Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JURNAL AM DAN JURNAL KHAS

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang berikut bukan merupakan Jurnal Khas?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Pulangan Jualan

d)

Jurnal Penerimaan Tunai

2.

Berikut adalah merupakan Buku Catatan Pertama kecuali...

a)

Jurnal Khas

b)

Buku Tunai Runcit

c)

Buku Tunai

d)

Imbangan Duga

3.

Apakah tujuan penyediaan Jurnal Am?

a)

Merekod semua urusniaga yang tidak boleh direkodkan dalam mana-mana Buku Catatan Pertama

b)

Merekod pembelian Aset bukan semasa secara kredit

c)

Merekod jualan dan belian barang niaga secara kredit

d)

Merekod semua urusniaga tunai

4.

Antara yang berikut, manakah urusniaga yang direkodkan ke dalam Jurnal Am Kedai Perabot Hafiz?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Membeli sebuah komputer dari Machine Apple secara kredit

b)

Mengambil tunai perniagaan RM500 untuk kegunaan peribadi

c)

Membeli motorsikal untuk kegunaan pejabat secara tunai

d)

Membawa masuk penyaman udara ke dalam perniagaan

5.

Antara yang berikut, urusniaga manakah yang akan direkodkan ke dalam Jurnal Khas?

(Pilih 2 sahaja)

a)

Menjual barang niaga secara kredit

b)

Pelanggan memulangkan barang niaga yang rosak

c)

Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga

d)

Membeli barang niaga secara tunai

6.

Maklumat apakah yang direkodkan di lajur Butir dalam Jurnal Belian?

a)

Nama pelanggan (Akaun Belum Terima)

b)

Nama pembekal (Akaun Belum Bayar)

c)

Nama pemilik perniagaan

d)

Nama barang niaga

7.

Syakirin membeli barang niaga secara kredit pada 2 Mei 2021. Selepas 3 hari membeli barang niaga tersebut, Syakirin datang kedai memulangkan barang niaga tersebut kerana rosak.


Buku Catatan Pertama yang terlibat untuk merekod pemulangan barang niaga itu ialah :

a)

Jurnal Jualan

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Pulangan Jualan

d)

Jurnal Pulangan Belian

8.

Maklumat di bawah ini menunjukkan urusniaga yang diambil daripada buku Perniagaan Barisan Bistari.


I. Jualan buku secara kredit kepada Kedai Buku Gemilang

II. Pelanggan memulangkan barang rosak

III. Jualan kenderaan terpakai secara kredit

IV. Nota debit dihantar kepada pembeli kerana terkurang caj


Urusniaga manakah yang dicatatkan ke dalam Jurnal Jualan?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pilih dokumen sumber bagi Jurnal Jualan.


I. Invois (asal)

II. Invois (salinan)

III. Nota debit (asal)

IV. Nota debit (salinan)

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Urusniaga dibawah diambil daripada Buku Kedai Runcit Chan.


Penghutang Aishah memulangkan barang niaga yang salah jenama bernilai RM 140.


Kedai Runcit Chan perlu merekodkan urus niaga tersebut ke...

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Pulangan Jualan

d)

Jurnal Pulangan Belian

11.

Jurnal Am digunakan untuk merekod urusniaga berikut kecuali...

a)

Pembelian aset semasa secara kredit

b)

Pembelian aset bukan semasa secara kredit

c)

Pembelian perkhidmatan secara kredit

d)

Pembelian barang niaga secara kredit

12.

Kedai Buku Danish telah mengambil 50 buah buku cerita kanak-kanak dan mendermakannya kepada Tadika Kampung Sami.


Buku-buku itu diambil daripada stok semasa.

Bagaimanakah perkara ini direkod?

a)

Debit Stok

Kredit Tadika Kampung Sami

b)

Debit Derma

Kredit Belian

c)

Debit Tadika Kampung Sami

Kredit Derma

d)

Debit Derma

Kredit Stok

13.

Buku catatan pertama terdiri daripada...


I. Jurnal

II. Lejar

III. Buku Tunai

IV. Imbangan Duga

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

14.

Urusniaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Am?


I. Membeli sebuah lori secara kredit untuk perniagaan

II. Mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan keluarga

III. Membayar yuran kelas muzik anak dengan tunai perniagaan

IV. Membawa masuk sebuah komputer peribadi ke dalam perniagaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

15.

Pasar Mini Haiqal menjual van terpakai secara kredit kepada Amirah Enterprise.


Buku catatan pertama manakah yang digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Jualan

d)

Jurnal Pulangan Jualan