Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOPIK 6 - ETIKA & PERADABAN

Total questions: 30

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apabila berada di universiti, mahasiswa didedahkan dengan pelbagai cara bagi mewujudkan perpaduan antara Mahasiswa yang berlainan etnik seperti mereka berkongsi asrama, dewan kuliah, pustaka dan sebagainya. Antara berikut merupakan matlamat kerajaan dalam pelaksanaan ini KECUALI?

a)

Memupuk semangat integrasi antara kaum

b)

Untuk mencapai perpaduan nasional

c)

Mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan alam universiti

d)

Supaya 13 Mei tidak berulang lagi

2.

Berikan konsep perlembagaan?

i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintah negara

ii. Kerangka asas yang membentuk dan membantu sistem pemerintahan sesebuah negara

iii. Undang-undang tertinggi dan asas pada semua undang-undang lain di dalam negara

iv. Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara

v. Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii, ii dan iv

d)

ii, iii, iv dan v

e)

Semua di atas

3.

Apakah perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

c)

Prasasti Terengganu

d)

Perlembagaan Negeri Johor

e)

Perlembagaan Terengganu

4.

Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama?

a)

Perkara 12

b)

Perkara 12 dan 150

c)

Perkara 11,12 dan 152

d)

Perkara 8 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong

e)

Perkara 8,11,12,121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong

5.

Antara beikut yang manakah menunjukkan simbol dan ritual negara dalam memupuk semangat nasionalisme?

a)

Perlembagaan

b)

Lagu kebangsaan

c)

Tugu Negara

d)

Hukum Kanun Melaka

e)

Undang-undang bertulis

6.

Apakah rasionalnya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan?

a)

Bahasa Melayu senang dipelajari.

b)

Pengggunaan bahasa lain bebas diamalkan.

c)

Bahasa Melayu sebagai lingua franca di Nusantara.

d)

Imigran Cina dan India boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

7.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai elemen utama kontrak sosial dalam Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan hubungan etnik.

a)

Hak istimewa orang Melayu terhad kepada bahasa dan agama.

b)

Penduduk Semenanjung bebas memasuki Sabah dan Sarawak.

c)

Semua etnik berpeluang memasuki perkhidmatan awam tanpa sekatan.

d)

Hak kewarganegaraan merupakan kompromi orang Melayu kepada bukan Melayu.

8.

Apakah rasional agama Islam dijadikan sebagai aagama Persekutuan?

a)

Membela dan menghormati hak semua etnik

b)

Agama asal penduduk Tanah Melayu

c)

Agama yang dianuti oleh majoriti rakyat

d)

Mengangkat martabat bangsa Melayu

9.

Apakah bentuk Perlembagaan yanag diamalkan Malaysia?

a)

Perlembagaan bertulis

b)

Perlembagaan tidak bertulis

c)

Hukum kanun

d)

Sistem demokrasi

10.

Perlembagaan dikira digazetkan apabila mendapat sokongan_________dari ahli Dewan Rakyat.

a)

1/3

b)

2/3

c)

3/4

d)

1/4

11.

Pada tahun bilakah Perlembagaan Persekutuan mula digunakan?

a)

1948

b)

1957

c)

1963

d)

1967

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan wahana?

a)

Bahan

b)

Medium

c)

Bencana

d)

Melalui

13.

Yang manakah tidak benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Undang-undang tertinggi di Malaysia

b)

Undang-undang dasar yang menjadi

teras panduan bagi memandu

pemerintahan negara

c)

Undang-undang yang tidak boleh dipinda

d)

Terdapat 3 pengasingan kuasa iaitu, eksekutif, legislatif & judisiari

14.

Terdapat ______platform integrasi

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

15.

Platform integrasi makro ialah__________

a)

peringkat dari kerajaan kepada rakyat

b)

sumbangan rakyat kepada kerajaan

c)

peringkat akar umbi

d)

NGO berperanan memberi bantuan

16.

Platform integrasi meso ialah__________

a)

peringkat dari kerajaan kepada rakyat

b)

sumbangan rakyat kepada kerajaan

c)

peringkat akar umbi

d)

NGO berperanan memberi bantuan kepada orang ramai

17.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dalam:

a)

Perkara 150

b)

Perkara 151

c)

Perkara 152

d)

Perkara 153

18.

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan...

a)

11 jadual

b)

12 jadual

c)

13 jadual

d)

14 jadual

19.

Berikut adalah prinsip bagi proses pertemuan tapak integasi

KECUALI :

a)

Tawar menawar

b)

Perundingan

c)

Pengantaraan

d)

Asimilasi

20.

- Latihan Khidmat Negara

- Perlembangaan Persekutuan Malaysia


2 perkara di atas merupakan tapak integrasi di tahap .....

a)

Makro

b)

Meso

c)

Mikro

d)

Minoriti

21.

Berikut adalah maksud-maksud yang merujuk kepada perkataan "Lingua Franca " kecuali...

a)

Bahasa Perantara

b)

Bahasa Penghubung

c)

Bahasa Pertuturan

d)

Bahasa Campuran

22.

Terdapat peruntukan di dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang dilindungi.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan melibatkan tujuan-tujuan tersebut KECUALI...

a)

Medium penyatuan bangsa

b)

Lambang jati diri

c)

Senang digunapakai

d)

Identiti Nasional

24.

Berikut adalah tugas-tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal agama Islam KECUALI...

a)

Menasihati Majlis Raja-raja

b)

Menasihati majlis agama Islam Negeri

c)

Memperbaiki penyeragaman aspek hukum syarak

d)

Mempunyai kuasa menentukan pemilihan YDPA

25.

Penubuhan Majlis Agama Islam memberi impak kepada kuasa undang-undang negeri untuk mengawal dan menyekat pengembangan ajaran sesat.

a)

BETUL

b)

SALAH

26.

YDPA berhak mengeluarkan arahan untuk memberikan kelulusan permit atau lessen perniagaan dan perdagangan kepada Orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak mengikut kadar perizaban. Apakah tujuan tindakan berikut?

a)

Menjadikan Orang Melayu kaya raya.

b)

Membalas dendam kepada bangsa lain.

c)

Mengimbangi kedudukan ekonomi mengikut kaum.

d)

Mengamalkan pilih kasih.

27.

Apakah bentuk Perlembagaan yanag diamalkan Malaysia?

a)

Perlembagaan bertulis

b)

Perlembagaan tidak bertulis

c)

Hukum kanun

d)

Sistem demokrasi

28.

Apakah elemen yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

a)

Islam sebagai agama rasmi.

b)

Hak istimewa orang Melayu.

c)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

d)

Sultan dan raja-raja Melayu ialah ketua agama Islam.

29.

Antara ciri-ciri umum Negara Persekutuan ialah Negeri-negeri diberikan kuasa autonomi sebagaimana dipersetujui.

a)

Betul

b)

Salah

30.

Kewarganegaraan secara percantuman wilayah diberikan kepada penduduk……. kecuali

a)

Singapura

b)

Sabah

c)

Brunei

d)

Sarawak