wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral - Latihan 1 | Tahun 5

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Saya pergi ke gereja pada setiap hari ahad. Saya sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada masyarakat. Saya beragama ______________.

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Budha

d)

Kristian

2.

Saya menyambut Hari Deepavali. Setiap perbuatan dan kelakuan saya kepada masyarakat menentukan corak kehidupan saya. Saya beragama __________.

a)

Kristian

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

3.

Saya menyambut hari Wesak. Saya mengutamakan kebenaran dalam kehidupan demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Saya beragama _________________.

a)

Buddha

b)

Islam

c)

Hindu

d)

Kristian

4.

Saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Saya berbuat baik terhadap diri sendiri dan sesama manusia. Saya beragama __________.

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Islam

5.

Di antara yang berikut, yang manakah bukan amalan agama yang di amalkan oleh masyarakat di Malaysia?

a)

Memberikan sedekah

b)

Sentiasa tidak bercakap benar

c)

Menghormati orang tua

d)

Bersikap adil

6.

Di antara berikut, yang manakah bukan keistimewaan Masyarakat Malaysia?

a)

Hidup berkelompok

b)

Pelbagai budaya

c)

Tidak berinteraksi sesama masyarakat

d)

Perbezaan Agama dan Bahasa

7.

Agama Islam menyeru penganutnya sentiasa memberikan sedekah kepada orang yang memerlukannya.

a)

Benar

b)

Salah

8.

Agama Buddha mengajar penganutnya supaya bercakap benar.

a)

Benar

b)

Salah

9.

Agama Hindu meminta penganutnya menghormati orang tua sahaja.

a)

Benar

b)

Salah

10.

Agama sikh mendidik penganutnya supaya bersikap adil terhadap semua orang

a)

Benar

b)

Salah

11.

Masyarakat Melayu mengamalkan budaya __________ badan sedikit ketika berjalan di hadapan orang tua

a)

menegakkan

b)

menundukkan

c)

menggeliatkan

d)

meregangkan

12.

Masyarakat Melayu, Cina dan India perlu meminta ___________ Tok Batin untuk memasuki perkampungan Orang Asli

a)

tandatangan

b)

sedekah

c)

izin

d)

makanan

13.

Seseorang yang berbangsa India perlu sujud di kaki orang yang lebih tua untuk mendapatkan ____________

a)

hadiah

b)

restu

c)

kemahiran

d)

kecaman

14.

Hari _____________ merupakan perayaan bagi masyarakat Dayak.

a)

Raya Aidilfitri

b)

Deepavali

c)

Malaysia

d)

Gawai

15.

Upacara keagamaan sesuatu kaum perlu difahami dan _________ oleh penganut lain untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

a)

dikeji

b)

dihormati

c)

dihina

d)

diejek

16.

Orang beragama Islam menjadikan amalan _____________

a)

berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan

b)

sujud di hadapan kitab suci Granth Sahib

c)

sujud di hadapan patung Buddha

d)

membasuh kaki sebelum memasuki kuil

17.

Hargailah segala jasa pejuang negara yang sanggup mengorbankan _________ dan raga untuk mempertahankan negara

a)

jiwa

b)

wang

c)

bakul

d)

tenaga

18.

Yang manakah antara yang berikut BUKAN prinsip Rukun Negara?

a)

Kesopanan dan kesusilaan

b)

Kedaulatan undang-undang

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Kepatuhan kepada ketepatan masa

19.

Pakaian yang dipakai ketika menghadiri majlis pengebumian perlulah __________

a)

seksi

b)

sopan

c)

mencolok mata

d)

bewarna warni

20.

Sesuatu yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara ___________ bersama guru

a)

bercerita

b)

bergaduh

c)

berbincang

d)

bermasam muka

21.
Shaiful disukai oleh penduduk Kampung kerana dia selalu................. untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
a)

ringan tulang

b)

berat tulang

c)

curi tulang

22.
Sesuatu masalah yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara................. bersama guru.
a)

berbincang

b)

bergaduh

c)

bertumbuk

d)

berbual

23.
Semua agama mementingkan amalan yang baik seperti di bawah ini, KECUALI......
a)

bersyukur

b)

bersedekah

c)

sombong

d)

bercakap benar

24.
Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan?
a)

Memaafkannya kerana tidak disengajakan

b)

Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan

c)

Tidak memaafkannya

d)

Melaporkan kepada guru disiplin

25.
Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha.
a)

rajin

b)

gigih

c)

bijak

d)

gemar

26.

Angel dan Prisiamey merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.

a)

tingkahlaku , tutur kata

b)

sikap terbuka , bebas

c)

sikap bebas , perasaan benci

d)

tutur kata , sikap terbuka

27.
Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .
a)

kerajinan

b)

berterima kasih

c)

belas kasihan

d)

kejujuran

28.
Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan
a)

meminta bantuan ibu bapa

b)

mengulangkaji dan membuat latihan matematik dengan tekun

c)

membuat ulangkaji di saat-saat akhir

d)

tidak membuat apa-apa persediaan

29.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?
a)

Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir

b)

Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma

c)

Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak

d)

Saroja tidak menderma langsung

30.

Prisiamey sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan sekelasnya

a)

tingkahlakunya

b)

kecantikannya

c)

pertuturannya

d)

kesopanannya