wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Keselamatan Siber (Aktiviti 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup digital?

a)

Menggambarkan gaya hidup moden yang sarat dengan teknologi informasi (IT).

b)

Kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan sosial.

c)

Satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit yang bukan dalam bentuk analog.

d)

Maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentuk perduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.

2.

Mengapakah kita perlu beretika semasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Menjamin keamanan dan kesejahteraan

b)

Menunjukkan masyarakat yang celik internet

c)

Menunjukkan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi

d)

Menjimatkan masa dan kos.

3.

Siti telah memuat naik status di aplikasi WhatsApp. Siti berkemungkinan akan terdedah kepada...

a)

ancaman keselamatan dirinya

b)

ancaman keselamatan maklumat

c)

ancaman keselamatan peranti

d)

ancaman keselamatan semua

4.

Gambar tersebut menyalahi etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu penyebaran...

a)

maklumat yang diragui.

b)

maklumat yang diceroboh.

c)

mengeksploitasi maklumat

d)

semua di atas

5.

Apakah badan/agensi yang mengawal komunikasi dan multimedia di Malaysia?

a)

Suruhanjaya Multimedia Malaysia

b)

Badan Penasihat Teknologi Malaysia

c)

Badan Komunikasi dan Multimedia Kebangsaan

d)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia

6.

Media sosial harus digunakan secara .....

a)

Terus-menerus

b)

Setiap hari

c)

Baik dan bijaksana

d)

Berulang kali biar terkenal

7.

Senaraikan keburukan Internet

a)

Jenayah Siber

b)

Love Scam

c)

Buli Siber

d)

Tiada

8.

Berikut merupakan kebaikan internet kecuali

a)

Dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga yang jauh

b)

Menggunakan identiti orang lain tanpa izin

c)

Membayar utiliti bil secara atas talian

d)

Memudahkan pencarian maklumat

9.

Rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia

a)

Intranet

b)

Internet

c)

Extranet

d)

Tiada jawapan

10.

Pengguna internet juga dikenali sebagai

a)

Citizen

b)

Netizen

c)

Catizen

d)

internetzen

11.

Manakah bukan risiko pembelian dan perbankan atas talian ?

a)

Menjimatkan kos dan masa

b)

Ditipu oleh laman sesawang tiruan

c)

Meniru maklumat diri kita

d)

Maklumat diri dicuri

12.

Apakah nama aplikasi ini?

a)

Safari

b)

Internet Explore

c)

Firefox

d)

Google Chrome

13.
Nyatakan jenis laman sesawang berdasarkan gambar yang diberi.
a)
Komersial
b)
Peribadi
c)
Organisasi
d)
Informasi /berita
14.
Nyatakan jenis laman sesawang berdasarkan gambar yang diberi.
a)
Komersial
b)
Peribadi
c)
Organisasi
d)
informasi\berita
15.

Mengapa kita perlu menggunakan internet secara bijak & bertanggungjawab?

a)

Untuk mengelakkan berlakunya penipuan

b)

Untuk menjadikan kita terkenal di mata orang ramai

c)

Untuk mendapatkan sebanyak mungkin "like" dari follower

d)

Untuk mendapat pujian daripada orang ramai

16.

Berikut adalah langkah untuk melindungi diri anda daripada pencuri identiti, kecuali:

a)

Elakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi di dalam blog anda, rangkaian sosial atau laman online lain.

b)

Setkan privacy settings kepada ‘kawan’ sahaja (friends only).

c)

Mendedahkan maklumat penting mengenai diri anda di laman sosial secara terbuka.

d)

Elakkan daripada meletakkan nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan di dalam laman web yang tidak anda kenali.

17.
Ciri-ciri kata laluan yang selamat dan kuat ialah kombinasi antara
a)
huruf, angka dan simbol
b)
huruf dan angka sahaja
c)
simbol sahaja
d)
angka sahaja
18.
Mengapakah kata laluan penting...
a)
Supaya virus tidak menganggu fail
b)
Supaya capaian kepada fail menjadi lebih pantas
c)
Supaya data yang disimpan dalam komputer selamat
d)
Supaya memudahkan pengguna mengakses fail
19.
Mengapakah kita perlu menetapkan kata laluan?
a)
Mengelakkan fail dijangkiti virus
b)
Memulihkan fail yang dijangkiti virus
c)
Mempercepatkan capaian kepada fail
d)
Mengelakkan pengubahsuaian kandungan fail
20.

"Peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di sesebuah negara untuk memberikan hukuman kepada pesalah dalam talian.." Kenyataan ini merujuk kepada?

a)

undang - undang siber

b)

perundangan siber

c)

peraturan siber

d)

syarat siber