wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hadith Ramadan

Total questions: 17

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Daripada Ibn Umar RA, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Islam dibangun di atas lima rukun; Mentauhidkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan (menunaikan) haji.” Lantas seorang lelaki bertanya: “Apakah haji dan (kemudian) puasa Ramadan?” Baginda menjawab: “Tidak, puasa Ramadan dan (kemudian) haji.” Demikianlah aku mendengarnya daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم”

Apakah pengajaran dari hadis di atas?

a)

Islam tertegak di atas lima rukun. Setiap rukun Islam mempunyai tuntutannya tersendiri yang hendaklah dilaksanakan oleh setiap muslim

b)

Berpuasa di Bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ke-empat sebelum menunaikan haji

c)

Tanpa salah satu daripada rukun Islam ini, keislaman seseorang itu boleh musnah

d)

Semua di atas

2.

Apakah dua kegembiraan yang akan dirasai oleh orang yang berpuasa?

a)

Apabila berbuka & berjumpa dengan Tuhannya

b)

Berat badan turun & menarik di hari raya

c)

Bazar Ramadan & juadah pelbagai

3.

Orang yang berpuasa, pada hari kiamat akan memasuki satu pintu yang dinamakan …

a)

Jannatul Firdaus

b)

Ar-Rayyan

c)

Raudah

4.

“Sesiapa yang tidak ______ dan masih terus menerus  ______ serta tidak meninggalkan maksiat, maka Allah tidak menerima usahanya berpuasa meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6057)

a)

Menjaga pandangan, melakukan kebohongan

b)

Meninggalkan kata-kata dusta, berkata dusta

c)

Melakukan amal makruf , melakukan kemungkaran

5.

Puasa itu​ ______​ Oleh itu, janganlah berkata keji dan jangan juga bertingkah laku seperti orang jahil. Jika ada seseorang hendak bergaduh dengannya atau memakinya maka katakanlah : Aku berpuasa. Sebanyak dua kali.” ( Hadis riwayat al – Bukhari , no. 1894)

a)

perisai

b)

perlu memelihara lidah

c)

benteng

d)

bukan hanya menahan lapar dan dahaga

6.

“Bersahur itu ada keberkatan. Jangan kamu meninggalkannya walaupun hanya seteguk air. Kerana Allah mengurniakan nikmat dan para malaikatNya mendoakan orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 11086)

Berdasarkan hadis di atas, banyak kelebihan yang dikurniakan Allah untuk orang bersahur. Berikut merupakan perkara merugikan orang yang tidak bersahur, KECUALI

a)

Tubuh Badan akan berasa lemah

b)

Hilang semangat

c)

Allah dan malaikat tidak berselawat ke atas mereka

d)

Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka

7.

Puasa ibarat perisai. Apakah respons seorang muslim sekiranya dicaci atau dimaki yang dianjurkan dalam hadis Rasulullah?

a)

Senyum dan berlalu pergi

b)

Bersabar separuh daripada Iman

c)

Berkata "Aku sedang berpuasa"

d)

Memberi nasihat dengan berhikmah

8.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,

“Setiap amalan bergantung pada niat dan bagi setiap seseorang (akan mendapatkan) apa yang dia niatkan.”

Berdasarkan hadith di atas maka hukum niat berpuasa adalah

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Makruh

d)

Harus

9.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) ______ hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa sepanjang tahun.” – Riwayat Muslim

Berapakah bilangan hari yang disunatkan berpuasa pada bulan Syawal?

a)

11

b)

6

c)

7

d)

30

10.

Doa yang tidak akan ditolak adalah doa orang yang

a)

Soleh

b)

Berpuasa

c)

Bayar zakat

11.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia ______, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

a)

makan dan minum di siang hari

b)

bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia

c)

mengambil hak orang lain

12.

Menurut hadis Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya Baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah S.W.T, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu.”Hadis di atas merujuk kepada :

a)

Solat Witir

b)

Solat Tarawih

c)

Solat Tahajud

d)

Solat Dhuha

13.

مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ ‌الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya, maka Allah tidak berhajat pada seseorang yang meninggalkan makan dan minumnya”. Menurut hadis di atas, apakah contoh ia merujuk kepada :

a)

Mencarut dalam media sosial ketika berpuasa

b)

Tidak memberi makan kepada jiran ketika berpuasa

c)

Tersepak batu di tengah jalan ketika berpuasa

d)

Tidak membaca Quran ketika berpuasa

14.

Saidatina Aisyah R.A meriwayatkan yang maksudnya: “Adalah Rasulullah S.A.W melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan. Hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat.”Apakah hukum iktikaf

a)

Wajib

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Sunat

15.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Berikut merupakan intipati hadis menurut Kitab Riyadhus Solihin, KECUALI:

a)

Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya

b)

Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran pada malam “Lailatulqadar” yang mulia dan berkat daripada seribu bulan

c)

Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka

d)

Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran

16.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas merupakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Status hadis tersebut adalah:

a)

Maqbul, boleh diterima dengan syarat

b)

Sohih, boleh diterima tanpa syarat

c)

Dhoif, tidak diterima di sisi ulama’

d)

Sohih, perlu dilihat perawinya

17.

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عن سهل بن سعد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:” لا يزال الناس بخير ما عجَّلوا الفطر

“Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, orang yang berpuasa ______ bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib, sebaliknya ______ jika sengaja dilewatkan tanpa ada keuzuran syarie.

a)

Sah, harus

b)

Makruh, sunat

c)

Sunat, tidak sah

d)

Sunat, makruh