wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Konsep Insan

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pilih situasi yang berikut, yang mempunyai kaitan dengan kepentingan mempelajari dan memahami konsep insan dari perspektif falsafah.

a)

Abu tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-citanya walaupun mempunyai masalah kewangan kerana dia yakin dengan potensi dirinya.

b)

Ahmad sering mengamalkan nilai - nilai murni dalam pergaulan hariannya kerana dia tahu perbuatan tersebut dapat menyumbang ke arah kebahagiaan hidup.

c)

Demi mencapai keuntungan, Encik Ali sanggup meneruskan projek pembukaan kawasan hutan untuk pembangunan dengan tidak mengendahkan hidupan liar yang mendiami kawasan hutan itu.

d)

Ammar turut serta dalam kempen kesedaran alam sekitar kerana dia tahu tentang kepentingan mengekalkan kebersihan persekitaran terhadap kehidupan manusia.

2.

Bagaimanakah insan dilihat melalui perspektif Hellenistik?

a)

Insan dilihat sebagai entiti yang memiliki kekuatan ke atas alam semesta.

b)

Insan dianggap sebagai makhluk rasional yang memiliki kebebasan dan kemampuan untuk berfikir.

c)

Insan diarahkan oleh naluri untuk mencari kenikmatan dan menghindari penderitaan.

d)

Insan sering terkait dengan prinsip-prinsip matematik yang mengatur alam semesta.

3.

Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai perbezaan konsep insan berdasarkan perspektif barat pada zaman pertengahan dan zaman moden?

a)

Semasa zaman pertengahan, manusia dilihat dari segi status ekonomi dan sosial manakala semasa zaman moden, manusia lebih dinilai melalui sifat individualism dan pencapaian kendiri.

b)

Semasa zaman pertengahan, masyarakat lebih mementingkan pembangunan saintifik, manakala masyarakat barat moden lebih menekankan kepentingan nilai murni dalam diri individu.

c)

Dalam fahaman masyarakat barat pertengahan, faktor keagamaan kurang mempengaruhi mereka memahami tentang manusia jika dibandingkan dengan masyarakat barat moden.

d)

Masyarakat barat zaman pertengahan memandang alam hanya melalui kaedah saintifik dan fikiran rasional sahaja manakala masyarakat barat zaman moden sering mengaitkan alam dengan teologi.

4.

Psikologi dan sosiologi mempunyai perspektif yang sama terhadap sifat manusia kerana kedua - dua disiplin ilmu ini memberi fokus terhadap tingkah laku manusia pada aspek sosial dan budaya.

Adakah pernyataan di atas benar?

a)

Benar

b)

Palsu

5.

Dalam Hinduisme terdapat banyak dewa-dewa, berikan nama-nama dewa yang telah disebut dalam dokumentari sebentar tadi

a)

Brahma

b)

Vishnu

c)

Lakshmi

d)

Shiva

6.

Dalam ajaran Islam, mereka mementingkan hubungan, mengikut dokumentari sedemikian, nyatakan hubungan antara siapa yang dimaksudkan?

a)

hablun min Allah

b)

hablun min annas

c)

hablun min al jinn

d)

hablun min Al-Alam

7.

Dalam dokumentari Taoisme sebentar tadi, terdapat gambaran seseorang sedang berlatih meditasi dan menyelaraskan diri dengan sekitarnya. Mereka memerhati kitaran alam semula jadi dan berusaha untuk menyelaraskan diri mereka dengan Tao. Berdasarkan gambaran tersebut, manakah aspek Taoisme yang sedang ditekankan?

a)

Kepentingan kekuatan fizikal dan daya ketahanan.

b)

Kepercayaan dalam kewujudan dewa atau tuhan.

c)

Kepentingan memupuk keharmonian dan rohani.

d)

 Mengejar kekayaan dan pencapaian duniawi.

8.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang tepat berkenaan Buddhisme dalam sifat kewujudan?

a)

Kehidupan telah ditentukan oleh makhluk tertinggi dan tindakan insan tidak mempunyai kesan

b)

 Insan sememangnya berdosa dan mesti sentiasa mencari kemaafan.

c)

Dunia dilihat sebagai perkaitan antara sebab dan akibat yang menjana semua kejadian.

d)

Hidup adalah ilusi dan tujuannya adalah untuk bebas daripada kitaran kelahiran semuka. 

9.

Antara pernyataan berikut, yang manakah paling baik menggambarkan pandangan Konfusianisme tentang hubungan antara manusia dan alam semulajadi?

a)

Manusia harus menguasai dan mengendalikan alam semulajadi untuk memenuhi keperluan mereka.

b)

Manusia harus hidup harmoni dengan alam semulajadi dan menghormati keseimbangan dan ketetapan alam.

c)

Manusia harus memberi tumpuan kepada kekayaan material dan harta benda daripada alam sekitar.

d)

 Manusia harus mengabaikan alam semulajadi dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keuntungan dan pencapaian peribadi.

10.

Mana satu antara pernyataan berikut yang menggambarkan penekanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia secara tepat?

a)

Falsafah ini bertujuan untuk membangunkan individu yang hanya memfokuskan diri pada pencapaian akademik dan kejayaan.

b)

 Falsafah ini memberi keutamaan kepada promosi satu budaya atau etnik tertentu berbanding yang lain.

c)

Falsafah ini menekankan pentingnya membangunkan individu yang mempunyai identiti yang kuat, memahami dan menghargai kepelbagaian, dan mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat dan negara.

d)

Falsafah ini hanya menggalakkan pendidikan formal dan tidak menghargai pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran yang berterusan.