NEW
Font size
WorksheetsKembara Bahasa - Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah definisi kata adjektif yang benar
Kata yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam frasa, klausa ataupun ayat.
Kata yang merujuk kepada perbuatan atau keadaan tertentu.
Kata yang didahului dengan kata penguat dan mendukung tugas sebagai unsur keterangan.
Antara ciri-ciri kata adjektif ialah__________.
Berfungsi sebagai unsur keterangan
Tidak boleh terdiri daripada satu kata adjektif sahaja.
Kata adjektif boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa sendi nama
Di belakang rumah Raven terdapat sebatang pokok kelapa yang ___________ .
panjang
rendang
tua
tinggi
Rumah yang ___________ itu hampir roboh kerana dimakan anai-anai.
lama
usang
roboh
busuk
Tangan ibu berbau ____________________ selepas menyiang ikan yang baru dibeli di pasar.
hanyir
hancing
busuk
harum
__________ sungguh pemandangan dari puncak bukit itu.
Indah
Kelam
Suram
Sayup
Penyanyi yang bersuara _______________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Petani itu tidur dengan ___________ setelah penat bekerja di kebunnya.
Kaku
riang
diam
nyenyak
Murni __________ akan datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.
sedih
rindu
benci
gembira
Kereta itu nyaris-nyaris terbabas akibat jalan raya yang _________________ selepas hujan.
laju
licin
halus
santai
Messi amat ____________________mengelecek bola sehingga mengelirukan pemain lawan.
cekap
laju
kuat
lancar
Nalesh memang __________ kerana dia merupakan anak tunggal Datuk Ramesh.
degil
pintar
malas
manja
Barang-barang kraf tangan yang dihasilkan oleh datuk ____________ buatannya.
halus
mahal
comel
kesat
Kucing peliharaan Puan Midah kelihatan cantik kerana bulunya ____________.
comel
empuk
gebu
hebat
Air sungai itu mengalir dengan __________ setelah hujan turun dengan lebat.
deras
segera
gegas
gopoh
Angin yang bertiup dengan _____________ semalam telah mengakibatkan banyak pokok tumbang.
besar
kencang
lebat
ganas
Gasing yang dilontar oleh Leman berputar dengan ____________.
deras
tangkas
ligat
lekas
Jalan yang _________________ itu hanya dapat dilalui kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal.
lurus
lemah
luas
sempit
Ibu terpaksa membuang minyak masak itu kerana berbau ______________.
tengik
basi
hanyir
hamis
Pelari itu berlari dengan ______________ menuju ke garisan penamat.
ligat
kuat
deras
pantas
