NEW
Font size
WorksheetsSintaksis
Total questions: 55
Worksheet time: 52mins
Jenis susunan konstituen ayat terdiri daripada
I Susunan biasa
II Susunan aktif
III Susunan pasif
IV Susunan songsang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat susunan songsang terdiri daripada jenis
I songsang seluruh subjek
II songsang seluruh predikat
III songsang sebahagian daripada subjek
IV songsang sebahagian daripada predikat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ayat yang manakah bersusunan biasa?
Bersawah padi sudah tidak digemari anak-anak muda.
Sudah bertahun-tahun kami tidak menziarahi keluarga di kampung.
Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kedua-dua pihak tidak berpuas hati.
Sangat gembira Johari dan Nathan kerana dapat bertemu semula setelah 30 tahun berpisah.
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan?
Dari seberang laut barang itu agaknya.
Masih ada pada saya buku karangan itu.
Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan.
Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam.
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata kerja dengan objek?
I Menangis dia semalam kerana dimarahi ibu.
II Menyihatkan badannya, program yang disertainya itu.
III Menyusuri pantai perahu-perahu nelayan kampung itu.
IV Menjadi genting perselisihan kedua-dua orang rakan itu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang terdiri daripada ayat susunan songsang?
Adik membacakan nenek surat itu.
Rumah penginapan itu telah kami uruskan.
Pemuda itu telah mendapat rawatan di klinik.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan di gerai itu.
Ayat yang manakah BUKAN ayat susunan songsang?
Bilakah pelancong dari Jepun akan sampai?
Rajin sungguh pembantu rumah Hajah Sepiah itu.
Adik bongsunya penulis novel remaja yang popular.
Pada bulan hadapan, majikan mereka akan menghadiri kursus.
Yang manakah ayat susunan biasa?
Kematian anak bongsu wanita itu.
Memang tertutup pintu itu sejak tadi.
Semalam remaja itu kena saman di Paka.
Hasrat ibu untuk ke Mekah tertunai juga akhirnya.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat susunan songsang sebahagian daripada predikat?
Telah berkahwin pada tahun lalu atlet terkenal itu.
Atlet terkenal itu telah berkahwin pada tahun lalu.
Pada tahun lalu atlet terkenal itu telah berkahwin.
Pada tahun lalu telah berkahwin atlet terkenal itu,
Yang manakah ayat susunan songsang?
I Nama kakak sulung awak siapa?
II Saya tendang bola itu sekuat hati.
III Orang muda itukah pengurus syarikat itu?
IV Budak itu sedang duduk di belakang saya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah BUKAN ayat yang mengalami proses pendepanan sebahagian daripada predikat?
I Sudah basi gulai ikan patin itu.
II Dengan kayu dia menongkat basikalnya.
III Masih belum berbuah lagi pokok mangga itu.
IV Kena pukul pekerja itu di tapak pembinaan semalam.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?
Belum bertunang lagi dua sejoli itu.
Sudah besar anak teruna Puan Hasmah.
Akan berkunjung ke sini pembantu menteri itu.
Masih tenggelam kampung yang dilanda banjir besar itu.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif yang bersusunan songsang?
Sudah menguning padi malinja di sawah datuk.
Melompat-lompat budak-budak itu mendapat cokelat.
Menanam kacang panjang Pak Mahat di belakang rumah.
Membesar dengan cepatnya pokok yang ditanam di tepi longkang itu.
Yang manakah ayat pasif yang bersusunan songsang?
Belum berbasuh lagi baju batik ayah.
Kucing yang manja itu dikejar anjing liar.
Berdebar-debar dadanya menunggu keputusan STPM.
Bakul yang berisi buah durian itu telah saya simpan di dalam stor.
Predikat (FS) + Subjek (FN) + Predikat (Keterangan)
Struktur di atas digunakan untuk membina ayat
susunan biasa
susunan songsang seluruh predikat
susunan biasa dan susunan songsang
susunan songsang sebahagian daripada predikat
Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?
Sungguh besar rumah orang kaya itu.
Masih sihat pengetua sekolah kami dahulu.
Rajin murid kelas itu ketika hendak menghadapi ujian.
Amat merdu sekali penyanyi itu mengalunkan lagu lama.
Ayat yang berikut mengalami pendepanan kata kerja dengan objek, KECUALI
Membuat sarang burung itu di atas pokok.
Terpijak kaca botol yang pecah kaki Pak Ghani.
Bermain bola keranjang budak-budak itu sekarang.
Membersihkan kawasan padang pekerja-pekerja itu.
Ayat tanya yang manakah menggunakan susunan biasa?
Mahukah kamu pergi ke situ?
Mengapakah dia tidak mahu makan?
Dia tidak mahu makan mengapa?
Berapa ringgitkah harga barang itu?
Berehat mereka di situ tadi.
Ayat di atas mengalami pendepanan
kata kerja sahaja
kata bantu dengan kata kerja
kata kerja dengan kata objek
kata kerja dengan kata bantu
Ayat yang manakah yang tidak mengalami penyongsangan?
Menolong orang susah amalan mulia.
Terbakar pokok itu kerana dipanah petir.
Berlari-lari mereka apabila melihat datuk datang.
Sungguh rumit sekali masalah yang ditanggungnya.
Yang manakah benar tentang klausa?
Unsur bahasa yang paling kecil
Sesetengahnya mengandungi subjek dan predikat
Tidak dapat berfungsi sebagai ayat
Terdiri daripada ayat penyata sahaja
Mereka kesiangan kerana tidur lewat malam tadi.
Berdasarkan ayat di atas, klausa tak bebas ialah
Mereka kesiangan
tidur lewat malam tadi
Mereka kesiangan kerana tidur lewat
kerana tidur lewat malam tadi
Oleh sebab mereka terlalu penat, semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian.
Yang manakah klausa utama dalam ayat di atas?
mereka terlalu penat
Oleh sebab mereka terlalu penat
semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian
semua peserta itu terlalu penat
Apakah maksud "klausa bebas"?
Klausa yang dapat berfungsi sebagai ayat
Klausa yang memerlukan klausa lain
Klausa yang ditambahkan sebagai keterangan
Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri
Yang manakah ciri klausa tak bebas?
Mengandungi subjek dan predikat
Tidak dapat diujarkan dengan intonasi yang sempurna
Dapat membawa makna secara sendiri
Hadir sebelum klausa bebas dalam ayat susunan biasa
Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas itu dikenali juga sebagai
klausa kecil
klausa utama
klausa keterangan
klausa komplemen
Antara yang berikut, yang manakah merupakan klausa bebas?
baru sampai di situ
kerana bertolak lewat
dia baru sampai di situ
baru sampai di situ kerana bertolak lewat
Ayat yang manakah mengandungi klausa tak bebas yang berfungsi sebagai subjek?
Kami belum makan kerana masih kenyang.
Yang sudah terjadi biarkanlah berlalu.
Adiknya menyatakan bahawa ibunya sedang sakit.
Mereka bertegas bahawa mereka tidak bersalah.
Dalam ayat yang berikut, semua klausa tak bebas berfungsi sebagai keterangan, KECUALI
Dia sangat takut kerana telah melakukan kesilapan.
Mereka masih menunggu kalau-kalau dia dapat datang.
Dua beradik itu kebingungan oleh sebab tidak memahami hal yang berlaku.
Beberapa pihak mencadangkan supaya mereka menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Yang manakah ayat yang mengandungi klausa sebagai objek?
Yang berdiri itu bakal isterinya.
Dia membertahu bahawa keadaan terkawal.
Bangunan yang terletak di tebing sungai itu runtuh.
Mereka bercadang untuk memulakan syarikat baharu.
Ayat yang manakah yang mengandungi dua klausa bebas?
Hasnah tidak datang kerana masih demam.
Mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.
Adiknya sangat peramah tetapi abangnya suka bersendiri.
Dia berharap agar keadaan sedemikian tidak berulang lagi.
Untuk kami menyelesaikan hal itu tidaklah mudah.
Apakah fungsi klausa dalam ayat di atas?
Pelengkap
Penerang
Predikat
Subjek
Yang manakah ciri klausa?
Mempunyai intonasi
Ada yang boleh berdiri sendiri
Tidak berpotensi untuk menjadi ayat
Menduduki tempat teratas dalam hierarki tatabahasa
Apakah persamaan antara klausa dengan ayat?
Kedua-dunaya mempunyai intonasi.
Kedua-duanya terdiri daripada klausa bebas.
Kedua-duanya mempunyai subjek dan predikat.
Kedua-duanya diberikan noktah dalam penulisan.
Yang manakah termasuk dalam kategori klausa bebas?
Klausa kecil
Klausa utama
Klausa komplemen
Klausa keterangan
Ayat yang manakah terkategori dalam ragam ayat?
I Ayat susunan songsang
II Ayat aktif tak transitif
III Ayat perintah
IV Ayat pasif
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Buku itu telah saya baca.
Apakah jenis ragam ayat di atas?
Ayat aktif transitif
Ayat aktif tak transitif
Ayat pasif dengan imbuhan pasif
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
Ayat yang manakah yang BUKAN ayat aktif tak transitif berpenerang?
Neneknya suka berkain batik.
Mereka mahu bermain badminton esok.
Kanak-kanak sedang seronok bermain di taman permainan.
Lelaki yang bertongkat kayu itu kemalangan ketika menyeberang jalan.
Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif?
Adik-beradik itu asyik berbual setelah lama tidak bertemu.
Pekerja syarikat itu membersihkan longkang yang tersumbat.
Juadah berbuka sudah terhidang di atas meja ketika mereka sampai.
Beberapa orang pelajar masih berbincang mengenai ayat aktif transitif.
Pernyataan yang manakah BUKAN tentang ayat pasif?
Menggunakan frasa kerja yang berimbuhan di-
Frasa kerja diikuti oleh frasa nama sebagai objek
Kata kerja berimbuhan ber- yang diikuti kata sendi nama oleh
Terdapat juga kata kerja berimbuhan ter- yang diikuti kata sendi nama oleh
Ayat yang manakah merupakan ayat aktif transitif?
Pengetua sedang meneliti kertas cadangan itu.
Budak perempuan itu sedang menangis teresak-esak.
Pokok mempelam di depan rumah itu membesar dengan cepatnya.
Patung lilin yang dipamerkan itu menyerupai wajah sebenar tokoh tersebut.
Ayat yang manakah TIDAK boleh dipasifkan?
Wanita itu membaringkan anaknya di sofa.
Negarar itu membangun dengan pesat sekarang.
Dia menghidupkan enjin motosikalnya lalu beredar dari situ.
Jamal sudah mengirimkan bungkusan itu kepada nenek semalam.
Ayat yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?
I Mereka berlari ke arah pantai.
II Pegawai penyelidik tiba pagi tadi.
III Kami akan berkunjung ke rumahnya esok.
IV Kita perlu sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja berpenerang?
Budak itu berjaya merenangi sungai itu.
Abang beroleh pendapatan yang lumayan.
Cincin pertunangannya bersalut emas 18 karat.
Mereka menetap di kampung itu sudah agak lama.
Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh objek?
Adik mahu menjadi tukang masak.
Dua ekor kucing itu sedang bergaduh di halaman rumah.
Pemuda itu semakin tampan apabila dia berbaju Melayu.
Mak Milah memasak rendang daging untuk hidangan hari raya.
Ayat yang manakah merupakan ayat pasif kata ganti nama diri kedua?
Pelanggan itu belum kami temui lagi.
Kamu hendaklah berbaik-baik dengan jiran.
Tuala yang sudah digunakan anda sangkutkan pada palang.
Menjelang minggu hadapan, semua tugas harus kita selesaikan.
Ayat yang manakah yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap?
Budak itu masih berada di asrama anak yatim.
Ibu dan bapa saya masih belum pulang dari pekan.
Penceramah bebas itu baru bertolak dari Kota Kinabalu.
Anak bongsunya masih mahu berehat di rumah neneknya.
Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif?
Bapa saudaranya membuka syarikat baharu di Melaka.
Penduduk kampung diarahkan agar berwaspada dengan kejadian itu.
Menulis rencana tentang masalah kekerluargaan tugasnya dalam penerbitan majalah tersebut.
Semua petak bendang datuk Majid di daerah Pendang di Kedah sedang berbuah dengan lebatnya.
Pernyataan yang manakah yang BENAR tentang ayat aktif transitif?
Ayat aktif transitif menggunakan perkataan yang berimbuhan ber-.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang tidak memerlukan penyambut selepasa frasa kerja transitifnya.
Pernyataan yang manakah yang TIDAK benar tentang ayat pasif.
Ayat pasif boleh juga menggunakan imbuhan ter- dan ber-.
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.
Ayat pasif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
Ayat pasif kata ganti nama diri pertama ialah ayat mengandungi kata ganti nama diri kedua yang diikuti oleh kata kerja pasif.
Ayat yang manakah yang mengandungi dua objek?
Kakak memberi ibu wang setiap bulan.
Kemudahan jalan raya memudahkan kegiatan seharian penduduk.
Mereka mengedarkan buku atur cara program itu kepada setiap peserta.
Bandar raya itu akan menikmati kemudahan perkhidmatan transit aliran ringan.
Ayat yang manakah yang TIDAK menepati struktur ayat pasif?
Harga makanan itu telah saya bayar.
Pemandu jentolak itu kena saman semalam.
Projek itu belum lagi diselesaikan oleh kamu berdua.
Penduduk kampung kebingungan oleh peristiwa pelik itu.
Yang manakah ayat yang menepati binaan ayat pasif?
Penjenayah itu tertembak di bahagian dadanya.
Mereka terdengar bunyi tembakan dari arah hutan.
Kereta mewah milik orang kaya itu terlanggar tiang telefon.
Cadangan yang lengkap perlu dihantar oleh kita dua hari lagi.
Yang manakah ayat pasif?
Pahlawan itu terangkat besi yang berat itu.
Besi yang berat itu terangkat oleh pahlawan itu.
Budak yang nakal itu terlanggar pemuda yang gemuk.
Terlanggar pemuda yang gemuk budak yang nakal itu.
Ayat aktif transitif yang manakah yang mengandungi satu objek?
Mak Teh menjahitkan saya baju kurung.
Allah sentiasa menganugerahi hamba-Nya rezeki.
Budak-budak itu menganggap Pak Lamin ayah mereka.
Tuan rumah sedang menghidangi tetamunya nasi dagang.
