WorksheetsKUIZ PERDANA MINGGU BM 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Kata orang tua-tua, banyak makan ___________ bererti banyak pengalaman hidup.
hati
gula
ubat
garam
___________ ialah hasil kraf tangan yang diminati oleh para pelancong.
Batik
Gamelan
Dodol
Zapin
___________ Puan Zarin yang kemas dan cantik menarik perhatian ramai.
Nyanyian
Pakaian
Tarian
Masakan
Mak Nani sedang menuang air ke dalam ___________ itu.
kekisi
gegantung
lelabu
bebuli
Ketibaan tetamu kehormat itu telah diumumkan oleh ___________ dengan suara yang lantang.
juruulas
jurucakap
juruacara
juruhebah
Dalam cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor ___________ yang pintar.
orang
makhluk
haiwan
ternakan
___________ kelapa yang berkaparan di tepi pantai itu telah dikutip oleh Pak Abu.
Akar
Pelepah
Batang
santan
Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan _________.
pesawah
nelayan
penoreh
petani
Puan Che Tom menghidangkan dua ___________ sup di atas meja untuk makan tengah hari.
senduk
mangkuk
bungkus
belanga
Ibu meletakkan beberapa ___________ tomato untuk dimakan bersama-sama nasi ayam.
ketul
hiris
kerat
keping
Dalam pertandingan bahas itu, pengerusi memulakan majlis dengan membaca ___________ pantun.
serangkap
sepatah
serangkai
sebaris
Kelihatan ___________ lembu sedang meragut rumput di padang.
sekelompok
sepasukan
sekawan
segerombolan
Setiap pagi Laila akan menghantar ___________ kuih-muih ke gerai Mak Cik Timah untuk dijual.
selonggok
sebakul
setimbun
sebiji
Dalam tiga ___________ durian itu, terdapat beberapa ulas yang busuk.
buah
ulas
biji
pangsa
Nenek menaburkan beberapa ___________ padi kepada ayam-ayamnya.
biji
tangkai
genggam
gemal
Mak Cik Ani membeli tiga puluh_________sate untuk anak-anaknya di pasar malam.
cucuk
batang
bentuk
buku
Farid membantu ayahnya ___________ petola yang sudah matang di kebun sayur mereka.
membuang
memetik
memotong
membaja
Azfar ___________ kawannya yang terseliuh semasa bermain bola petang tadi.
memimpin
menjinjing
mamapah
mengendong
Puan Mariana ___________ kuih pau untuk hidangan sewaktu minum petang.
menjerang
melayur
merebus
mengukus
Kakak sedang ___________ teh panas di dapur untuk minum petang.
menguli
mamasak
menggaul
membancuh
Jalur Gemilang telah _______________ dengan megahnya di dataran sekolah.
melambai
bersinar
berkibar
berada
Mak Limah __________________ bawang besar itu nipis-nipis untuk ditumis.
menghiris
memotong
membelah
mengapak
16. Kaum bapa _______________ dinding sekolah supaya sekolah lebih ceria lagi.
mengecat
mencakar
membasuh
mengelap
Ibu sedang ___________ pisang di dapur untuk hidangan petang ini.
mengupas
membelah
menggoreng
memasak
" ..................... mahu semua rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan bersatu padu," titah sultan.
aku
beta
saya
dia
"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
“ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
Baginda
Hamba
Patik
Beta
“Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
mereka
kalian
kamu
dia
" ....................... mesti mengulang kaji pelajaran mulai sekarang," kata Aiman kepada kawan sekelasnya.
Kami
Kamu
Saya
Kita
“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
sultan
tuanku
hamba
beta
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
dia
awak
beliau
kalian
Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
Mereka
Engkau
Anda
Kita
Muka Faidhi __________________ selepas pasukannya tersingkir daripada perlawanan.
pahit seperti hempedu
masam seperti cuka
Kamal ditugaskan untuk mengagihkan hadiah ini kerana dia __________________.
adil macam hakim
degil macam keldai
Cincin yang hilang itu sukar dicari kerana kawasan ini __________________.
luas bak lautan
tajam bagai sembilu
Aiman __________________ kerana mampu mengangkat tong yang berat itu.
kuat macam badang
rajin macam semut
Irina selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawannya kerana dia __________________.
sibuk seperti lebah
bijak laksana pendeta
Permaidani yang baru dibeli oleh ayah Abu Bakar __________________.
panjang macam galah
lembut macam sutera
Senyuman ibu __________________ apabila melihat abang menerima hadiah di atas pentas.
manis umpama madu
baik seperti malaikat
Bulu kucing ni sangat bersih dan _____________________.
putih seperti kapas
mahal macam emas
