wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji Topik 6&7 AP025

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara." Pernyataan ini merupakan peranan perniagaan antarabangsa berkaitan

a)

Pasaran luas

b)

Pemindahan teknologi

c)

Mobiliti guna tenaga

d)

Tukaran asing

2.

Manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR tentang usahasama.

 

a)

Gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan untung  serta mencapai misi tertentu

b)

Usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman  dan menembusi pasaran di Negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan

c)

Boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minority dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu.

d)

Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap asset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.

3.

- Strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat.

- Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak.

Kaedah perniagaan antarabangsa yang sesuai dengan pernyataan berikut adalah

a)

Import

b)

Kontrak pengeluaran

c)

Eksport

d)

Perlesenan

4.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang konsep pasaran menimbul

a)

Merupakan negara-negara yang miskin @ kecil seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico

b)

Negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya

c)

Merupakan penerima pelbagai program sokongan kewangan antarabangsa untuk meningkatkan taraf ekonomi

d)

Tujuannya mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa

5.

"Syarikat-syarikat yang menceburi bidang perniagaan antarabangsa berhadapan dengan masalah-masalah seperti pertindanan tugas dalam kalangan kakitangan, konflik berkaitan bidang kuasa dan pertambahan dalam bilangan pengedar. "

Apakah cabaran perniagaan antarabangsa yang dihadapi oleh syarikat yang berkaitan permasalahan di atas.

a)

Politik dan Perundangan

b)

Ekonomi

c)

Struktur Organisasi

d)

Sosiobudaya

6.

Antara berikut, yang manakah BUKAN cabaran politik dan perundangan dalam perniagaan antarabangsa.

a)

Cukai korporat yang tinggi

b)

Paksaan untuk menjayakan program tempatan

c)

Masalah komunikasi

d)

Peraturan perdagangan yang ketat

7.

Semua pernyataan yang berikut merupakan peranan MATRADE, KECUALI;

a)

  Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara

b)

Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan separuh siap

c)

Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran

d)

Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh

8.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan dianggotai oleh 10 buah Negara. Bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara. Apakah blok perdagangan ini?

a)

AFTA

b)

NAFTA

c)

ASEAN

d)

EU

9.

‘Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada syarikat yang melabur dalam pengeluaran produk yang digalakkan oleh kerajaan.’

Pernyatan ini merujuk kepada kempen kerajaan berkaitan;

a)

Pengecualian cukai

b)

Subsidi

c)

Skim jaminan eksport

d)

Taraf perintis

10.

'Kaedah perlindungan pasaran domestik ini membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah dari barangan luar atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan.'

Pernyataan ini merujuk kepada;

a)

Tarif

b)

Subsidi

c)

Kuota

d)

Embargo

11.

Prinsip ini menyatakan yang ‘seseorang individu berhak untuk bertindak mengikut sesuatu cara yang difikirkan betul, tanpa menyalahi undang-undang’.

Apakah pendekatan tindakan beretika yang sesuai untuk menerangkan pernyataan ini?

a)

Pendekatan Utilitarian

b)

Pendekatan Individualisme

c)

Pendekatan Hak Moral

d)

Pendekatan Keadilan

12.

‘Individu mempunyai hak untuk dilindungi, memiliki kehidupan yang selamat dan tidak boleh diancam oleh mana-mana pihak.’

Pernyataan ini bersesuaian dengan pendekatan hak moral berkaitan

a)

Hak keperibadian individu

b)

Hak untuk menyuarakan pendapat

c)

Hak untuk membuat pilihan

d)

Hak untuk mendapat keselamatan

13.

Pernyataan manakah yang paling TEPAT menerangkan tentang pemecah rahsia dalam mengurus etika dan tanggungjawab sosial.

a)

Menekankan tentang tentang nilai-nilai murni akan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik dan beretika dalam menjalani kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

b)

Sistem perundangan dan Badan Kehakiman Negara yang sistematik dan baik, berfungsi untuk mengawal tingkahlaku dan tindakan manusia

c)

Menyediakan saluran kepada rakyat  untuk melaporkan tindakan yang tidak beretika yang telah dilakukan oleh individu atau pihak tertentu seperti agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan dll.

d)

Menyediakan saluran dan sokongan kepada anggota organisasi yang ingin mendedahkan sebarang amalan tidak beretika yang wujud

14.

‘Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan dan memastikan semua syarat kontrak dipersetujui dan dipatuhi’.

Pernyataan ini merujuk kepada tanggungjawab sosial syarikat terhadap

a)

Pelanggan

b)

Pembekal

c)

Pembiaya

d)

Kerajaan

15.

Sesebuah syarikat mempunyai ciri-ciri defensif dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat apabila;

a)

Kepentingan umum akan dipenuhi tanpa menunggu tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

b)

Organisasi akan mengakui sebahagian daripada kesalahannya jika dituntut oleh mana-mana pihak berkepentingan.

c)

Menerima tanggungjawab sosial sebagai salah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan (secara minima).

d)

Pengeluar tidak berhak untuk mempertahankan diri daripada tuntutan pengguna sekiranya berlaku kecederaan