WorksheetsUjian Kefahaman
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Gelaran rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah?
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Kedudukan protokol Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Susunan Keutamaan Persekutuan ialah:
Yang Pertama
Yang Kedua
Yang Keenam
Yang Ketujuh
Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil keutamaan mereka sendiri mengikut:
Tarikh Dilahirkan
Tarikh Perlantikan
Keutamaan Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri mereka
Kedudukan negeri dan utara ke selatan
Dalam majlis peringkat kebangsaan, susunan pengibaran bendera negeri hendaklah mengikut prinsip:
Lokasi negeri iaitu dari utara ke selatan
Mengikut saiz negeri
Mengikut Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri
Mengikut susunan abjad
Panggilan hormat bagi Ketua Jabatan yang tiada sebarang gelaran (Datuk/Dato' dsb)
Yang Berbahagia (YBhg.)
Yang Dihormati (YDH.)
Yang Berusaha (YBrs)
Yang Berbahaya (YBhy.)
Panggilan hormat dan susunan yang tepat bagi Raja Ahmad bin Raja Elias yang mempunyai kelayakan akademik Profesor Dr. serta menerima Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk ialah:
Yang Berbahagia/YBhg. Datuk Prof. Dr. Raja Ahmad bin Raja Elias
Yang Berbahagia/YBhg. Prof. Datuk Dr. Raja Ahmad bin Raja Elias
Yang Mulia/YM Datuk Prof. Dr. Raja Ahmad bin Raja Elias
Yang Mulia/YM Prof. Datuk Dr. Raja Ahmad bin Raja Elias
Seperti yang termaktub dala Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan, Susunan Keutamaan Bendera Persekutuan dan Negeri-negeri ditentukan mengikut:
Susunan negeri-negeri mengikut abjad, selepas bendera Malaysia
Susunan kekananan DYMM Raja-raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri
Susunan kekananan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
Susunan kekananan Negeri-negeri Malayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat
Pilih satu kedudukan yang betul bagi tetamu majlis mengikut susunan protokol:
Tetamu utama berada di tengah-tengah paksi sekiranya jumlah vip di pentas adalah genap
Sekiranya bilangan tetamu di pentas adalah ganjil, kedudukan tetamu utama adalah di kanan garisan paksi pentas
Jika bilangan tetamu di pentas adalah ganjil, tetamu utama akan mengambil kedudukan di tengah-tengah paksi pentas
Di pentas, tuan rumah akan sentiasa mengambil tempat duduk di kanan tetamu utama walaupun jawatannya lebih rendah daripada tetamu kedua
Tentukan kaedah jemputan yang betul bagi tetamu undangan ke majlis yang dianjurkan oleh jabatan:
Undangan lisan secara menghadap kepada SPB Yang di-Pertuan Agong
Warkah persilaan diposkan kepada YAB Perdana Menteri
Surat jemputan melalui Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong
Kad jemputan dihantar kepada semua tetamu untuk majlis yang berskala besar
Berikut adalah aspek penting semasa pemilihan menu dan penyaji, kecuali
Memberi tumpuan kepada keperluan semua tetamu bukan hanya tetamu kenamaan
Penyedia perkhidmatan sajian mempunyai rekod prestasi yang baik
Warna uniform penyaji perlu menepati warna tema majlis
Peka kepada pemilihan bunga hiasan yang sesuai dengan majlis dan aspek alahan kepada tetamu
