wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jawab Sampai Betul (JSB) modul 1 PSV

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Jika kita menghasilkan karya seni kontemporari dengan menggabungkan karya seni lukis dengan tampalan bahan-bahan 3 dimensi, karya tersebut dikenali sebagai ______________ .
a)
Teknik hibrid
b)

Media baharu

c)

Media campuran

d)

Teknik lukisan digital

2.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah karya Seni Catan .Apakah teknik yang digunakan dalam catan tersebut ?
a)

Glazing

b)

Impasto

c)

Hard-Edge

d)

Pointillisme

3.
Definisi seni arca dalam bahasa latin disebut sculpere yang membawa maksud ______________.
a)

Teknik binaan bahan keras

b)

Teknik mengukir dan melarik

c)

proses meyambung bahan 3 dimensi

d)

Proses mengukir, memotong dan menggores

4.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah arca estetik .Mengapa ia dikenali sebagai arca estetik
a)

Hanya dipamerkan di galeri seni

b)

Boleh diguna untuk fungsi tertentu

c)

Rekaan yang indah dengan pelbagai fungsi

d)

Diperagaan untuk tujuan keindahan sahaja

5.
Kerjaya yang melibatkan merancang, mereka bentuk dan menguruskan landskap dikenali sebagai __________ .
a)

Penghias taman

b)

Pereka Landskap

c)

Kodinator Landskap

d)

Juru Teknik Landskap

6.
Jika anda ingin menghasilkan Reka Bentuk Hiasan Dalaman, apakah maklumat awal yang diperlukan ?
a)

Menghasilkan pelan tapak

b)

Menentukan fungsi dan tema

c)

Menghasikan pelan perspektif

d)

Menentukan warna yang sesuai

7.
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu arca taman .Apakah fungsi arca tersebut ?
a)

Penumpuan

b)

Keringkasan

c)

Keseimbngan

d)

Kepelbagaian

8.
Gambar di bawah menunjukkan konsep reka bentuk landskap .Namakan reka bentuk konsep tersebut ?
a)

Landskap Bali

b)

Landskap Jepun

c)

Landskap Inggeris

d)

Landskap Taman Melayu

9.
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu karya seni arca .Siapakah tokoh yang menghasilkan karya tersebut ?
a)
Rosli Zakaria
b)

Raja Shahriman

c)

Mad Anuar Ismail

d)

Ramlan Abdullah

10.
Gambar di bawah menunjukkan konsep reka bentuk landskap .Namakan reka bentuk konsep tersebut ?
a)

Landskap Bali

b)

Landskap Jepun

c)

Landskap Inggeris

d)

Landskap Taman Melayu

11.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah ruang dalaman sebuah perpustakaan .Apakah prinsip rekaan yang diberi keutamaan ?
a)

Irama

b)

Kontra

c)

Perincian

d)

Imbangan

12.
Gambar rajah di bawah menunjukkan pelbagai bahan terbuang .Pilih bentuk arca yang paling sesuai menggunakan bahan tersebut .
a)

Mobail

b)

Stabail

c)

Timbulan

d)

Asemblaj

13.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah poster filem.Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan poster tersebut ?
a)

Teknik Kolaj

b)

Teknik digital

c)

Teknik Hibrid

d)

Teknik Campuran

14.
14.Gambar di bawah menunjukkan sebuah institusi seni visual .Apakah peranan utama institusi tersebut ?
a)

Institusi pendidikan seni visual

b)

Pusat aktiviti persatuan seni visual

c)

Pusat pameran dan penjualan karya

d)

Penghimpun warisan seni tampak negara

15.
Pilih pernyataan yang sesuai dengan ciri-ciri aliran Kubisme dalam Seni Catan .
a)

Gambaran alam sebenar

b)

Bentuk geometri bersatah

c)

Meneroka minda separa sedar

d)

Mengutamakan kesan atmosfera

16.
Nyatakan kaedah untuk menghasilkan arca dalam kuantiti yang banyak .
a)

Kaedah Acuan

b)

Kaedah Binaan

c)

Kaedah Luakan

d)

Kaedah Manipulasi

17.
Ilustrasi di bawah menunjukkan lukisan perspektif ruang dalaman.Apakah jenis lukisan perspektif tersebut ?
a)

Perspektif tiga titik lenyap

b)

Perspektif dua titik lenyap

c)

Perspektif satu titik lenyap

d)

Perspektif ruang dalaman

18.
Gambar rajah di bawah menunjukkan salah satu alat untuk menghasilkan lukisan pelan berskala.Namakan alat tersebut ?
a)

Sesiku T

b)

Keluk Perancis

c)

Sesiku segi tiga

d)

Pembaris skala

19.
Menggunakan kain ela panjang dan memerlukan kemahiran melilit untuk memakainya.Apakah pakaian tradisional tersebut ?
a)

Sari

b)

Jippa

c)

Thundu

d)

Ketapu

20.
Senarai di bawah merupakan media dan alatan bagi satu jenis seni catan .Apakah jenis catan tersebut ?
a)

Akrilik

b)

Cat air

c)

Tempera

d)

Cat minyak

21.

Apakah tujuan kita mengetahui tentang pakaian tradisional dan perhiasan diri pelbagai kaum dan etnik di Malaysia ?

a)

Menghargai warisan kebangsaan

b)

Melihat jurang perbezaan budaya

c)

Kepelbagaian komposisi mengikut kaum

d)

Bidang pekerjaan mempengaruhi budaya

22.
Gambar di bawah menunjukkan pakaian tradisional Baju Melayu . Apakah jenis baju melayu tersebut ?
a)

Baju Sikap

b)

Dagang Dalam

c)

Baju Melayu Teluk Belanga

d)

Baju Melayu Cekak Musang

23.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah karya Seni Lukisan .Nyatakan artis dan media bagi catan tersebut
a)

Hoessein Enas – media pastel

b)

Dzulkifli Buyong – media pastel

c)

Jailani Abu Hassan – pensil warna

d)

Hasnul Jamal Saidon – pensil warna

24.
Jika anda ingin menghasilkan karya teknik lukisan digital, apakah peralatan yang diperlukan ?
a)

Kamera,komputer dan microphone

b)

Kamera, mesin pengimbas dan komputer

c)

Komputer, perisian dan mesin pencetak

d)

Komputer, kamera dan perakam video

25.
Antara berikut perisian yang manakah dapat menghasilkan karya lukisan digital ?
a)

Windows XP

b)

Game Downloder

c)

Adobe Photoshop

d)

Windows Movie Maker

26.
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu karya seni catan .Apakah aliran seni catan tersebut ?
a)

Kubisme

b)

Realisme

c)

Naturalisme

d)

Surealisme

27.
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu alatan untuk teknik seni catan.Apakah teknik yang menggunakan alatan tersebut ?
a)

Glazing

b)

Impasto

c)

Hard-Edge

d)

Alla Prima

28.
Apakah perbezaan seni arca berbanding karya seni halus yang lain ?
a)

Bersifat tiga dimensi

b)

Mudah untuk dimanipulasi

c)

Mempunyai sifat yang kukuh

d)

Kukuh, stabil dan tahan lama

29.
Apakah bentuk arca tersebut ?
a)

Binaan

b)

Luakan

c)

Asemblaj

d)

Instalasi

30.
Antara berikut, pilih kaedah asas membuat arca yang boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang banyak dan dalam tempoh yang singkat .
a)

Kaedah acuan

b)

Kaedah luakan

c)

Kaedah binaan

d)

Kaedah manipulasi

31.
Gambar di bawah menunjukkan salah satu alatan tekat iaitu mempulur .Apakah fungsi alat tersebut ?
a)

Meregang kain pemidang

b)

Alatan melilit benang emas

c)

Motif membentuk bunga tekat

d)

Kain yag dijadikan dasar tekatan

32.
Gambar rajah di bawah menunjukkan peralatan seni tekat .Apakah nama alatan X ?
a)

Cuban

b)

Sangga

c)

Kemaga

d)

Mempulur

33.
Jelaskan fungsi elemen warna sebuah reka bentuk hiasan dalaman .
a)

Warna menentukan kos reka bentuk

b)

Warna memberi kesan psikologi dan mood

c)

Warna menentukan status penghuni

d)

Warna menentukan konsep ruang

34.
Gambar di bawah menunjukkan salah satu proses reka bentuk landskap .Apakah proses tersebut ?
a)

Menghasilkan pelan tapak

b)

Menghasilkan pelan induk

c)

Melakar gambar rajah buih

d)

Lakaran ringkas pandangan atas

35.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah arca taman .Apakah prinsip rekaan yang paling ketara pada arca tersebut ?
a)

Kontra

b)

Imbangan

c)

Pergerakan

d)

Kepelbagaian

36.
Gambar rajah di bawah menunjukkan motif perhiasan diri satu kaum di Malaysia.Kaum manakah yang memakai perhiasan tersebut ?
a)

Kaum Cina

b)

Kaum India

c)

Kaum Melayu

d)

Baba dan Nyonya

37.
Gambar di bawah menunjukkan hiasan kepala etnik wanita Iban .Apakah nama perhiasan tersebut ?
a)

Sigal

b)

Siung

c)

Sugu tinggi

d)

Marik Empang

38.
Pilih bahantara yang betul bagi media seni catan di bawah .
a)

Air

b)

Kapur

c)

Turpentin

d)

Minyak linsid

39.
Siapakah tokoh Seni Catan yang banyak menggunakan teknik batik dalam berkarya ?
a)

Sulaiman Esa

b)

Latiff Mohidin

c)

Haron Mokhtar

d)

Chuah Tean Teng

40.
Bagaimanakah prinsip kesatuan dapat mempengaruhi sesuatu ruang ?
a)

Elemen yang berulang-ulang

b)

Warna atau perabot menjadi tumpuan

c)

Penggunaan elemen yang bertentangan

d)

Semua elemen berfungsi dan saling melengkapi

41.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah konsep rekaan perabot .Apakah konsep rekaan tersebut ?
a)

Konsep Antik

b)

Konsep Retro

c)

Konsep Klasik

d)

Konsep Kontemporari

42.
Gambar rajah di bawah menunjukkan satu Tipografi Ekspresi .Apakah nama bagi Tipografi Ekspresi tersebut ?
a)

Figura Taip

b)

Konotasi Taip

c)

Onomatopoeia

d)

Personifikasi Taip

43.
Apakah jenis kamera tersebut ?
a)

Kamera Aksi

b)

Kamera Web

c)

Kamera Kompak

d)

Kamera Panorama

44.
Fotografi merupakan bidang yang menggabungkan _______________ .
a)

Matematik dan seni

b)

Geografi dan seni

c)

Bahasa dan seni

d)

Sains dan seni

45.
Gambar rajah di bawah menunjukkan teknik komposisi dalam fotografi .Apakah nama teknik komposisi tersebut ?
a)

Imbangan

b)

Kedalaman

c)

Pembingkaian

d)

Peraturan ketiga

46.
Beliau seorang artis Seni Lukis Tempatan yang menggunakan imej kanak-kanak dalam karya beliau. Media yang digunakan adalah media pastel .Siapakah artis tersebut ?
a)

Fahmi Reza

b)

Latiff Mohidin

c)

Ibrahim Hussein

d)

Dzulkifli Buyong

47.
Gambar di bawah menunjukkan produk anyaman yang di kenali sebagai Nyiru .Apakah fungsi produk tersebut ?
a)

Menampi padi atau beras

b)

Alas untuk memarut kelapa

c)

Bekas untuk mengisi pakaian

d)

Bekas sajian menghidang makanan

48.
Gambar rajah di bawah menunjukkan proses penyediaan daun mengkuang bagi kraf anyaman .Apakah nama proses tersebut ?
a)

Menitik

b)

Melurut

c)

Melayur

d)

Menjangka

49.
Ilustrasi di bawah menunjukkan pelan perspektif hiasan dalaman .Apakah fungsi pelan tersebut ?
a)

Menunjukkan saiz ruang

b)

Membanding saiz perabot

c)

Menunjukkan susun atur perabot

d)

Menunjukkan pandangan 3 dimensi

50.
Apakah nama era seni lukis moden pada tahun 90-an?
a)

Era Pluralis

b)

Era Perintis

c)

Era Naturalis

d)

Era Imperialis

51.
Siapakah yang menghasilkan karya Proclaim Series?
a)

Hoessein Enas

b)

Dzulkifli Buyong

c)

Jailani Abu Hassan

d)

Hasnul Jamal Saidon

52.
Siapakah pelukis karya bertajuk Antara Dua Hidangan?
a)

Din Omar

b)

Idris Salam

c)

khalil Ibrahim

d)

Rohaizad Shaari

53.
Karya sei ini mengutamakan bentuk geometri yang bersatah. Pernyataan di atas merujuk kepada seni aliran
a)

Kubisme

b)

Impresionisme

c)

Ekspresionisme

d)

Ekspresionisme Abstrak

54.
Antara berikut yang manakah merupaakan karya Sulaiman Esa?
a)

Seusia

b)

Ke Arah Tauhid

c)

Antara Dua Hidangan

d)

Pantai Timur- East Coast I

55.
Apakah teknik yang digunakan oleh pelukis aliran pointilisme ?
a)

Teknik garisan

b)

Teknik renjisan

c)

Teknik sapuan

d)

Teknik titik-titik

56.
“Glazing, Hard Edge dan scumbling” merupakan teknik yang digunakan dalam penghasilan
a)

Catan

b)

Cetakan

c)

Lukisan

d)

Arca

57.
Apakah teknik catan yang menggunakan alatan seperti gambar rajah di bawah
a)

Teknik Titik

b)

Teknik Impasto

c)

Teknik Glazing

d)

Teknik Hard Edge

58.
Siapakah ilmuwan berbangsa Arab yang telah berjaya menjalankan eksperimen dan menulis tentang ilmu optik yang membawa kepada penemuan kamera obskura?
a)

Ibn Sina

b)

Ibn Khaidun

c)

Ibn al-Haytham

d)

Abu Nasr al- Farabi

59.
Manakah antara berikut merupakan jenis kamera?
a)

DSLR

b)

Teleskop

c)

Teropong

d)

Telefon pintar

60.
Berikut merupakan contoh teknik komposisi kreatif fotografi yang boleh anda gunakan.
a)

Kolaj

b)

warna

c)

Menegak

d)

Sudut pandangan

61.
Onomatopoeia sering digunakan dalam
a)

Poster

b)

Komik

c)

Grafiti

d)

Papan tanda

62.
Gambar rajah di bawah merupakan simbol dalam pelan landskap yang menunjukkan
a)

Pokok renek yang ditanam secara individu

b)

Pokok renek yang ditanam secara berkumpulan

c)

Tanaman tutup bumi

d)

Batu jalan

63.
Rekaan hiasan dalaman di bawah merupakan sebuah
a)

Ruang pejabat

b)

Ruang tamu

c)

Bilik bacaan

d)

Bilik tidur

64.
Onomatopoeia, konotasi taip,personifikasi taip dan figura taip digunakan bagi menghasilkan ...
a)

Seni kolaj

b)

Ekspresi diri

c)

Klasifikasi taip

d)

Tipografi ekspresi

65.
Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk ...
a)

melicinkan daun

b)

mewarnakan daun

c)

melembutkan daun

d)

mengeringkan daun

66.
Apakah fungsi pelurut dalam proses seni anyaman?
a)

Untuk melembutkan helaian daun mengkuang.

b)

Untuk menyisip lebihan helaian daun mengkuang.

c)

Untuk memotong daun mengkuang dari pokoknya.

d)

Untuk membuang mempulur dan duri daun mengkuang.

67.
Lagang dalam proses menganyam bermaksud ...
a)

membentuk kelarai

b)

menyediakan tulang anyaman

c)

mematikan tepi anyaman tikar

d)

mengukur panjang daun anyaman

68.
Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?
a)

Corak bunga pada seni ukiran.

b)

Corak atau motif flora pada seni batik.

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat.

d)

Corak yang terbentuk daripada proses menganyam.

69.
Apakah tumbuhan yang sesuai ditanam dalam ruang landskap kawasan halaman rumah?
a)

Pokok palma

b)

Pokok renek

c)

Pokok rendang

d)

Rumput

70.
Apakah tujuan penggunaan kain baldu berwarna gelap?
a)

Supaya hasil tekatan benang emas tahan lama

b)

Memudahkan kerja-kerja menekat dengan benang emas

c)

Supaya mempulur mudah dikenakan pada kain dasar

d)

Supaya hasil tekatan benang emas atau perak nampak jelas dan bercahaya

71.
Apakah yang dimaksudkan dengan bersuji?
a)

Berulang-ulang

b)

Bersulam-sulam

c)

Berbunga-bunga

d)

Berbenang-benang

72.

Apakah kegunaan alat tekat Cuban,berdasarkan gambar foto di bawah?

a)

Untuk dasar sulaman

b)

Untuk meregang kain

c)

Untuk melekatkan motif

d)

Untuk melilit benang emas

73.
Perabot konsep retro berlandaskan rekabentuk perabot tahun ...
a)

1920-an sehingga 1990-an

b)

2000-an sehingga 2010-an

c)

1920-an sehingga 1970-an

d)

1910-an sehingga 1970-an

74.
Reka bentuk industri ialah satu aktiviti atau proses kerja untuk menyelesaikan masalah, mengembangkan idea secara kreatif dan ...
a)

Inovatif

b)

Kemasan

c)

Membina objek

d)

Mencantumkan barangan

75.
Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan pereka bentuk industri?
a)

Melakar idea

b)

Membina idea baru

c)

Memastikan produk berfungsi

d)

Mampu menyelesaikan masalah

76.
Dalam seni reka bentuk industri,prototaip bermaksud ...
a)

Model baharu

b)

Satu siri awal pengeluaran produk yang dihasilkan

c)

Hasil akhir yang diperoleh untuk diperbanyakkan

d)

Bentuk benda sebenar yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk sebenar dikeluarkan

77.
Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya.Merujuk kenyataan ini, ia menjelaskan konsep ...
a)

Retro

b)

Klasik

c)

Moden

d)

Ultramoden

78.
Konsep berikut menggunakan pokok dan bunga bagi ciri-ciri dalam konsep taman landskap. Konsep tersebut merujuk kepada ...
a)

Bali dan Melayu

b)

Jepun, Bali dan Melayu

c)

Inggeris, Bali dan Melayu

d)

Inggeris, Jepun dan Melayu

79.
Arca _____________ boleh bergerak kerana cantuman hidup pada bahagian sendi-sendinya.
a)

timbulan

b)

luakan

c)

mobail

d)

dinding

80.
Arca _____________ merupakan arca yang diperagakan untuk tujuan penghayatan nilai keindahan dan menambahkan ceria ruang tertentu.
a)

kayu

b)

estetik

c)

berfungsi

d)

batu marmar

81.
Arca di atas menggunakan bahan terbuang sebagai bahan utama. Apakah jenis arca tersebut?
a)

Arca mobail

b)

Arca dinding

c)

Arca acuan

d)

Arca binaan

82.
Apakah jenis kraftangan berdasarkan gambar rajah di atas?
a)

Tenunan

b)

Ukiran

c)

Tekat

d)

Anyaman

83.
Namakan peralatan menekat di bawah.
a)

Pemidang kayu

b)

Pemidang kain

c)

Pemidang dasar

d)

Pemidang tekat

84.
Bahan yang berikut diibaratkan sebagai bentuk atau struktur utama dalam sulaman tekat.
a)

Irasan

b)

Mempulur

c)

Laola

d)

Laila

85.
Apakah proses yang digambarkan dalam ilustrasi di bawah?
a)

Melakar motif

b)

Memotong daun

c)

Mengikis bahagian tepi mempulur

d)

Menjahit bahagian tepi mempulur

86.
Yang manakah antara berikut perlu dilakukan untuk membersih dan mengekalkan kain baldu yang bersulam tekat?
a)

Basuhan kering (dry cleaning)

b)

Basuhan dengan air yang banyak

c)

Merendam kain dalam air bersabun

d)

Menyiram kain dengan semburan

87.
Seni tekat terkenal di negeri
a)

Pahang

b)

Selangor

c)

Kedah

d)

Perak

88.
Apakah jenis tekat yang tidak menggunakan mempulur.
a)

Tekat timbul bunga emas

b)

Tekat gubah

c)

Tekat flora

d)

Tekat fauna

89.
Berikan nama bagi pakaian di bawah.
a)

Mandarin Dress

b)

Nyonya Dress

c)

Baju Nyonya Peranakan

d)

Ceongsam

90.
Apakah nama bentuk pemakaian kain lelaki India?
a)

Kurtha

b)

Jippa

c)

Dhoti

d)

Pavadi

91.
Apakah perhiasan yang dipakai oleh wanita dalam gambar rajah di bawah?
a)

Dokoh

b)

Bengkung

c)

Tiara

d)

Cucuk sanggul

92.
Nyatakan nama pakaian yang terdapat dalam gambar rajah di bawah.
a)

Baju kurung Perlis

b)

Baju kurung Kedah

c)

Baju kurung Perak

d)

Baju kurung Penang

93.
Apakah nama ornamen atau aksesori di dada yang berbentuk seakan- akan bulan sabit?
a)

Cucuk sanggul

b)

Dokoh

c)

Kerongsang

d)

Rantai leher

94.
Ciri-ciri berikut penting dalam menghasilkan poster, kecuali
a)

Warna yang jelas

b)

Warna yang pekat

c)

Muka taip yang ringkas

d)

Ilustrasi yang sesuai

95.
seni arca..............................ialah penghasilan seni yang diletakkan di ruang terbuka.
a)

silat

b)

tari

c)

awam

d)

lakon

96.
Gambar dibawah merupakan salah satu motif seni tekat. apakah nama motif tersebut?
a)

motif bunga raya

b)

motif bunga anggerik

c)

motif bunga kekwa

d)

motif bunga padi

97.
Sejarah perkembangan seni arca tempatan secara menyeluruh di Malaysia pada tahun ?
a)

1970-an

b)

1960-an

c)

1950-an

d)

1980-an

98.
Apakah yang di maksudkan dengan seni arca awam?
a)

seni yang diletakkan di ruang tertutup

b)

Merupakan arca yang bersifat 2 dimensi

c)

Seni yang diletakkan di ruang terbuka

d)

Arca yang berada di awangan

99.
a)

Latiff Mohidin

b)

Raja Shahriman

c)

Ramlan Abdullah

d)

Mad Anuar Ismail

100.
a)

Latiff Mohidin

b)

Raja Shahriman

c)

Ramlan Abdullah

d)

Rosli Zakaria