wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji (tahun 4 dan 5)

Total questions: 60

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan 12 proses kemahiran sains, KECUALI

a)

Mengukur dan menggunakan nombor dalam jadual

b)

Membuat kesimpulan

c)

Membuat hipotesis

d)

Meramal

2.

Apakah fungsi gigi geraham?

a)

Membantu memutuskan daging

b)

Mengelakkan gusi luka

c)

Menghancurkan dan melumatkan makanan

d)

Memberi isyarat gigi berlubang

3.

Apakah fungsi jantung?

a)

membawa darah beroksigen ke paru-paru

b)

mengepam darah beroksigen ke paru-paru

c)

mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan

d)

membawa darah beroksigen ke seluruh bahagian badan

4.

Jantung terdiri daripada

a)

2 ruang

b)

4 ruang

5.

Apakah fungsi darah?

a)

Mengangkut oksigen dan karbon dioksida ke seluruh badan.

b)

Mengalirkan darah ke seluruh badan.

c)

Mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh.

d)

Memberikan tenaga kepada badan.

6.

Bahagian manakah yang terlibat di dalam sistem peredaran darah manusia?

a)

Jantung, ginjal, hati dan peparu

b)

Peparu, darah, pankreas dan otak

c)

Jantung, peparu, darah dan salur darah

d)

Peparu, darah, hati dan jantung

7.

Apakah fungsi organ ini?

a)

Mencegah jangkitan penyakit

b)

Mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh badan manusia

c)

Membolehkan manusia bernafas

d)

Menyingkirkan bahan buangan daripada badan

8.

Apakah akan berlaku apabila salur darah tersumbat akibat enapan kolestrol?

a)

Manusia akan mati.

b)

Darah tidak dapat mengalir dengan lancar.

c)

Darah akan mengalir melalui salur darah yang lain.

d)

Berlaku jangkitan kuman pada salur darah.

9.

Penyakit manakah yang akan dialami oleh pesakit yang berpunca daripada salur darah tersumbat?

a)

Kencing manis

b)

Strok

c)

Demam

d)

Radang paru-paru

10.

Bahan kumuh seperti lebihan air dan urea akan dibawa oleh darah ke organ ini untuk disingkirkan melalui air kencing. Apakah nama organ ini?

a)

Hati

b)

Pankreas

c)

Ginjal

d)

Jantung

11.

Pilih maksud FOTOSINTESIS yang betul

a)

Proses tumbuhan menghasilkan makanan.

b)

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri

c)

Proses tumbuhan mengeluarkan makanan.

12.

Tumbuhan memerlukan _________________ untuk terus hidup dan membesar?

a)

Angin

b)

Makanan

c)

Tanah

13.

Ada dua bahan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis iaitu:

a)

Buah-buahan

b)

Glukosa

c)

Gas oksigen

d)

Karbon dioksida

14.

Glukosa yang tersimpan dalam bentuk _________ adalah bahan yang terhasil sebagai makanan.

a)

Buah

b)

Kanji

c)

Air

15.

Oksigen yang dibebaskan semasa proses fotosintesis di sedut oleh

a)

manusia

b)

haiwan

c)

manusia dan haiwan

16.

Karbon dioksida masuk ke dalam tumbuhan melalui?

a)

akar

b)

daun

c)

batang

d)

buah

17.

Semasa fotosintesis, tumbuhan akan menghasilkan kanji (glukosa) dan membebaskan ___________________.

a)

karbon dioksida

b)

oksigen

18.

Nyatakan maksud penyantinjaan

a)

Proses pembuangan sisa pepejal

b)

Proses mengelak haba

c)

Proses menyingkirkan tenaga

d)

Proses penyingkiran tinja melalui dubur

19.

Makanan yang tidak tercerna semasa proses penghadaman akan keluar sebagai (a)   .

20.

Pilih (2) apa yang akan terjadi sekiranya manusia TIDAK menjalankan proses perkumuhan dan penyanhtinjaan?

a)

Manusia akan menjadi sakit

b)

Manusia akan pupus

c)

Manusia akan menjadi kurang cergas

d)

Manusia lebih bertenaga

21.

Mengapakah manusia menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan?

a)

Untuk mendapatkan tenaga

b)

Untuk mengekalkan suhu badan

c)

Untuk mengekalkan kesihatan badan

d)

Untuk bergerak balas terhadap rangsangan

22.

Apakah definisi tinja?

a)

Makanan yang tidak tercerna semasa proses pencernaan

b)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

c)

Proses menyingkirkan tinja melalui dubur

23.

Apakah hasil perkumuhan organ tersebut?

a)

Peluh

b)

Air kencing

c)

Karbon dioksida dan wap air

d)

Tinja

24.

Di bawah berikut merupakan organ-organ manusia. Kenal pasti 2 organ yang terlibat dalam proses penyahtinjaan.

a)

Usus Besar

b)

Ginjal

c)

Peparu

d)

Dubur

e)

Kulit

25.

Selepas makan, makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh

a)

usus kecil

b)

usus besar

c)

pundi kencing

d)

trakea

26.

Bagaimanakah amalan segera ke tandas dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan kita?

a)

Toksik dan najis tidak tersimpan lama di dalam badan.

b)

Toksik dan najis tidak sempat bertukar menjadi air.

c)

Organ pencernaan sentiasa kering dan kosong.

d)

Organ pencernaan boleh diisi dengan makanan dan minuman biru.

27.

Apakah bahan yang dikumuhkan oleh organ dalam gambar?

a)

Air kencing

b)

Peluh

c)

Wap air

28.

Rajah menunjukkan organ perkumuhan manusia kecuali ?

a)
b)
c)
d)
29.

Apakah nama organ perkumuhan tersebut?

a)

Peparu

b)

Ginjal

c)

Kulit

d)

Limpa

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan?

a)

Hubungan makanan antara hidupan di dalam suatu habitat

b)

Gabungan beberapa rantai makanan di dalam satu habitat

c)

Hubungan interaksi antara hidupan dalam sesuatu habitat

d)

Hubungan erat antara tumbuhan dan haiwan

31.
Matahari adalah sumber tenaga utama dalam rantai makanan.
a)
Betul
b)
Salah
32.
Rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau yang dikenali sebagai...
a)
pengguna
b)
pengeluar
c)
pengurai
33.

Yang manakah adalah pengeluar dalam rantai makanan ini?

Rumput→ Belalang→ Katak

a)

Rumput

b)

Belalang

c)

Katak

34.

Nyatakan maksud anak panah dalam rantai makanan

a)

berubah kepada

b)

memakan

c)

dimakan oleh

35.

Perhatikan rantai makanan di bawah ini

(1) Padi → tikus → ular → burung helang

(2) Fitoplankton → udang → Ikan

(3) Rumput → Kuda belang → singa

(4) Pokok tomato → ulat → ayam → ular


Rantai makanan yang terjadi di habitat kebun ditunjukkan oleh rantai makanan nombor....

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

36.

Rantai makanan di atas berlaku di habitat sawah padi.

Apakah kemungkinan X ?

a)

Katak

b)

Ulat

c)

Belalang

d)

Tikus

37.

Berdasarkan rantai makanan di atas, apakah yang akan berlaku sekiranya katak semakin bertambah ?

a)

Burung helang berkurang

b)

Ular kekurangan makanan

c)

Padi semakin sedikit

d)

Belalang semakin berkurang

38.

Tikus, Belalang, Katak, Burung Pipit, Burung Helang, pokok padi.

Hidupan di atas boleh didapati di habitat...

a)

Kebun sayur

b)

Ladang kelapa Sawit

c)

Sawah padi

d)

Padang rumput

39.

Pilih semua pernyataan yang betul

a)

Rantai makanan bermula daripada tumbuhan

b)

Tumbuhan adalah pengeluar kerana ia dapat membuat makanan sendiri

c)

Belalang adalah pengguna kerana ia makan rumput

d)

Rantai makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan

40.
Adakah haiwan boleh membuat makanannya sendiri?
a)
Ya
b)
Tidak
41.
Dimanakah bermulanya tenaga dalam rantai makanan ini?
a)
Matahari 
b)
Rusa
c)
Serigala
d)
Tumbuhan
42.

Berikut merupakan siratan makanan, kecuali . . . .

a)
b)
c)
d)
43.

Rantai makanan yang terjadi pada ekosistem kolam adalah

a)

A. lumut -> berudu -> ikan kecil

b)

teratai -> ulat -> arnab

c)

cacing -> ikan -> kura-kura

d)

lumut -> ikan kecil -> penyu

44.

Apakah itu pencaran biji benih?

a)

cara untuk tanam biji benih

b)

cara untuk bawa biji benih dekat dengan induknya

c)

cara untuk bawa biji benih jauh daripada induknya

d)

cara biji benih dihasilkan

45.

Buah kelapa dipencarkan melalui (a)   . (Tulis satu perkataan sahaja)

46.

Bagaimana biji benih lalang dipencarkan?

a)

melalui angin

b)

melalui air

c)

melalui haiwan

d)

melalui mekanisme letupan

47.

Selain lalang, tumbuhan apa lagi yang pencarkan biji benih melalui angin?

a)

pokok meranti

b)

pokok getah

c)

pokok rambutan

d)

pokok teratai

48.

Pokok betik memencarkan biji benih melalui _______.

a)

air

b)

angin

c)

mekanisme letupan

d)

manusia dan haiwan

49.

Berikut adalah tumbuhan yang pencarkan biji benih melalui mekanisme letupan, KECUALI______

a)

pokok saga

b)

pokok tomato

c)

pokok keembung

d)

pokok getah

50.

Pokok angsana memencarkan biji benih melalui_______.

a)

angin

b)

air

c)

mekanisme letupan

d)

manusia dan haiwan

51.

Pokok bendi memencarkan biji benih melalui_________.

a)

air

b)

angin

c)

mekanisme letupan

d)

manusia dan haiwan

52.

Adalah penting bagi biji benih dan buah disebarkan jauh daripada induk. KENAPA?

a)

untuk tumbuh bersama induknya

b)

untuk mudah ditanam

c)

untuk senang ditemui

d)

untuk pastikan kemandirian spesisnya

53.

Bagaimana pokok getah pencarkan biji benih?

a)

mekanisme letupan

b)

air

c)

angin

d)

manusia dan haiwan

54.

Berikut adalah kepentingan tumbuhan kepada hidupan KECUALI:

a)

sumber makanan

b)

sumber oksigen

c)

sumber tempat tinggal haiwan

d)

sumber air

55.

Apakah ciri khas pokok nanas melindungi dirinya daripada musuh?

a)

Beracun

b)

Bergetah

c)

Berduri

d)

Berbulu halus

56.

Apakah yang berlaku pada haiwan sekiranya makan tumbuhan ini?

a)

Melukakan haiwan yang memakannya

b)

Menyebabkan kegatalan pada haiwan memakannya

c)

Menyebabkan keracunan pada haiwan yang memakannya

d)

mempunyai bau busuk agar haiwan lain menghindarinya

57.

Mengapakah tumbuhan perlu melindungi diri daripada musuh?

a)

Tumbuhan boleh membiak

b)

Tumbuhan boleh hidup

c)

Tumbuhan tidak mati

d)

Memastikan kemandirian spesies tumbuhan

58.

Rajah menunjukkan satu siratan makanan.


Antara berikut pernyataan manakah yang tidak benar?

a)

Semua haiwan akan mati jika rumpair mati

b)

Bilangan haiwan M akan berkurang jika haiwan K dan N mati

c)

Bilangan haiwan K dan M akan bertambah jika L mati

d)

Haiwan L akan berkurang jika haiwan K dan M berkurang

59.

Apakah yang dimaksudkan dengan berhibernasi?

a)

Berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain

b)

Tidur yang panjang supaya kurang aktif

c)

Duduk berehat di dalam pasir

d)

Sembunyikan diri dalam lubang pokok

60.

Nyamuk, lalat dan penyu

Bagimanakah haiwan-haiwan ini memastikan kemandirian spesies?

a)

Telur berlendir

b)

Bertelur banyak

c)

Menyembunyikan telur

d)

Menjaga telur