Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PENGUKUHAN 2

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1.    Apakah hujah paling tepat untuk meyakini bahawa wahyu adalah sumber ilmu yang benar daripada Allah SWT?

a)

A.        Setiap perkara yang dinyatakan dalam wahyu dapat dibuktikan dengan uji kaji saintifik

b)

B. Ajaran Islam dalam wahyu disampaikan melalui khabar yang benar dari zaman Rasulullah SAW sehingga generasi hari ini

c)

C. Nabi Muhammad SAW diyakini wujud secara haqqul yakin walaupun umat pada hari ini tidak pernah melihat baginda

d)

D. Setiap perkara dalam wahyu dapat difikirkan secara rasional oleh akal manusia

2.
  1. 2. Mengapakah pancaindera dianggap sebagai saluran ilmu yang lemah dan perlu disepadukan dengan akal dan wahyu?

                    i.         Pancaindera manusia hanya dapat mencerap perkara zahir atau fizikal

                  ii.          Penilaian pancaindera mudah tersilap dan tertipu

                iii.          Perkara yang dicerap oleh pancaindera perlu difikirkan untuk mendapat makna darinya

                iv.          Pancaindera tidak dapat mengesahkan kebenaran sesuatu pernyataan berkaitan alam ghaib

a)

A.        i, ii dan iii

b)

B. i, iii dan iv

c)

C. ii, iii dan iv

d)

D. Semua di atas

3.
  1. 3. Pernyataan di bawah adalah paling tepat menjelaskan tentang sumber ilmu KECUALI:

a)

A. Akal yang waras

b)

B. Berita yang benar

c)

C. Mimpi yang betul

d)

D. Pancaindera yang sihat

4.

  1. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah pencarian ilmu secara empirisisme



(a)  

5.
  1. 5. Apakah fahaman yang menafikan aspek metafizik dari kehidupan mereka?

a)

A. Sekularisme

b)

B. Ateisme

c)

C. Dualisme

d)

D. Agnostisisme

6.
  1. 6. Pada abad ke-17, Rene Descartes telah mengemukakan teori bahawa manusia terdiri daripada dua entiti yang berbeza. Dikotomi di antara 'mind-body problem' ini merujuk kepada faham

a)

A. Monoteisme

b)

B. Dualisme

c)

C. Sekularisme

d)

D. Idealisme

7.
  1. 7. 'Manusia tidak dapat mengetahui sama ada Tuhan wujud atau tidak'.  Kenyataan ini lahir daripada seseorang yang berfikir secara:

a)

A.        Saintifik

b)

B. Agnostik

c)

C. Rasional

d)

D. Empirikal 

8.
  1. 8. 'Tiada kebenaran mutlak. Tiada nilai yang bersifat universal. Kebenaran bersifat subjektif menurut individu, budaya dan masyarakat'. Fahaman ini merujuk kepada doktrin

a)

A.     Relativisme

b)

B.     Pascamodenisme

c)

C. Nihilisme

d)

D. Modenisme

9.
  1. 9. Faham yang mengatakan Barat adalah pusat ketamadunan dunia; dan seterusnya menjadikan nilai dan budaya Barat sebagai kayu ukur peradaban manusia dikenali sebagai_________________.

a)

A.        Oksidentalisme

b)

B.        Egosentrisme

c)

C.        Eurocentrisme

d)

D.        Antroposentrisme

10.

Pembalakan haram, pembuangan sisa pepejal di dalam sungai, pembakaran terbuka, pencemaran udara. Idea ini berkembang dan melebar luas dalam jalur kehidupan manusia pada hari ini. Apakah pengaruh yang mula bertapak dalam pemikiran rakyat Malaysia

a)

A. Eurocentrisme

b)

B. Antroposentrisme

c)

C. Genosid

d)

D. Epistemic Arrogance

11.
  1. 11. Berikut adalah komponen utama proses sekularisasi KECUALI:

a)

A.        Pengosongan alam tabii dari semua makna rohani

b)

B. Penafian semua kekudusan politik dan kepimpinan

c)

C. Penafian naluri dan perasaan dalam kehidupan

d)

D. Penafian kesucian serta kekekalan semua nilai-nilai hidup 

12.

Richard adalah pencuri wang bank. Cap jari Richard terdapat pada mesin ATM yang terlibat dengan kecurian. Richard adalah orang terakhir masuk ke dalam ruangan mesin ATM melalui CCTV.

a)

A.    Wujud kesepadanan dan persamaan

b)

A.    Wujud keselarasan dan konsistensi

c)

A.    Wujud kegunaan dan keberkesanan

d)

A.    Wujud sebab dan akibat yang kukuh

13.

Pulau Kobe adalah kawasan pelancongan yang terletak di Jepun. Apakah syarat ilmu yang dipenuhi berdasarkan lokasi tersebut?

a)

A.    Kepercayaan Koherensi

b)

B.    Kebenaran dan korespondensi

c)

C.    Pernyataan yang konsisten

d)

D.    Kegunaan yang praktikal

14.
  1. 14. Fahaman aliran ini lebih memfokuskan kepada naratif kecil. Semua kebenaran adalah bergantung kepada konstruksi budaya, mementingkan simulacra dan realiti ciptaan. Apakah generalisasi yang BERSESUAIAN dengan keterangan ini?

a)
  1. Fahaman Modernisme

b)
  1. Fahaman Kolonialisme

c)
  1. Fahaman Pascamodernisme

d)
  1. Fahaman Sekularisme

15.

Apakah syarat utama fahaman ahli rasionalis terhadap kebenaran ilmu pengetahuan?

a)

Sesuatu yang dapat diterima oleh intuisi semata-mata.

b)

Sesuatu yang diperolehi melalui pengalaman pancaindera.

c)

Sesuatu yang dapat diterima oleh akal dan mempunyai bukti yang kukuh.

d)

Sesuatu yang diperoleh secara penaakulan dan fitrah semula jadi manusia.