Ukuran huruf
Lembar kerjaKesalahan istilah
Total soal: 14
Worksheet time: 7mins
Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar aku lupakan.
memori
kenangan
ciptaan
Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa hari ini.
pandangan
pemerhatian
perhatian
Atuk akan menebas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.
semasa
sebelum
setiap
Ketua kampung akan membincangkan masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan.
dilalui
dihalangi
dihadapi
Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut gembira oleh peminatnya.
dipilih
dinobatkan
dianugerahkan
Persembahan teater yang mengisahkan kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.
pertunjukan
pementasan
pratonton
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak berharga kerana memberikan manfaat yang banyak kepada berjuta-juta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.
terbeli
ternilai
terkira
Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
jiwa
perhatian
minda
Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada setiap hujung minggu.
memotong
memangkas
menebas
"Masyarakat berfikir" ialah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.
dekad
abad
kurun
Minit mesyuarat itu ada pada pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.
disemak
dilihat
ditengok
Pelbagai sayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai keluarganya.
menyara
membayar
menampung
Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah tetapi penghuninya bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.
jatuh
turun
runtuh
Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai-bagai maklumat kepada masyarakat.
komunikasi
perbincangan
perkongsian
