WorksheetsKesalahan-Kesalahan Dalam Bacaan al-Quran
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
1) Definisi kesalahan pada bahasa ialah :
a) Bacaan yang kurang tepat
b) Bacaan yang tidak lancar
c) Kesalahan
d) Kurang kemahiran
2) Definisi kesalahan pada istilah ialah :
a) Kesalahan dalam martabat bacaan
b) Kesalahan dalam penulisan al-Quran sama ada sengaja atau pun tidak
c) Kesalahan dalam pembacaan al-Quran sama ada secara nyata atau tersembunyi
d) Kesalahan dalam memilih tarannum bacaan
3) Ulama membahagikan kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada ................ ketegori.
a) Satu
b) Dua
c) Tiga
d) Empat
4) Lahn Jaliy (Kesalahan Nyata) ialah :
a) Kesalahan nyata yang melibatkan pertukaran martabat bacaan
b) Kesalahan nyata yang melibatkan pertukaran baris dan huruf pada lafaz al-Quran sama ada merosakkan makna atau tidak
c) Kesalahan tersembunyi yang melibatkan pertukaran martabat bacaan
d) Kesalahan tersembunyi yang melibatkan pertukaran baris dan huruf pada lafaz al-Quran sama ada merosakkan makna atau tidak
5) Pilih contoh yang salah pada kesalahan nyata (Lahn Jaliy) :
a) Menukar huruf sin (س) kepada sod (ص)
b) Mematikan huruf berbaris
c) Membariskan huruf mati
d) Meninggalkan ghunnah pada nun bertasydid (إنَّ)
6) Pilih contoh yang betul pada Lahn Jaliy (Kesalahan Nyata) :
a) Menukarkan baris
b) Mengizharkan apa yang dibaca dengan idgham
c) Meninggalkan ghunnah pada huruf mim bertasydid (فَأمَّا)
d) Meninggalkan hukum mad pada bacaan
7) Apakah hukum melakukan Lahnu Jaliy (Kesalahan Nyata) ?
a) Makruh
b) Haram
c) Harus
d) Sunat
8) Dinamakan dengan Lahnu Jaliy (Kesalahan Nyata) kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam ketegori ini ................ oleh ahli al-Quran dan orang awam.
a) tidak disedari
b) tidak diambil perhatian
c) diketahui
d) dibiarkan
9) Definisi Lahn Khafi (Kesalahan Tersembunyi) ialah :
a) Kesalahan tersembunyi pada martabat bacaan
b) Kesalahan tersembunyi yang melibatkan sifat asal atau sifat mendatang huruf
c) Kesalahan tersembunyi yang melibatkan makhraj huruf
d) Kesalahan tersembunyi yang melibatkan pemilihan tempat berhenti
10) Pilih contoh yang betul pada Lahn Khafi (Kesalahan Tersembunyi) :
a) Mematikan huruf berbaris
b) Menghilangkan sabdu pada huruf
c) Menukarkan baris
d) meninggalkan bacaan mad pada hukum mad
11) Apakah hukum melakukan Lahnu Khafi ?
a) Makruh
b) Harus
c) Sunat
d) Haram
Dinamakan dengan Lahnu Khafi (Kesalahan Tersembunyi) kerana :
a) disedari oleh orang awam
b) kurang disedari oleh orang awam
c) disedari oleh ahli al-Quran
d) dibiarkan oleh ahli al-Quran
