wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA BAHASA MELAYU

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

2.

Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan

a)

Seperti rumput di tepi jalan

b)

Bagai tikus jatuh ke beras

c)

Berpantang maut sebelum ajal

d)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

3.

Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud

a)

Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

b)

Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

c)

Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.

d)

Seseorang yang mengalami kerisauan.

4.
Sama maksud dengan peribahasa ini.....
a)
Bagai musuh dalam selimut
b)
Bagai gunting dalam lipatan
c)
Bagai api dalam sekam 
d)
Bagai duri dan daging
5.

Apakah maksud peribahasa pembahagian yang sama rata?

Pilih dua peribahasa.

a)

duduk dengan cupak dan gantang

b)

seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik

c)

berani buat berani tanggung

d)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

6.

Seduit ___________ tujuh, _________ sehelai dicabik-cabik

a)

dipotong, sirih

b)

dibahagi, kain

c)

dipotong, kain

d)

dibelah, sirih

7.

Orang ____________ di pentasnya,

orang ___________ di hatinya

a)

berdendang, beraja

b)

menari, mengingat

c)

menyanyi, beraja

d)

berdendang, menyanyi

8.

1) Peribahasa yang tidak menggambarkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

a)

BAPAK BOREK ANAK RINTIK

b)

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI

c)

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

d)

TIKUS MEMBAIKI LABU

9.

2) Peribahasa yang tidak menggambarkan kehidupan bermasyarakat

a)

HIDUP SANDAR-MENYANDAR, BAGAI AUR DENGAN TEBING

b)

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT

c)

BAGAI PINANG DIBELAH DUA

d)

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

10.

4) Peribahasa yang tidak menggambarkan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai

a)

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

b)

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

c)

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG

d)

ALANG-ALANG BERMINYAK BIAR LICIN

11.

5) Peribahasa seerti dengan IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI, PECAH SEMUA (2 JAWAPAN)

a)

SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR HABIS SEMUA TERPALIT

b)

RUSA MASUK KAMPUNG

c)

BERTELUR SEBIJI, RIUH SEKAMPUNG

d)

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

12.

6) Nilai yang terkandung dalam peribahasa Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh (2 JAWAPAN)

a)

KASIH SAYANG

b)

PERPADUAN

c)

KERJASAMA

d)

KEJUJURAN

13.

7) Nilai yang terkandung dalam peribahasa Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

a)

KEGIGIHAN

b)

PATRIOTISME

c)

HORMAT-MENGHORMATI

d)

KASIH SAYANG

14.

8) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

a)

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

b)

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

c)

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA

d)

SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA PASTI MENJADI KAIN

15.

9) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja (3 JAWAPAN)

a)

BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS

b)

MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI

c)

IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI

d)

MENCURAH GARAM KE LAUT

16.

10) Pasangan itu kelihatan sangat secocok dan sepadan (3 JAWAPAN)

a)

BAGAI PINANG DIBELAH DUA

b)

BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA

c)

BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS

d)

SEPERTI CINCIN TERLEKAT DI JARI

17.

Berikan maksud yang lama dikelek , yang baharu didukung

a)

Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu

b)

zaman sentiasa berubah

c)

setiap orang mesti mengamalkan adat resam masing-masing

18.

Berikan maksud untung sabut timbul , untung batu tenggelam

a)

A. nasib malang

b)

B. menyerah kepada takdir

c)

C. sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan , jika bernasib malang akan mendapat kerugian

19.

Seperti kera mendapat bunga

a)

A. orang yang mendapat keuntungan

b)

B. orang yang gembira

c)

C. orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain

20.

Ibarat menarik rambut dalam tepung , rambut tidak putus , tepung tidak berselerak

a)

A.menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang bijaksana (penuh hikmah ) sehingga kedua-dua belah pihak yang berbalah berasa puas hati dan tidak berasa hati

b)

B. orang yang suka bersolek

c)

C. orang yang tidak pandai memasak

21.

Padankan gambar yang menunjukkan maksud peribahasa yang betul.

a)
b)
c)
22.

Berikan maksud peribahasa yang berkaitan dengan gambar tersebut

a)

dingin

b)

mendengar nasihat

c)

tidak mendengar nasihat

d)

perbuatan yang sia-sia

23.

Padankan gambar yang tepat dengan maksud peribahasa untung yang dijangkakan tidak dapat, sedangkan yang telah ada terhilang pula.

a)
b)
c)
d)
24.

padankan gambar yang boleh membawa maksud lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

a)
b)
c)
d)
25.

kemana tumpahnya kuah,____________________________________

a)

kalau tidak ke kuali

b)

kalau bukan ke pinggan

c)

kalau bukan pada nasi

d)

kalau tidak ke nasi

26.

Apakah yang kamu faham tentang peribahasa?

a)

Merujuk kepada maksud yang samar-samar

b)

Merujuk kepada maksud yang nyata dan jelas

c)

Merujuk kepada maksud berkias, berlapik atau tersirat

d)

Merujuk kepada maksud yang tidak baik

27.

Bahagian dalam peribahasa seperti iaitu...

a)

Simpulan bahasa

b)

Perumpaaan

c)

Bidalan

d)

Pepatah

28.

Apakah maksud peribahasa " kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang? Pilih 2 jawapan

a)

Pokok akan bergoyang sekiranya ada angin

b)

Pokok bergoyang menandakan adanya angin

c)

Terjadinya sesuatu hal tentu ada sebabnya

d)

Sesuatu tidak akan diperkatakan oleh seseorang jika tiada kebenaran

29.

Maksud peribahasa “Bagai layang-layang terputus tali” ialah...pilih 2 jawapan

a)

layang-layang terputus tali

b)

Bergantung pada nasib sahaja

c)

Sudah putus harapan

d)

Tali layang-layang terputus kerana berputus asa

30.

Peribahasa “Seperti katak di bawah tempurung” bermaksud... pilih 2 jawapan

a)

Orang yang terhad ilmunya kerana tidak tahu hal sekeliling

b)

Orang yang tidak menghiraukan keadaan yang berlaku di sekeliling

c)

Orang yang malu untuk berdepan dengan dunia luar

d)

Katak berada di bawah tempurung untuk tidur

31.

Maksud peribahasa “Bagai mencurah air ke daun keladi” ialah... pilih 2 jawapan

a)

Mencurah air ke daun keladi menyebabkan air tidak meresap

b)

Memberikan nasihat yang tidak dapat meresapkan ke dalam hati

c)

Perbuatan yang tidak berfaedah atau sia-sia

d)

Perbuatan yang berfaedah kepada manusia

32.

Sediakan payung sebelum hujan merupakan............

a)

Pepatah

b)

Bidalan

c)

Simpulan bahasa

d)

Perumpamaan

33.

Simpulan bahasa merupakan....

a)

Himpunan kata yang mempunyai maksud yang berlainan daripada makna kata bentuknya

b)

Himpunan kata yang mempunyai maksud yang sama dengan makna kata bentuknya

c)

Himpunan kata yang mengandungi nasihat dan pengajaran

d)

Himpunan kata yang membawa maksud membandingkan sesuatu perkara

34.

Pepatah merupakan...

a)

Kata-kata yang berlainan maksud dengan bentuk katanya

b)

Penegasan terhadap unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan

c)

untuk membandingkan dengan perkataan lain

d)

Kategori peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran

35.

Bidalan merupakan...

a)

Kategori peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran

b)

Himpunan kata yang mempunyai maksud yang berlainan daripada makna bentuk katanya

c)

Perumpamaan kata dengan kata yang lain

d)

Kategori peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran

36.

Perumpamaan merupakan...

a)

Memberi penegasan terhadap unsur pengajaran yang hendak disampaikan

b)

Kategori peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran

c)

Himpunan kata yang mempunyai maksud yang berlainan daripada makna bentuk katanya

d)

Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain

37.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan merupakan .....

a)

Pepatah

b)

Bidalan

c)

Simpulan bahasa

d)

Perumpamaan

38.

Makan hati merupakan...

a)

Perumpamaan

b)

Simpulan bahasa

c)

Bidalan

d)

Peribahasa

39.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya merupakan...

a)

Pepatah

b)

Bidalan

c)

Perumpamaan

d)

Simpulan bahasa

40.

Genggam bara api biar sampai jadi arang merupakan..

a)

pepatah

b)

Bidalan

c)

Peribahasa

d)

Simpulan bahasa