wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gamifikasi T3B1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai

a)

adat

b)

enakmen

c)

hikayat

d)

ordinan

2.

Contoh undang-undang bertulis yang tepat ialah

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Tradisi Lisan

3.

Ibu Soko merupakan individu yang mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya. Ibu Soko terlibat dengan pemilihan dan pelantikan

a)

Anak Buah

b)

Buapak

c)

Lembaga

d)

Undang

4.

Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah dan emas ialah dengan cara

a)

mendulang

b)

mengorek

c)

membakar

d)

cari gali

5.

Kewujudan pendidikan formal dan tidak formal membuktikan kegiatan ________ berlaku dalam kalangan masyarakat negara kita.

a)

ekonomi

b)

keintelektualan

c)

pesuratan Melayu

d)

Penterjemahan

6.

Abad ke-16 merupakan zaman kegemilangan kuasa Portugis dan Sepanyol. Antara faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita pada abad ke-16 ialah

a)

barangan mewah

b)

revolusi perindustrian

c)

industri mengetin

d)

slogan " Beban orang Putih"

7.

Pada pendapat anda, bagaimanakah negara kita berperanan sebagai pelabuhan persinggahan pada abad ke-16?

a)

Menjadi tempat pedagang bertukar wang asing

b)

Menjadi pelabuhan yang membekalkan bahan mentah

c)

Menyediakan perkhidmatan seperti air dan makanan

d)

Menyediakan perkhidmatan menyewa kapal

8.

Apakah kelebihan kerajaan Alam Melayu apabila menjadi pelabuhan persinggahan pada abad ke-16?

a)

Membekalkan bahan untuk membuat kapal pedagang

b)

Membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju

c)

Mempercepatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar

d)

Memudahkan urusan perluasan kuasa kerajaan-kerajaan lain

9.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan Revolusi Perindustrian yang berlaku di Britain sejak abad ke-17?

a)

Barangan dikeluarkan secara besar-besaran

b)

Dasar kuasa-kuasa Barat tetap dan tidak berubah corak

c)

Pencarian pusat perdagangan dikurangkan untuk menjimatkan kos

d)

Kuasa-kuasa Barat menutup peluang untuk pasaran ke luar wilayah

10.

Antara yang berikut manakah barangan yang dibawa dari China?

a)

Gaharu

b)

Rotan

c)

Rempah

d)

Sutera

11.

Apakah maksud slogan " Tugas Menyebarkan Tamadun" yang digunakan oleh kuasa Perancis?

a)

Tanggungjawab negara sendiri untuk membangunkan tamadun

b)

Tanggungjawab penduduk dunia untuk menyebarkan tamadun

c)

Tugas Barat memberikan kesejahteraan peribumi di wilayah jajahan mereka

d)

Tugas sebagai Ketua Negara harus digalas dengan baik untuk kesejahteraan bersama

12.

Antara kesan pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap terhadap Alam Melayu pada abad ke-19 termasuklah

a)

peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

b)

penambahan pelaburan pemodal Eropah

c)

sistem pendidikan moden diperkenalkan

d)

kepesatan industri tempatan

13.

Gambar berikut berkaitan mata wang di Negeri-Negeri Melayu. Apakah nama mata wang tersebut?

a)

Wang kijang

b)

wang emas

c)

Wang katun

d)

Wang pitih

14.

Bagaimanakah British meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah?

a)

Ugutan

b)

Pajakan

c)

Manipulasi

d)

Tipu helah

15.

Mengapakah Belanda berperang dengan Johor dan Selangor pada tahun 1784?

a)

Dasar monopoli bijih timah

b)

Bimbang campur tangan Barat

c)

Perebutan perairan Selat Melaka

d)

Perselisihan mengenai perdagangan

16.

Gambar berikut menunjukkan mata wang yang digunakan di negeri-negeri Melayu. Apakah kepentingan mata wang tersebut?

a)

Mengelakkan penipuan dalam jual beli

b)

Memperkukuh kedudukan pemerintah

c)

Menarik kedatangan lebih ramai pedagang

d)

Mewujudkan sistem ekonomi yang lebih teratur

17.

Negeri manakah yang megamalkan sistem pemerintahan Adat Perpatih di Tanah Melayu?

a)

Perak

b)

Johor

c)

Pahang

d)

Negeri Sembilan

18.

Apakah tugas utama Syahbandar dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka?

a)

Ketua tentera laut

b)

Ketua protokol istana

c)

Mengutip cukai

d)

Mengurus pelabuhan

19.

Bagaimanakah pembukaan Terusan Suez (1869) membantu kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 dan 20?

a)

Menjadi tempat persinggahan pedagang Barat

b)

Mempercepat urusan perdagangan

c)

Menjadi kawasan lindungan daripada ancaman lanun

d)

Memudahkan pembawaan buruh-buruh dari Barat ke Timur

20.

Apakah kesan langsung perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah ke atas negeri-negeri Melayu?

a)

Penanaman lada hitam dipergiatkan

b)

Permintaan hasil hutan meningkat

c)

Permintaan getah dan bijih timah meningkat

d)

Kemasukan buruh-buruh dari Jawa