NEW
Font size
WorksheetsCU3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah maksud perolehan?
Belian perbelanjaan kecil-kecilan yang kerap berlaku.
Suatu perbuatan mendapatkan atau membeli barangan dan perkhidmatan.
Kontrak yang diuruskan oleh Perbendaharaan kerana pembelian secara banyak mendapat harga murah.
Kajian pasaran yang berpatutan dibuat supaya barang yang akan dibeli itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan.
2. Mana antara berikut bukan kenyataan mengenai kaedah perolehan melalui Panjar Wang Runcit?
Wang yang telah dibelanjakan akan digantikan semula untuk menjadi seperti jumlah asal.
Belian yang nilainya kurang dari RM 20,000.00.
Belian perbelanjaan kecil-kecilan yang kerap berlaku yang nilainya kecil di antara RM100.00 hingga RM200.00.
Kerani kewangan akan mengeluarkan sejumlah wang daripada bank.
3. Encik Ahmad ingin mendapatkan senarai harga alat tulis daripada Syarikat Mesra untuk kegunaan pekerja-pekerja beliau. Tentukan dokumen perniagaan yang perlu disediakan oleh Encik Ahmad sebelum mendapat senarai harga tersebut.
Invois
Pesanan belian
Sebut harga
Surat tanya
4. Nyatakan tiga kaedah perolehan yang BETUL.
i. Kontrak Pusat
ii. Melalui Tender
iii. Pembelian Terus
iv. Melalui Perkhidmatan
I,II dan IV
I,II,dan IV
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
5. Mengapakah kebanyakan syarikat memohon sebut harga barangan daripada tiga(3) buah syarikat pembekal?
Memudahkan pekerja syarikat membeli barang.
Mendapatkan sebut harga barangan yang paling menepati kehendak syarikat tersebut.
Memudakan pihak atasan membuat kelulusan membeli barang
Membolehkan syarikat pembekal menghantar barangan yang dibeli secara kredit.
6. Pengurusan penerimaan barangan belian memerlukan pengumpulan dokumen perolehan. Terdapat empat jenis dokumen yang perlu dikumpulkan KECUALI :
Nota Debit
Resit
Surat Jawapan
Borang Pesanan
7. Semakan perlu dilakukan semasa penerimaan barang daripada pembekal. Kenal pasti perkara-perkara yang perlu disemak semasa penerimaan barang daripada pembekal.
i. Berkeadaan baik
ii. Jumlah yang tepat
iii. Dokumen pembelian
iv. Mengikut spesifikasi yang diminta
i, iii, dan iv
i, ii, dan iii
i, ii, dan iv
ii, iii dan iv
8. Antara berikut manakah BUKAN pihak yang terlibat menerima salinan borang pesanan belian setelah borang tersebut dikeluarkan?
Pembekal
Ketua Jabatan
Unit/Jabatan Kewangan
Simpanan fail
Dokumen Semasa Urus Niaga
Borang pesanan
Nota serahan
X
Nota debit
9. Berdasarkan maklumat dalam Rajah 1, namakan dokumen X.
Invois
Nota kredit
Penyata akaun
Resit
10. Mengapakah nota kredit dikeluarkan kepada pelanggan?
Barang dibekalkan kepada pembeli tetapi terlupa dicatat di dalam invois.
Penjual mengambil kira kos angkutan dalam harga barang.
Pembeli dikenakan bayaran lebih disebabkan oleh kesilapan pengiraan dalam invois
Barang dihantar kepada pembeli pada satu tarikh akan datang
