wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

022. Soalan Asas Lawatan Tapak Pembinaan

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kenyataan prosedur lawatan tapak pembinaan yang BETUL.

a)

Memastikan pemakaian yang sesuai dan menggunakan kasut keselamatan.

b)

Menggunakan cermin mata gelap dan sentiasa meniup whistle.

c)

Pastikan ambulace sudah bersiap sedia sebelum membenarkan sesiapa memasuki tapak pembinaan.

d)

Pekerja perlu menjawap soalan peperiksaan sebelum memasuki tapak pembinaan.

2.

Pilih kenyataan prosedur lawatan tapak pembinaan yang SALAH.

a)

Memastikan pemakaian yang sesuai dan menggunakan kasut keselamatan.

b)

Pastikan ambulace sudah bersiap sedia sebelum membenarkan sesiapa memasuki tapak pembinaan.

c)

Pekerja atau pelawat perlu mendapatkan kebenaran daripada penjaga kawasan pembinaan sebelum memasukinya.

d)

Pekerja atau pelawat perlu melakukan sesi Toolbox Talk sebelum memasuki kawasan pembinaan.

3.

Apakah TUJUAN melakukan lawatan tapak sebelum memulakan proses kerja-kerja pendawaian?

a)

Bertujuan untuk memastikan kawasan tapak pembinaan tersebut sudah disahkan menjadi milik pelanggan.

b)

Untuk menunjukkan bukti kepada majikan bahawa kita melakukan kerja dengan baik dan berdedikasi.

c)

Menganalisa dan mengambil beberapa maklumat untuk memudahkan tafsiran keperluan kerja.

d)

Seseorang perlu pergi ke tapak pembinaan dan berada disana untuk memastikan peralatan yang ditinggalkan dalam keadaan selamat.

4.

Berikut adalah kelengkapan yang sesuai digunakan semasa proses lawatan tapak pembinaan KECUALI.

a)

Cermin mata keselamatan.

b)

Topi keselamatan.

c)

Kasut keselamatan.

d)

Kain pelikat keselamatan.

5.

Pilih kelengkapan yang SESUAI digunakan semasa proses lawatan tapak pembinaan.

a)

Topi keselamatan.

b)

Baju sweater / Hoodies

c)

Kasut tumit tinggi.

d)

Kain pelikat.

6.

Mengapakah perlu berpakaian keselamatan dan sentiasa berwaspada semasa proses lawatan tapak di kawasan pembinaan?

a)

Ramai pekerja yang tidak puas hati mungkin akan menyerang sesiapa sahaja.

b)

Untuk mengelak kewujudan hazard yang sukar ditafsir dan berbahaya

c)

Ramalan kaji cuaca tidak boleh dipercayai dan adalah lebih baik sentiasa berwaspada.

d)

Hanya kerana takut kepada pegawai keselamatan yang berlegar-legar di kawasan sekitar.

7.

Gambarajah berikut menunjukkan beberapa warna untuk pemakaian topi keselamatan di tapak pembinaan. Pilih pasangan warna yang BETUL.

a)

Warna kelabu - Pesakit tahap rendah atau pesakit luar.

b)

Warna kuning - Perdana menteri dan ahli politik.

c)

Warna putih - Pegawai Keselamatan, Pengawas Keselamatan, engineer, dan foremen.

d)

Warna hijau - Juru jual peniaga kecil-kecilan.

8.

Berikut adalah kegunaan topi keselamatan yang betul di tapak pembinaan KECUALI.

a)

Perbezaan warna topi untuk mengenali seseorang serta tanggungjawab.

b)

Mengelakkan kemalangan semasa bekerja.

c)

Sebagai perlindungan asas kepada kepala pemakai.

d)

Dijadikan sebagai pengganti kepada cawan dan pinggan semasa waktu rehat.

9.

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam simbol pada gambarajah yang ditunjukkan?

a)

Arahan berwaspada dengan beberapa jenis Hazard dan kemalangan yang boleh berlaku di tempat kerja.

b)

Kawasan yang memerlukan kahadiran ambulance sebelum pekerja memasukinya.

c)

Kawasan Zero Accident yang perlu dihalang dengan papan tanda dilarang masuk.

d)

Papan tanda menunjukkan perbuatan yang digalakkan semasa berada di tapak pembinaan.

10.

Apakah maksud HAZARD di tempat kerja?

a)

Potensi kesembuhan yang baik di tempat kerja.

b)

Potensi bahaya yang berada di tempat kerja.

c)

Potensi kebijaksanaan dan mendapat markah cemerlang.

d)

Potensi penambahan kecekapan pekerja semasa bekerja.

11.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kerja pendawaian elektrik dilakukan tanpa dimulakan dengan lawatan tapak?

a)

Potensi pembaziran kos kewangan, masa dan tenaga akan terjadi.

b)

Potensi keuntungan yang besar bakal dinikmati.

c)

Potensi pekerja bertambah minat dan yakin dengan kerja yang dilakukan.

d)

Tiada sebarang masalah dengan perkara ini kerana kita semua pro yang amat.

12.

Berikan TUJUAN melakukan lawatan tapak pembinaan.

a)

Adalah untuk memeriksa aspek kesalahan pekerja dan menindas majikan supaya membayar bonus.

b)

Adalah untuk memeriksa aspek keselamatan dan mendapatkan maklumat teknikal berkenaan projek.

c)

Adalah untuk memantau masalah sosial di kalangan pekerja dan staf yang terlibat dalam projek.

d)

Hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada majikan seperti melakukan banyak kerja dan menerima bonus.

13.

Apakah tugasan yang PERLU dilakukan oleh pegawai keselamatan yang bertugas di tapak pembinaan?

a)

Mencari kesalahan pekerja dan mendenda dengan bayaran yang tinggi atau memecat mereka.

b)

Mengesan penyelewengan yang dilakukan oleh majikan dan melaporkannya kepada menteri.

c)

Pastikan semua pekerja mematuhi peraturan keselamatan serta menggunakan PPE yang sesuai.

d)

Merosakkan harta benda yang disediakan di tapak pembinaan supaya projek dibatalkan.

14.

Gambarajah menunjukkan sebuah perjumpaan sebelum memulakan sebarang kerja di tapak pembinaan. Apakah nama perjumpaan ini?

a)

CPR Meeting

b)

Paperwork Meeting

c)

Emergency Meeting

d)

Toolbox Meeting

15.

Apakah perkara yang boleh diambil sebagai contoh yang BAIK berdasarkan gambarajah yang ditunjukkan?

a)

Menggunakan pemakaian keselamatan yang cerah dan seragam.

b)

Memilih jejaka tampan dan kacak sebagai ketua kumpulan.

c)

Semua pekerja menggunakan pakaian yang baharu dan berbau kedai.

d)

Memilih waktu cuti umum untuk mengadakan perjumpaan rasmi.

16.

Berikan satu pengajaran yang berguna berdasarkan gambarajah yang ditunjukkan.

a)

Adalah lebih selamat tidak bekerja secara berseorangan.

b)

Urutan tradisional perlu dilakukan sebelum bekerja.

c)

Pengetahuan dalam pembedahan penting dalam semua pekerjaan.

d)

Jangan bagi orang tua melakukan sebarang kerja.

17.

Mengapakah lawatan tapak pembinaan perlu dilakukan beberapa kali sepanjang projek dijalankan?

a)

Untuk mencapai matlamat wajib zero accident.

b)

Untuk mengenalpasti jenis jenama peralatan dan perkakasan yang digunakan.

c)

Untuk memastikan tiada berlaku sebarang kejadian yang misteri di tempat kerja.

d)

Untuk memastikan sebarang keperluan atau perubahan yang diperlukan.

18.

Apakah langkah yang PERLU diambil sebelum memulakan kerja di tapak pembinaan?

a)

Melakukan pemeriksaan keselamatan dan memastikan semua pekerja hadir.

b)

Menyiapkan laporan kewangan untuk majikan.

c)

Hanya menunggu arahan daripada pengurus projek.

d)

Memastikan semua pekerja mempunyai cuti yang mencukupi.

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan PPE dalam konteks keselamatan di tempat kerja?

a)

Penggunaan Perisian Pengurusan Projek yang berkesan.

b)

Peralatan Pelindung Peribadi yang digunakan untuk melindungi pekerja.

c)

Peralatan Pembersihan Perindustrian yang digunakan di tapak pembinaan.

d)

Prosedur Pengurusan Ekonomi yang perlu diikuti oleh semua pekerja.

20.

Apakah FAKTOR yang boleh meningkatkan risiko kemalangan di tapak pembinaan?

a)

Kekurangan latihan keselamatan dan pengawasan yang lemah.

b)

Penglibatan semua pekerja dalam sesi latihan keselamatan.

c)

Penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan.

d)

Perancangan yang teliti dan pengurusan masa yang baik.