WorksheetsASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?
Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah.
Menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah
Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugas.
Menyelesaikan masalah berbantukan komputer.
Berapa teknik asas yang digunakan dalam pemikiran komputasional ?
3
5
4
6
Antara berikut yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional?
Leraian.
Pengekodan.
Pengecaman corak
Peniskalaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?
Menambah maklumat pada setiap bahagian yang kecil supaya lebih rumit.
Memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan.
Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama.
Memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-masalah tersebut.
Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks?
Menjadikan masalah lebih rumit.
Menukarkan masalah yang ada.
Menjadikan masalah mudah diselesaikan.
Menjadikan masalah lebih kecil.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengecaman corak?
Memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil.
Membina model dari corak.
Melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama.
Melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek.
Antara berikut, manakah pilihan urutan yang BETUL untuk proses pemikiran komputasional ?
1) Masalah dipecahkan - 2) sediakan model penyelesaian masalah - 3) kenal pasti corak yang sama - 4) perkara yang tidak penting ditinggalkan
1) Masalah dipecahkan - 2) sediakan model penyelesaian masalah - 3) perkara yang tidak penting ditinggalkan - 4) kenal pasti corak yang sama
1) Masalah dipecahkan - 2) perkara yang tidak penting ditinggalkan - 3) kenal pasti corak yang sama - 4) sediakan model penyelesaian masalah
1) Masalah dipecahkan - 2) kenal pasti corak yang sama - 3) perkara yang tidak penting ditinggalkan - 4) sediakan model penyelesaian masalah
En. Ahmad telah membuat pelaburan Saham Amanah dalam Tabung Amanah Saham Malaysia sebanyak Rm50 000.00. Pihak Tabung Amanah Saham Malaysia telah membayar dividen keuntungan sebanyak 8% ke atas simpnanan RM10 000.00 pertama dan bonus sebanyak 5% ke atas baki pelaburan.Bantu En.Ahmad mengira dividen dan bonus yang diperoleh dengan meleraikan pengiraan kepada beberapa bahagian kecil secara tertib.
Pernyataan di atas menunjukkan penyelesaian masalah yang menggunakan teknik asas pemikiran ?
Teknik Leraian
Teknik Pengecaman Corak
Teknik Peniskalaan
Teknik Pengitlakan
“Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem
yang mengenal pasti cap jari.”
Apakah teknik pemikiran yang sesuai berdasarkan situasi yang dinyatakan?
Leraian
Peniskalaan
Pengecaman Corak
Pengiktlakan
Cikgu Roseazila mengajar cara membuat rumusan daripada petikan yang panjang.
Apakah teknik pemikiran komputasional yang sesuai
Leraian
Pengecaman Corak
Peniskalaan
Pengitlakan
