wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Budaya SDBKL SET 4 NO 3

Total questions: 70

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengikut Haron Daud, (a)   adalah rangkuman segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun.

2.

Dengan perkataan lain (a)   termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat (1989:8).

3.

Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat

(2007), budaya didefinisikan sebagai (a)   , peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya). Tegasnya budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

4.

Tegasnya budaya boleh didefinisikan sebagai suatu ..................... ...................... yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai dan sebagainya yang diwarisi ole sesuatu masyarakat atau bangsa.

(a)  

5.

lanya juga merangkumi sistem masyarakat, (a)   , dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.

6.

Adat sebagai (a)   dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan.

7.

Adat juga sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam lingkungan bidang (a)   dan perlakuan agama, serta magis.

8.

........................... ............................. dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau merupakan rakan kongsi kepada Dato' Tan.

(a)  

9.

Antara aspek budaya berdasarkan watak Encik Muhammad ialah menghormati orang tua, (a)   , adat merisik, adat meminang, menziarahi orang sakit, makanan tradisional, menghormati guru/ulamak, dan sebagainya.

10.

Menghormati (a)  

Era moden yang sedang dilalui kini bukan alasan mana-mana masyarakat mengetepikan adab dan nilai dalam apa juga keadaan sekalipun termasuk dalam mengeratkan perhubungan.

11.

Meskipun, medium sosial berupaya merentasi seluruh pelosok dunia, namun hakikatnya ia telah banyak membataskan pergerakan manusia. Itu sebab, Islam terus menggalakkan agar amalan (a)   dalam kalangan masyarakat tetap perlu dihidupkan.

12.

Amalan ini menggalakkan sikap ....................... ................................. mengenal antara satu sama lain di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

(a)  

13.

Sememangnya, menjaga hubungan (a)   dalam kalangan masyarakat bukan suatu perkara kecil, kerana nilainya begitu besar di sisi agama dan masyarakat. Jelas, dengan amalan berziarah, hubungan silaturahim dapat ditaut dan dijalin erat.

14.

Bukan itu sahaja, kemesraan dapat dijalin, terzahir sikap (a)   dan dapat menghilangkan prasangka buruk. Sama ada kita yang bertindak sebagai tetamu atau kita yang diziarahi (menjadi tuan rumah), kedua-duanya akan memperoleh nikmat. Sebagai tuan rumah, memuliakan tetamu merupakan akhlak yang terpuji seperti yang selalu diterapkan para nabi.

15.

Antara amalan yang boleh dilakukan atau dipraktikkan sebagai tanda ........................ .............................. ialah segera menghidangkan makanan dan minuman untuk tetamu, menyediakan hidangan terbaik yang ada di dalam rumah, mendekatkan makanan kepada tetamu dan bercakap dengan lemah lembut dengan tetamu.

(a)  

16.

Betapa sikap .......................... ........................ sangat dituntut oleh Islam. Memuliakan kehadiran tetamu undangan yang dijemput dengan member penghormatan dengan cara mempersilakan mereka dengan cara yang paling bersopan menyebabkan tetamu berasa dihargai dan ini membentuk akhlak yang mulia.

(a)  

17.

Encik Muhammad selaku ............................. ................................. dan tuan rumah telah mempersilakan para tetamu yang hadir pada malam akad nikah perkahwinan antara Sudin dengan Gayah.

(a)  

18.

Encik Muhammad dan ........................ .................... ........................... meraikan kehadiran para tetamu yang dengan ramah mesra dan penuh dengan budi bahasa. Sikap yang ditunjukkan ole Encik Muhammad, Cik Puan Tipah dan keluarganya telah merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, khusus dalam kalangan ahli keluarga Penghulu Mahmud dan keluarga Imam Saad.(hlm 144-146)

(a)  

19.

Budaya (a)  

Adat perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu diadakan dengan penuh meriah sekali. Hal ini adalah kerana pasangan yang akan berkahwin dianggap sebagai "raja sehari."

20.

Sehubungan dengan itu ianya harus diadakan dengan penuh meriah sebagai tanda meraikan pasangan pengantin baru. Majlis (a)   biasanya akan disertai dengan kenduri kendara dan hiburan bagi meraikan pengantin dan tetamu yang datang.

21.

Untuk menyediakan makanan dan hidangan kepada tetamu yang datang, anak beranak, saudara mara, jiran tetangga, dan masyarakat setempat bergotong roryong untuk menyediakan makanan dan persiapan perkahwinan. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan (a)   yang erat dan kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat.

22.

Seterusnya keadaan ini akan melahirkan kemesraan dan keharmonian hidup dalam kalangan masyarakat. Tindakan Encik Muhammad mengadakan majlis perkahwinan (a)   dan Sudin di kediamannva telah mengeratkan hubungannya dengan penduduk Kampung Pulai. Kenduri perkahwinan Gayah dan Sudin dilakukan secara bergotong royong oleh ahli keluarga. (hlm. 141- 146)

3

23.

Adat (a)   /meminang

Zaman bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Pertunangan merupakan mukadimah bagi perkahwinan. Adat ini biasanya dijalankan dalam kalangan masyarakat Melayu.

24.

Adat merisik/meminang ini ialah apabila pihak lelaki menghantar rombongan untuk meminang anak gadis atau perempuan yang menjadi pilihan hati. Adat meminang diadakan sebelum majlis (a)   Adat ini sebagai tanda anak gadis atau perempuan yang menjadi pilihan sudah berpunya,

25.

Pada kebiasaannya keluarga pihak lelaki seperti ibu bapa, bapa saudara, emak saudara, dan ahli keluarga terdekat menjadi (a)   kepada pihak lelaki untuk meminang gadis yang menjadi pilihannya.

26.

Begitu jugalah di pihak perempuan, ibu bapa, bapa saudara, emak saudara, dan ahli keluarga terdekat menjadi wakil kepada pihak perempuan untuk menyambut dan (a)   dengan rombongan daripada pihak lelaki. Adat yang diamalkan ini akan mewujudkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara pihak lelaki dan pihak perempuan.

27.

Hubungan yang terjalin ini akhirnya akan melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni. Contohnya, keluarga Encik Muhammad telah bertandang ke rumah Tan Sri Syed Aris untuk meminang (a)   untuk dijodohkan dengan Rahim.

28.

Sebagai tuan rumah, Tan Sri Syed Aris telah mengadakan kenduri bagi menyambut kedatangan Encik Muhammad dan keluarganya. Kemuncak kepada majlis pertunangan ini ialah apabila .................. ....................... dan cincin tunang akan disarungkan ke jari Mahani oleh wakil daripada Rahim.(hlm. 208)

(a)  

29.

Menziarahi .................... ........................

Masyarakat Islam tidak boleh memikirkan kepentingan dirinya saja iaitu bersenang-lenang tapa memikirkan sedikit pun nasib saudara seagama yang dalam kesusahan atau ditimpa musibah.

(a)  

30.

Sifat ......................... .......................... sendiri adalah bertentangan dengan semangat yang tersirat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

(a)  

31.

Keadaan itu terjadi kerana kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Jika ketika ini ada dalam kalangan kawan kita sedang diuji dengan kesakitan dan terlantar di hospital, carilah masa lapang untuk (a)   nya. Kehadiran kita itu pastinya akan meninggalkan kesan kepada jiwanya yang sedang berduka.

32.

Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya. Atau sekurang-kurangnya pesakit akan terhibur hatinya dan hilang rasa sedih walaupun untuk sementara waktu. Ia juga adalah ciri-ciri akhlak (a)   yang tidak boleh ditinggalkan.

33.

Amalan (a)   orang sakit adalah hak yang mesti ditunaikan buat orang yang sihat.

34.

Antara kesan positif dirasakan oleh mereka yang berziarah ketika rakannya sedang sakit pastinya timbul perasaan simpati dan insaf pada dirinya selain dapat mewujudkan hubungan (a)   dan kasih sayang dalam kalangan anggota masyarakat.

35.

Jelas kepada kita, amalan (a)   orang sakit sangat penting dan utama. Cara terbaik untuk menziarahi orang sakit ialah segera datang melihat ketika mendengar berita sakitnya.

36.

Contohnya Encik Muhammad melawat ......................... ........................... di hospital. Lawatan Encik Muhammad ini mengeratkan hubungan silaturahim antaranya dengan Lebai Maarup.

(a)  

37.

Selain daripada itu juga, (a)   dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga telah menziarahi Sudin sewaktu Sudin terlantar di hospital kerana dipukul oleh Mat Akil.

38.

............................ ..................../ulama Islam amat menitik beratkan soal adab dalam kehidupan. Adab yang perlu dijaga adalah adab dengan Allah SWT, adab sesama manusia dan alam sekeliling.

(a)  

39.

Di antara adab yang perlu diambil perhatian adalah (a)   dengan guru. Guru merupakan insan yang mulia. Mereka mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

40.

Melalui didikan dan bimbingan (a)   , kita menjadi insan yang berilmu dan dapat pula memanfaatkannya untuk diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah menjaga adab semasa bersama dengan guru sebagai menghargai jasa bakti mereka.

41.

Seseorang yang pernah mendidik kita adalah (a)   yang perlu kita hormati. Daripada merekalah kita belajar membaca, menulis, mengira dan menguasai ilmu-ilmu tertentu sehingga kita menjadi insan yang berguna.

42.

Selain daripada itu juga, guru atau (a)   merupakan sosok yang harus dimuliakan serta dihormati kerana memiliki peranan yang penting dalam kehidupan.

43.

Guru atau ulama tidak hanya orang yang secara langsung mengajarkan kita, akan tetapi juga semua orang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk membangunkan umat. Mengapa guru atau ulama harus dihargai? Hal ini adalah kerana mereka telah mengajarkan (a)   kepada kita.

44.

Jika tanpa jasa mereka, kita akan tersesat dalam kebodohan, atau kita akan selalu merasa benar dengan kebodohan yang kita alami. Guru dan ulama perlu dihormati juga karena mereka adalah ............................ .....................

(a)  

45.

Seterusnya, sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang (a)   dan disanjung tinggi. Contohnya, Encik Muhammad menghormati Lebai Maarup yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang keagamaan. Oleh itu, beliau menerima cadangan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanahnya bagi pembinaan surau dan aktiviti keagamaan.

46.

Seterusnya, sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang beradab dan disanjung tinggi. Contohnya, Encik Muhammad menghormati ................... ...................... yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang keagamaan. Oleh itu, beliau menerima cadangan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanahnya bagi pembinaan surau dan aktiviti keagamaan.

(a)  

47.

Menuntut ilmu (a)   dan kemajuan tamadun manusia adalah berkait rapat dengan tahap dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat. Ilmu menjadi alat yang amat penting kepada individu peranan masing-masing dalam membangunkan masyarakat dan negara.

48.

Pembangunan (a)   dan negara yang seimbang dari aspek material dan spiritual ke arah pembinaan sebuah tamadun yang kuat perlu berlunaskan integrasi antara ilmu naqli dan ilmu "aqli untuk memastikan individu, keluarga dan masyarakat yang menjadi tonggak negara memahami tujuan ilmu dan pendidikan yang sebenar.

49.

Dalam hal ini, kefahaman mereka tentang peri mustahak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu baru yang berkembang seiring dengan perubahan zaman, di samping memantapkan diri dengan ilmu agama atau ................... ..................... yang disifatkan sebagai ilmu tradisional adalah amat perlu dalam sebuah kemajuan dan pencapaian material dan spiritual yang seimbang dalam kalangan masyarakat.

(a)  

50.

Ilmu yang berteraskan agama sewajarya menjadi asas ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu, bermoral dan berkeyakinan. Dalam masyarakat beragama, pendidikan bertujuan untuk menyemai (a)   yang mantap dalam diri, membina keyakinan yang mendalam kepada Allah SWT dan menyuburkan jiwa yang ingin menyumbang kepada bangsa dan negara.

51.

Sehubungan dengan itu, budaya menuntut ilmu akan melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berkerjaya.Contohnya, .................... .................... tidak mengabaikan pendidikan anak-anak. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghantar anaknya Rahim ke luar neger untuk menuntut ilmu dalam bidang pengurusan dagang.

(a)  

52.

Sehubungan dengan itu, budaya menuntut ilmu akan melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan berkerjaya. Contohnya, Encik Muhammad tidak mengabaikan pendidikan anak-anak. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghantar anaknya (a)   ke luar negeri untuk menuntut ilmu dalam bidang pengurusan dagang.

53.

Panggilan (a)   kelahiran/kekeluargaan.

Kata panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan sebagai perkataan yang digunakan oleh seseorang untuk merujuk kepada orang yang disapa. Istilah sistem panggilan ini tidak sewenang-wenangnya tetapi sebagai penanda sosial bagi yang menyapa dan yang disapa.

54.

Sistem panggilan pangkat (a)   atau kekeluargaan merupakan cara sopan yang digunakan untuk bercakap atau menulis semasa merujuk kepada seseorang.

55.

Dalam sesebuah masyarakat terdapat suatu sistem (a)   dan panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan yang tertentu.

56.

Sapaan dan panggilan (a)   kelahiran atau kekeluargaan tersebut terdapat dalam hubungan antara anggota dalam kalangan keluarga, kaum kerabat dan seterusnya dalam hubungan yang lebih luas.

57.

Dapat dilihat bahawa (a)   dan panggilan tersebut adalah berdasarkan sistem-sistemnya yang tertentu serta mengikut urutannya yang tertentu, iaitu urutan dari segi hubungan persaudaraan, usia, kedudukan dan pangkat, gelaran yang disandang, kuasa dan kewibawaan yang dimiliki, serta jawatan-jawatan yang dipegang.

58.

Pemilihan dan penggunaan kata sapaan bergantung pada ............................ ................ antara penutur dengan pendengar. Kata sapaan dan panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan merupakan sebahagian daripada aspek kesantunan berbahasa.

(a)  

59.

Bahasa (a)   terdapat dalam semua masyarakat. Kegagalan menggunakan bahasa sapaan yang betul akan menjejaskan hubungan dan ikatan sosial mereka.

60.

Sehubungan itu, dalam suatu perbualan, kata panggilan dan .................... ......................... yang digunakan ole seseorang itu dapat menggambarkan kedudukannya berbanding dengan orang yang dilawan berbicara serta orang lain yang ada di sekelilingnya.

(a)  

61.

Malah melalui percakapan dengan menggunakan sesuatu bentuk bahasa tertentu, orang lain yang mendengar perbualan tersebut dapat menentukan (a)   atau kedudukan orang yang bercakap itu.

62.

Sistem (a)   ini amat penting dalam sesebuah konteks perbualan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, penggunanya harus mematuhi peraturan-peraturan tertentu berkaitan dengan interaksi sosial berkenaan.

63.

Sekiranya berlaku (a)   di dalam sistem panggilan, kemungkinan akan menimbulkan rasa malu, tersinggung atau penutur akan dianggap sebagai seorang yang tidak tahu berbahasa.

64.

Dengan itu jelaslah bahawa kata (a)   yang digunakan seharusnya dititikberatkan dan perlu diberi perhatian.

65.

Ini kerana jika seseorang tidak menggunakan kata (a)   yang bersesuaian dengan keadaan, peringkat umur dan status akan menyebabkan terdapatnya perasaan kurang selesa dalam proses komunikasi sesama individu tidak kira dalam masyarakat manapun kerana ia boleh menimbulkan salah faham antara penutur dan pendengar.

66.

Sehubungan dengan itu panggilan pangkat kelahiran/kekeluargaan akan melahirkan masyarakat yang (a)   , berkasih sayang, dan disanjung tinggi. lanya juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara anggota masyarakat.

67.

Contohnya Encik Muhammad meminta (a)   memanggilnya dengan panggilan pakcik bukannya tuan sebagai tanda hormat, kerana Mahani adalah anak sahabatnya.

68.

Contohnya Encik Muhammad meminta Mahani memanggilnya dengan panggilan pakcik bukannya (a)   sebagai tanda hormat, kerana Mahani adalah anak sahabatnya.

69.

Selain daripada itu, Gayah yang merupakan anak saudara kepada Encik Muhammad membahasakan Encik Muhammad dengan panggilan ................. .......................

(a)  

70.

Apabila (a)   berkahwin dengan Gayah, beliau juga membahasakan Encik Muhammad dengan panggilan Pak Su.