WorksheetsKUIZ LATIH TUBI SAINS 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara bahan berikut, yang manakah menghasilkan gas ammonia?
Gas nitrogen dan hidrogen
Gas hidrogen dan klorin
Gas karbon dioksida dan nitrogen
Gas oksigen, hidrogen dan nitrogen
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tindak balas perlahan?
Pembakaran gas butana
Tindak balas magnesium dan asid hidroklorik cair
Pengaratan besi
Tindak balas natrium dengan air
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan kadar tindak balas dengan betul?
Proses pertukaran bahan tindak balas untuk menghasilkan hasil tindak balas
Kehadiran mangkin tidak mempengaruhi kadar tindak balas
Masa yang diambil untuk tindak balas tamat
Perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa
Kadar tindak balas purata pada masa T minit untuk eksperimen ini ialah 0.5 cm3 s-1. Apakah masa T?
20 saat
60 saat
120 saat
150 saat
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang tindak balas cepat?
Tindak balas mengambil masa yang lama untuk lengkap
Kadar tindak balas adalah perlahan
Menghasilkan lebih banyak hasil tindak balas
Menghasilkan hasil tindak balas dalam masa yang lebih singkat
Dalam Proses Sentuh, bahan H digunakan sebagai mangkin dalam penghasilan gas sulfur trioksida. Apakah bahan H?
Serbuk besi
Kuprum sulfat
Vanadium (V) Oksida
Sulfur dioksida
Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas?
Hasil tindak balas
Saiz bahan tindak balas
Kehadiran mangkin
Suhu dan tekanan tindak balas
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Proses Haber?
Menggunakan vanadium (V) oksida sebagai mangkin
Tekanan tindak balas ialah 200 atm
Suhu tindak balas ialah 250oC
Hasil tindak balas ialah asid sulfurik
Apakah peranan mangkin dalam suatu tindak balas?
Menghasilkan lebih banyak hasil tindak balas
Melambatkan tindak balas
Memberhentikan tindak balas
Meningkatkan kadar tindak balas
Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur kadar tindak balas?
Pertambahan jisim tindak balas
Pertambahan isipadu bahan tindak balas
Pertambahan isipadu gas yang terkumpul
Pengurangan jisim mendakan hasil tindak balas
Apakah hasil tindak balas eksperimen itu?
Gas klorin
Gas hidrogen
Zink oksida
Gas oksigen
Antara yang berikut, yang manakah dapat meningkatkan kadar tindak balas dalam Proses Haber?
Serbuk besi digunakan sebagai mangkin
Suhu antara 200oC - 250oC
Tekanan 1 atm
Menambahkan Vanadium (V) oksida ke dalam larutan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan mangkin biologi dalam serbuk pencuci?
Serbuk besi
Karbohidrat
Lipase
Hidrogen peroksida
Satu proses hidup di dalam badan manusia melibatkan konsep kadar tindak balas. Apakah proses itu?
Penapaian
Pencernaan
Pernafasan
Peneutralan
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul?
Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin rendah kadar tindak balas
Semakin rendah kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas
Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas
Semakin tinggi tekanan bahan tindak balas, semakin rendah kadar tindak balas
Antara yang berikut, yang manakah benar bagi suatu tindak balas kimia?
Komposisi kimia bagi bahan tindak balas tidak berubah selepas tindak balas kimia
Kuantiti bahan tindak balas biasanya akan bertambah selepas tindak balas kimia
Hasil tindak balas boleh ditukar balik menjadi bahan tindak balas
Bahan baharu dihasilkan selepas tindak balas kimia
Bilakah kadar tindak balas adalah yang tertinggi?
5 minit
10 minit
20 minit
30 minit
Rajah menunjukkan Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik dalam industri. Sulfur trioksida dilarutkan dalam bahan W untuk membentuk oleum. Apakah bahan W?
Air
Asis sulfurik pekat
Vanadium (V) oksida
Larutan ammonia
Dalam Proses Haber, nitrogen dan hidrogen bertindak balas dengan kehadiran mangkin untuk membentuk ammonia. Apakah mangkin yang digunakan dalam proses ini?
Serbuk nikel
Serbuk ferum
Serbuk besi oksida
Serbuk nikel oksida
Zink bertindak balas dengan asid hidroklorik cair untuk menghasilkan zink klorida dan hidrogen. Mengapakah kadar tindak balas bertambah apabila menggunakan serbuk zink berbanding serpihan zink?
Luas permukaan serbuk zink lebih besar
Serbuk zink mempunyai kepekatan yang tinggi
Suhu dan tenaga tindak balas meningkat
Tekanan bagi tindak balas berlaku meningkat
