

Genre dokumentari

c)

Genre landskap

d)

Genre potret

61.

Dalam satu pasukan bola sepak, apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?

a)

Mengawal penyerang lawan

b)

Mengawal pemain penyerang

c)

Menjadi penyerang sayap

d)

Menjadi pemain penyerang sokongan

62.

Bagaimanakah pemain pertahanan dalam satu pasukan bola sepak ketika dalam formasi 5:4:1 mengeluarkan bola dari kawasan gol?

a)

Menggunakan hantaran leret

b)

Menggunakan tendangan deras

c)

Menggunakan kemahiran menyerkap

d)

Mengucar-ngacirkan pertahanan lawan

63.

Dalam permainan bola jaring, apakah kemahiran asas yang digunakan supaya bola dapat diterima dengan cepat dan tepat

a)

Gerakan pivot

b)

Mengadang sisi

c)

Hantaran aras dada

d)

Menjaring dua belah kaki

64.

Bagaimanakah pemain GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?

a)

Membuat pusingan

b)

Membuat hantaran lob

c)

Membuat dodge ke belakang

d)

Melompat dengan dua belah kaki

65.

Antara berikut, kemahiran manakah digunakan dalam strategi bertahan dalam perlawanan bola jaring tiga lawan tiga?

I       Melompat

II      Memintas

III     Menjaring

IV     Hantaran sisi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

66.

Antara berikut, manakah merupakan matlamat mengadang dalam strategi bertahan permainan sepak takraw?

 

       I        Mengelirukan pihak lawan

       II       Mematikan bola di gelanggang lawan

       III      Memastikan bola tidak berjaya di rejam ke gelanggang sendiri

       IV     Memastikan bola tidak berjaya di rejam ke gelanggang pihak lawan 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

67.

Apakah yang mempengaruhi servis yang dilakukan oleh tekong?

a)

Strategi servis yang telah dirancang

b)

Tandukan yang dibuat oleh pihak lawan

c)

Kedudukan tekong di dalam gelanggang

d)

Situasi lambungan bola daripada pemain apit

68.

Apakah matlamat bertahan menggunakan kemahiran menerima bola dalam satu perlawanan sepak takraw? 

a)

Melakukan servis ke pelbagai sasaran yang sesuai

b)

Mengelakkan pergerakan tidak berjaya dibaca oleh pihak lawan

c)

Memastikan sama ada bola yang terbias atau melepasi adangan dapat dikawal

d)

Memastikan serangan bola yang dilakukan oleh pihak lawan berjaya dikawal semula

69.

Antara berikut, manakah merupakan sasaran yang telah ditetapkan apabila servis dilakukan dalam permainan tenis

a)

Sasaran 1 dan 4

b)

Sasaran 3 dan 5

c)

Sasaran 1, 2 dan 3

d)

Sasaran 1, 3 dan 5

70.

Apakah tujuan pukulan kilas dilakukan dalam strategi bertahan semasa bermain tenis?

 

  I       Mengembalikan pukulan pihak lawan yang menyerang di sebelah kiri

  II      Mengembalikan pukulan pihak lawan yang menyerang di sebelah kanan

  III     Mengelakkan pemain lawan mengembalikan pukulan laju dan lebih selamat

   IV   Menyelamatkan bola daripada dimatikan oleh pemain yang sedang melakukan serangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

71.

Mengapakah servis yang baik perlu dilakukan oleh pemain setelah smesy dibuat semasa bermain tenis?

a)

Bagi memastikan penyerang dapat mematikan bola

b)

Bagi mendapatkan bola tanggung di hadapan jaring

c)

Bagi memastikan pemain dapat melakukan pukulan kilas

d)

Bagi mengembalikan bola lambung yang berada di tengah gelanggang

72.

Apakah kelemahan kemahiran puulan lob semasa bertahan semasa sedang bermain tenis?

a)

Sukar dihantar ke sasaran yang tepat

b)

Selalu keluar dari garisan gelanggang

c)

Menyebabkan bola terkandas di hadapan jaring

d)

Sukar dilakukan jika pemain lawan membuat pukulan laju dan pantas

73.

Tabata merupakan salah satu senaman kecergasan yang diperkenalkan oleh Dr. Tabata Izumi dan sekumpulan pengkaji daripada National Institute of Fitness and Sports di Tokyo. Senaman tabata merupakan intensity tinggi iaitu high intensity _________ training (HIIT).

a)

Interactive

b)

Independent

c)

Interval

d)

Innovative

74.

Permainan tenis merupakan kategori ……….

a)

Serangan

b)

Jaring

c)

Memadang

d)

Sasaran

75.

Berikut merupakan senarai aktiviti yang sesuai dilakukan semasa melakukan senaman Tabata, kecuali

a)

Push up

b)

Mountain climbers

c)

Hiking

d)

Jumping jack

76.

Abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual sebelum nikah perlu untuk menangani masalah hubungan seksual sebelum nikah kerana kesannya sangat mendalam terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Apakah maksud abstinen?

a)

Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah

b)

Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual selepas nikah

c)

Kemahiran mengawal diri terhadap hawa nafsu

d)

Kemahiran mengawal diri daripada melakukan tindakan seksual berisiko

77.

Apakah kesan seks sebelum nikah kepada masyarakat?      

a)

Mencemarkan reputasi diri

b)

Kemorosotan tahap kesihatan

c)

Melahirkan zuriat luar nikah

d)

Peningkatan masalah sosial

78.

Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap iaitu menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada badan atau menelannya. Pernyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh…….  

a)

Keldai dadah

b)

Kartel dadah

c)

Penagih dadah

d)

Penyalahgunaan dadah

79.

Apakah maksud kemurungan?  

a)

Penyakit yang melibatkan gangguan pada mental

b)

Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan mental

c)

Penyakit psikologi yang melibatkan masalah kesihatan fizikal

d)

Penyakit yang dialami oleh mereka yang diganggu makhluk halus

80.

Apakah punca-punca kemurungan?

 

I          Berjaya dalam pelajaran

II         Kehilangan orang tersayang

III        Masalah keluarga

IV        Mangsa penderaan      

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

I, III, IV

d)

II, III, IV

81.

Pilih peribahasa yang sesuai untuk tajuk menabung

a)

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

b)

ada padi semua kerja jadi

c)

bagai isi dengan kuku

d)

jauh di mata, dekat di hati

82.

Apakah faedah membuat simpanan di bank?

a)

untuk membeli alat permainan

b)

untuk membeli makanan yang tidak sihat

c)

dapat digunakan semasa kecemasan

d)

untuk digunakan semasa pergi ke kafe siber

83.

Hasil tabungan yang dibuat dapat membantu meringkan bebanan ibu bapa kerana duit tersebut dapat digunakan bagi membeli keperluan pendidikan seperti...

a)

membayar yuran sekolah

b)

membeli telefon bimbit

c)

membeli peralatan sukan

d)

membeli kad terup

84.

Di manakah tempat kita digalakkan menyimpan wang?

a)

Kedai runcit

b)

Bank

c)

Perpustakaan

d)

Rumah

85.

Antara yang berikut, manakah kebaikan menabung?

a)

Pupuk sikap berjimat

b)

Membeli belah sesuka hati

c)

Meminjam duit rakan

d)

Membelanja kawan makan

86.

Antara yang berikut BUKAN kebaikan menabung?

a)

Simpanan masa depan

b)

Kegunaan semasa kecemasan

c)

Membeli belah di pasaraya sesuka hati

d)

Meringankan beban ibu bapa

87.

Pilih salah satu sikap berjimat.

a)

Membeli barang berjenama mewah

b)

Membeli 8 pasang kasut sukan

c)

Membeli 10 helai pakaian berjenama

d)

Menyimpan baki duit dalam tabungan

88.

Amirul boleh melabur untuk mendapatkan keuntungan dengan

a)

melabur dengan orang yang tidak dikenali

b)

tidak membeli saham

c)

menyertai skim cepat kaya

d)

membeli hartanah

89.

Apakah dimaksudkan sebagai pelaburan?

a)

Menyimpan wang dalam akaun simpanan di bank

b)

Keuntungan dalam tempoh yang singkat.

c)

Salah satu cara untuk mendapatkan keuntungan daripada simpanan atau pembelian aset.

d)

Wang yang dilaburkan akan dibekukan.

90.

..........................ialah suatu amaun yang telah dipinjam tetapi belum dibayar.

a)

Simpanan

b)

Hutang

c)

Kredit

d)

Pelaburan

91.

Berikut yang manakah bukan ciri-ciri usahawan?

a)

fleksibel

b)

takut untuk gagal

c)

berdikari

d)

tabah

92.

Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan

a)

Puan Munirah menambahkan stok buku di kedainya

b)

En Sharmin melantik dua orang Pengurus Pemasaran di syarikatnya

c)

En Ahmed merasmikan cawangan baharu perniagaannya

d)

Kumutha membuka pusat asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

93.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian usahawan:

Pengusaha Pemaju perumahan mengalami kegagalan semasa kegawatan ekonomi tetapi masih berusaha untuk menyiapkan projek yang terbengkalai walaupun kemungkinan perumahan itu tidak dapat dijual.

Apakah ciri-ciri usahawan tersebut?

a)

Tabah

b)

Berani mengambil risiko

c)

Pandai mengambil peluang

d)

Berinisiatif dan bertanggung jawab

94.

Encik Adam Haris telah bekerja lebih masa setiap hari bagi memastikan perniagaannya beroperasi dengan berjaya di peringkat awal memulakan perniagaan masakan “western food”.

Apakah ciri keperibadian seorang usahawan yang ada pada Encik Adam Haris?

a)

Kreatif dan inovatif

b)

Berani untuk gagal

c)

Yakin dan optimstik

d)

Komitmen yang tinggi

95.

Siapakah antara berikut yang mempunyai ciri-ciri usahawan?

a)

Chin membeli barang di pasar raya

b)

Hamid membeli hasil pertanian dan menjualnya semula.

c)

Malar membeli barangan lama dan mengubah suai menjadi barangan baharu.

d)

Francis membeli barangan pada harga rendah dan menjual dengan harga tinggi.

96.

Individu yang sanggup memulakan usaha teroka, bersifat inovatif dan kreatif, mewujudkan pasaran baharu serta sanggup mengambil risiko dikenali sebagai _____________

a)

Usahawan

b)

Peniaga

c)

Pekerja

d)

Pengurus

97.

Yang manakah antara berikut adalah usahawan?

a)

Membeli dan menjual semula produk di pasaran.

b)

Peniaga online.

c)

Mencipta produk makanan yang baru dan menjualnya di pasaran.

d)

Peniaga bundle.

98.

Apakah salah satu sumbangan usahawan kepada masyarakat?

a)

Memberi derma.

b)

Memberi produk secara percuma.

c)

Memberi bantuan kewangan.

d)

Mewujudkan peluang pekerjaan.

99.

Siapakah di bawah ini merupakan seorang usahawan?

a)

Datuk Lee Chong Wei

b)

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

c)

Datuk Aliff Syukri

d)

Datuk Azizulhasni Awang

100.

Mengapakah Dato' Sri Siti Nurhaliza seorang usahawan?

a)

Kerana beliau merupakan seorang penyanyi.

b)

Kerana beliau merupakan pengasas kepada produk Simplysiti.

c)

Kerana beliau adalah isteri kepasa seorang usahawan terkenal.

d)

Kerana beliau adalah seorang peniaga.