wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan bahasa Melayu t3

Total questions: 76

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________
a)
buta hati
b)
buta huruf
c)
buta kayu
d)
gaji buta
2.
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci para penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
a)
banyak mulut
b)
berat sebelah
c)
angkat kaki
d)
lepas tangan
3.
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
a)
bagai bulan jatuh ke riba
b)
bagai kaca jatuh ke batu
c)
bagai duri dalam daging
d)
bagai ayam disambar helang
4.
Perbuatan memberi atau menerima __________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
a)
duit hantaran
b)
duit pecah
c)
duit raya
d)
duit kopi
5.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin
a)
lain di mulut lain di hati
b)
tepuk dada tanya selera
c)
indah khabar daripada rupa
d)
belakang parang diasah lagikan tajam
6.
Annas seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya
a)
katak di bawah tempurung
b)
ayam disambar helang
c)
kera mendapat bunga
d)
murai tercabut ekor
7.
Annas seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya
a)
katak di bawah tempurung
b)
ayam disambar helang
c)
kera mendapat bunga
d)
murai tercabut ekor
8.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya __________ kerana semua nasihatnya tidak diendahkan.
a)
bagai haruan makan anak
b)
bagai kambing dihalau ke air
c)
bagai mencurah air ke daun keladi
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
9.
Semasa menaiki pesawat ke kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual-bual kerana adik
a)
otak cair
b)
otak udang
c)
mulut murai
d)
mulut tempayan
10.
Hartawan itu __________ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
a)
sampai hati
b)
putih mata
c)
pilih kasih
d)
salah urat
11.
Emak selalu menegur sikap abang yang __________ itu
a)
langkah kanan
b)
rabun ayam
c)
berat tulang
d)
berat hati
12.
a)
Cincin emas batu permata
b)
Bagai cincin dengan permata
c)
Umpama kudung dapat cincin
d)
Seperti kaduk mendapat bunga
13.
Bagai murai......
a)
di atas pokok
b)
kehilangan bulu
c)
tercabut kepak
d)
dicabut ekor
14.
..........................begitulah kuihnya.
a)
Acuan kecil atau besar....
b)
Kuih bahulu...
c)
Bagaimana acuan......
d)
Corak acuan pelbagai.....
15.
Berikan peribahasa yang sesuai dengan gambar.
a)
Bagaikan kacang suka makan kulit
b)
Umpama kulit kacang yang bersepah
c)
Seperti kulit lupakan kacang
d)
Bagaikan kacang lupakan kulit
16.
Peribahasa yang sesuai
a)
Selamat pengantin baru
b)
Bagai pinang dibelah sama rata
c)
Pasangan suami isteri
d)
Bagai pinang dibelah dua
17.
Apakah maksud peribahasa ini?
a)
Orang yang tidak boleh simpan rahsia
b)
Lidah dia bercabang dua
c)
Orang yang tidak jujur
d)
Seseorang yang tidak dipercayai
18.
a)
Ulat duduk dalam buku
b)
Ulat buku
c)
Buku yang sudah berulat
d)
Ulat bulu
19.
Sama maksud dengan peribahasa ini.....
a)
Bagai musuh dalam selimut
b)
Bagai gunting dalam lipatan
c)
Bagai api dalam sekam 
d)
Bagai duri dan daging
20.
Berikan maksud perumpamaan ini....
a)
Berkawan dengan yang sama taraf
b)
Enggang tidak boleh berkawan dengan pipit
21.
Berikan makna yang sesuai dengan peribahasa ini......
a)
Tikus tidak suka makan labu
b)
Perbuatan yang memburukkan lagi keadaan.
c)
Keadaan yang sudah tidak boleh dibantu lagi
d)
Perangai yang suka merosakkan benda,
22.

1.Dompet itu diperbuat dari kulit buaya.

a)

bawah

b)

daripada

c)

dalam

d)

di

23.

2.Kertas kerja-kertas kerja itu akan dibentangkan dalam mesyuarat tahunan yang akan diadakan pada bulan depan.

a)

kerja-kerja kertas

b)

kertas-kertas kerja

c)

kerja kertas

d)

kertas kerja

24.

Para penduduk-penduduk kampung bergotong-royong membaiki balai raya yang runtuh akibat angin kencang.

a)

para penduduk

b)

para-para penduduk

c)

penduduk para

d)

penduduk

25.

Oleh kerana ayah tidak sihat, kami terpaksa membatalkan rancangan untuk ke Gua Niah.

a)

oleh sebab

b)

kerana

c)

lantaran

d)

oleh lantaran

26.

Lima dari sepuluh orang murid didapati membawa telefon bimbit ke sekolah menyebabkan disiplin murid akhir-akhir ini semakin parah.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

27.

Setiap warga persekolahan hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaa dalam kelas.

a)

di dalam

b)

di

c)

ke

d)

pada

28.

Afiq diminum ubat batuk yang disangkanya air teh.

a)

diminunkan

b)

meminum

c)

minuman

d)

terminum

29.

Lukisan pada dinding itu tidak hasil tangan saya.

a)

tidak bukan

b)

tidak boleh

c)

bukan

d)

bukan tidak

30.

Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku yang terletak bersebelahan dengan pasar raya.

a)

alat tulis-tulis

b)

tulis-tulis alat

c)

alat tulis

d)

alat-alat tulis

31.

Adik saya yang berusia dua setengah tahun sudah petah berkata-kata.

a)

dua sesetengah jam

b)

dua jam setengah

c)

setengah dua jam

d)

setengah jam dua

32.

3.Kegagalan Adham dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah disebabka oleh kesilapannya tidak menjawab beberapa bahagian soalan.

a)

bahasa melayu

b)

Bahasa melayu

c)

bahasa malay

d)

bahasa Melayu

33.

“Maklumkan kepada Hang Tuah bahawa beta akan berangkat ke Melaka selepas solat Asar,” kata Sultan Mahmud kepada Hang Nadim.

a)

titah

b)

mengatakan

c)

berkata

d)

bercakap

34.

2.Pelancong yang berasal daripada negara Jepun itu kelihatan kekok apabila disuruh makan menggunakan tangan.

a)

dari

b)

pada

c)

daripada

d)

kepada

35.

4.Beg tangan itu Emma beli semasa dia membeli-belah dengan rakan-rakannya di Pulau Langkawi.

a)

Emma membeli

b)

dibelikan oleh Emma

c)

Emma telah membeli

d)

dibeli oleh Emma

36.

1. Berbagai jenis pakaian telah dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.

a)

bagai-bagai

b)

kepelbagaian

c)

berbagai-bagai

d)

jenis

37.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ini hari Azizah tidak datang.

b)

Hari ini Azizah tidak datang.

38.

Pilih ayat yang betul.

a)

Saya tidak mahu membaca buku ini.

b)

Buku ini saya tidak mahu membaca.

39.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pen itu sudah habis dakwat.

b)

Itu pen dakwat sudah habis.

40.

Pilih ayat yang betul.

a)

Nora dan Nani baik berkawan.

b)

Nora dan Nani berkawan baik.

41.

Pilih ayat yang betul.

a)

Majalah itu saya tidak menyimpannya.

b)

Saya tidak menyimpan majalah itu.

42.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dia datang kelmarin.

b)

Dia yang datang kelmarin.

43.

Pilih ayat yang betul.

a)

Di seluruh negara dilanda banjir.

b)

Seluruh negara dilanda banjir.

44.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza.

b)

Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza.

45.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.

b)

Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.

46.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kami berdoa kamu berjaya.

b)

Kami berdoa agar kamu berjaya.

47.

Pilih ayat yang betul berkaitan gambar ini.

a)

Harga jam tangan ini RM25.00.

b)

Hadiah itu dibalut dengan cantik.

c)

Itu kasut sekolah saya.

48.

Pilih ayat seru yang betul berkaitan gambar.

a)

Wah, cantiknya tangan awak !

b)

Hai, lama kita tidak bertemu !

c)

Aduh, sakitnya tanganku ini !

49.

Pilih ayat yang betul.

a)

nama ibu saya puan fatimah

b)

Nama adik saya alia.

c)

Nama ayah saya ialah Encik Fauzi.

50.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah ialah sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.

a)

dalam - di

mengirimkan - menularkan

b)

Di antara - Antara

saluran - khidmat

c)

murid - pelajar

untuk - bagi

d)

ialah - adalah

komunikasi - teknologi

51.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk tiruk betina.

a)

adalah - ialah

disebarkan - dibawa

b)

virus - bakteria

oleh - melalui

c)

jangkitan - rebakan

oleh - melalui

d)

adalah - ialah

tiruk - aedes

52.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Selain daripada itu, bilangan orang yang menghadapi sakit kerongkong semakin bertambah akibat cuaca yang terlampau panas.

a)

Selain daripada itu - Selain itu

menghadapi - menghidap

b)

Selain daripada itu - Selain dari itu,

kerongkong - tekak

c)

bertambah - banyak

terlampau - terlampau sangat

d)

menghadapi - menghidap

terlampau - lampau sekali

53.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Bahaya yang paling kerap sekali dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi ialah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.

a)

paling kerap sekali - paling kerap

radiatornya - radiasinya

b)

penggunaan - pemakaian

ialah - adalah

c)

ialah - adalah

radiatornya - radiasinya

d)

paling kerap sekali - kerap sekali

buruk - negatif

54.

Pilih pembetulan yang paling tepat bagi ayat di bawah.


Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik baru.

a)

Di - Pada

memberikan - menyampaikan

b)

jurugambar - jurukamera

dengan - supaya

c)

Di - Pada

baru - baharu

d)

dengan - supaya

baru - baharu

55.
  1. Tahukah anda kertas itu diperbuat dari kulit kayu?
a)

bawah

b)

daripada

c)

oleh

d)

di

56.

Para penduduk-penduduk kampung bergotong-royong membaiki balai raya yang runtuh akibat angin kencang.

a)

para penduduk

b)

para-para penduduk

c)

penduduk para

d)

penduduk

57.

Tiga dari sepuluh orang murid didapati membawa rokok elektronik ke sekolah menyebabkan disiplin murid akhir-akhir ini semakin parah.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

58.

Syahir diminum ubat batuk yang disangkanya air kopi.

a)

diminumkan

b)

meminum

c)

minuman

d)

terminum

59.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokkumentari

d)

dokumentary

60.

Nyatakan kesalahan perkataan bergaris:


Walaupun lelaki itu berhasil menjadi pegawai tinggi kerajaan, beliau masih bersikap peramah dan tidak sombong.

a)

Kesalahan ejaan

b)

Kesalahan imbuhan

c)

Kesalahan tatabahasa

d)

Kesalahan istilah

61.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka mendapat __________________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

62.

Pilih satu kata perintah:

a)

Kata permintaan

b)

kata nama

c)

kata kerja

d)

simpulan bahasa

63.

berikan contoh ayat perintah

a)

saya sudah makan

b)

saya minta maaf

c)

Sila beratur sebelum masuk

d)

jom makan

64.

“ _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.

a)

Jemput

b)

Jangan

c)

Tolong

d)

Usah

65.

“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.

a)

Jangan

b)

tolong

c)

Minta

d)

Usah

66.

____ buangkan tulang ikan ke dalam tong sampah.

a)

Harap

b)

Jemput

c)

Usah

d)

Tolong

67.

_____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.

a)

Jemput

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Minta

68.

______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.

a)

Sila

b)

Tolong

c)

Usah

d)

Harap

69.

“ _____kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar lagi,” kata pengacara majlis.

a)

harap

b)

Usah

c)

Jangan

d)

Tolong

70.

______tuangkan saya segelas jus oren.

a)

Harap

b)

Jemput

c)

Sila

d)

Tolong

71.

_____lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.

a)

sila

b)

Usah

c)

Minta

d)

Jangan

72.

______ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.

a)

Jangan

b)

Minta

c)

Jemput

d)

Usah

73.

______ berebut-rebut semasa menaiki bas.

a)

Tolong

b)

sila

c)

Jemput

d)

Jangan

74.

“___ lah makan kuih-muih yang dihidangkan,” ajak Puan Susie.

a)

usah

b)

minta

c)

jemput

d)

tolong

75.

“____ pasangkan wayar di belakang televisyen ini,' kata kakak kepada rakannya.

a)

usah

b)

tolong

c)

harap

d)

jangan

76.

“ _____ main dengan alat-alat yang tajam itu,' tegah emak kepada adik.

a)

Jangan

b)

harap

c)

sila

d)

tolong

Similar Resources on Wayground