Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ DEMAM DENGGI

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama Nyamuk yang menyebabkan terjadinya PENYAKIT DEMAM DENGGI?

a)

AEDES ALBOPICTUS

b)

NYAMUK TIRUK

c)

Anopheles quadrimaculatus

d)

EASTERN SALTMARSH MOSQUITO

2.

Nyamuk Aedes dewasa lazimnya mudah dikenali dengan warna badan berbelang Hitam dan Putih

a)

BENAR

b)

SALAH

3.

Berikut ialah tempat pembiakan yang jika menakung air boleh membiak Nyamuk Aedes KECUALI :

a)

DAUN-DAUN KERING

b)

BOTOL AIR MINUMAN

c)

T-SHIRT LUSUH

d)

TAYAR

4.

Telur Nyamuk Aedes boleh tahan kekeringan sehingga 2 BULAN

a)

BENAR

b)

SALAH

5.

Bekas takungan yang dibuang air dan hendak disimpan elok dibersihkan dan diberus di semua permukaan. Ini kerana telur Nyamuk Aedes boleh tahan kekeringan sehingga _____ Bulan

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

6.

Gotong Royong merupakan aktiviti yang PERLU jika kawasan anda menjadi WABAK DEMAM DENGGI. Ini kerana semua rumah dalam Kawasan Wabak Demam Denggi perlu bebas Aedes sepenuhnya, tidak guna rumah kita bersih tapi jiran sebelah tidak membersihkan rumah. Nyamuk Aedes boleh terbang sekitar 200 meter dan boleh beri ancaman kepada orang lain.

a)

BENAR

b)

SALAH

7.

BERIKUT merupakan gejala Penyakit Demam Denggi KECUALI:

a)

DEMAM

b)

RUAM MERAH DI KULIT

c)

LOYA DAN MUNTAH

d)

SAKIT GUSI

8.

SEMBURAN AEROSOL perlu digunakan pada awal pagi dan senja kerana Nyamuk Aedes adalah Aktif pada waktu ini. Semburan Aerosol hanya boleh membunuh Nyamuk Dewasa sahaja, tidak terhadap Jentik Jentik yang bertakung dalam air.

a)

BENAR

b)

SALAH

9.

Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam air longkang yang kotor.

a)

BENAR

b)

SALAH

10.

Kitaran hidup Nyamuk Aedes dari telur, jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa mengambil masa hanya (a)   hari (jawapan dalam angka)

11.

Salah satu kempen untuk mengurangkan bekas takungan air ialah kempen 3R. Kempen 3R merujuk kepada perkara dibawah kecuali:

a)

REUSE

b)

RECYCLE

c)

REDO

d)

REDUCE

12.

NYAMUK AEDES MEMERLUKAN AIR YANG BANYAK UNTUK MEMBIAK

a)

BENAR

b)

SALAH

13.

Buang sampah juga memerlukan teknik yang betul. Sampah yang dibuang perlu diikat dengan rapi sebelum dibuang ke dalam tong sampah di luar. Ini penting dalam mengelakkan penyakit di bawah KECUALI:

a)

Penyakit Demam Denggi

b)

Kencing Tikus

c)

Keracunan Makanan

d)

Darah Tinggi

14.

Jika ada bekas takungan air yang hendak digunakan di luar rumah, kita perlu masukkan ubat pembunuh jentik jentik ataupun ikan gapi.

a)

BENAR

b)

SALAH

15.

PENYAKIT DEMAM DENGGI tidak boleh membawa kematian kerana ianya hanya demam biasa sahaja.

a)

BENAR

b)

SALAH

16.

Jenis pakaian yang terbaik dalm melindungi diri kita dari gigitan Nyamuk Aedes ialah seperti berikut KECUALI :

a)

Baju lengan panjang

b)

seluar panjang

c)

pakai cekak rambut

d)

pakaian bewarna hitam / gelap

17.

Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Nyamuk Aedes.

a)

Badan berbelang hitam dan putih

b)

Boleh terbang sehingga 200 meter

c)

Suka membiak dalam air longkang yang kotor

d)

Telur Nyamuk Aedes tahan kekeringan sehingga 6 Bulan

18.

Awas jika anda membiak jentik jentik Aedes. Jika pihak Jabatan Kesihatan menjumpai bekas pembiakan yang mengandungi jentik jentik Aedes anda boleh dikompaun sehingga RM ...... ?

a)

250

b)

300

c)

350

d)

500

19.

Kesalahan membiak Nyamuk Aedes hanyalah kesalahan biasa-biasa sahaja. Kesalahan ini tidak boleh didakwa di Mahkamah jika anda tidak membayar kompaun yang dikenakan.

a)

BENAR

b)

SALAH

20.

Antara sebab Aktiviti Gotong Royong yang menekankan pembersihan kawasan rumah dan persekitaran adalah langkah yang paling berkesan untuk membendung Penyakit Demam Denggi adalah seperti berikut KECUALI :

a)

Bila tiada bekas pembiakan, maka tiadalah rumah untuk Aedes membiak

b)

Kita mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes ketika aktiviti Gotong Royong

c)

Acara sukaneka yang dijalankan mampu melindungi diri dari gigitan Nyamuk Aedes

d)

Kerjasama semua rumah dalam premis Taman / Kampung penting dalam membendung Penyakit Demam Denggi

21.

Semburan kabus yang dijalankan adalah bertujuan untuk membunuh Nyamuk Aedes dewasa. Anda perlu membuka pintu dan tingkap jika semburan kabus dijalankan.

a)

BENAR

b)

SALAH

22.

Jika satu kawasan itu mempunyai 1 kes Demam Denggi ia akan dikategorikan sebagai kawasan 1 kes Demam Denggi (sIngle case). Jika kawasan itu mempunyai 2 kes atau lebih, kawasan itu akan dikategorikan sebagai kawasan WABAK DEMAM DENGGI.

a)

BENAR

b)

SALAH

23.

Berikut merupakan tugas pemimpin komuniti / setempat jika kawasan anda berlaku Wabak Demam Denggi KECUALI :

a)

Buat hebahan di surau / masjid dalam kawasan anda.

b)

Whatsapp info berkaitan kejadian Wabak kepada semua penduduk

c)

Sampaikan info di gerai makan, kedai runcit dan pusat pusat komuniti (Tadika, Sekolah dan lain-lain)

d)

Berhubung dengan Pejabat Kesihatan untuk mendapatkan info terkini kejadian kes dari semasa ke semasA

e)

SEMUA DI ATAS

24.

Jika berlaku Penyakit Demam Denggi di kawasan kita, sebagai pemimpin kita perlu sampaikan mesej secara cepat dan pantas kepada penduduk taman / kampung kita. Berikut merupakan group whatsapp komuniti yang anda boleh gunakan untuk penyampaian mesej KECUALI :

a)

Group Whatsapp Taman / Kampung / Lorong

b)

Group Whatsapp PIBG sekolah

c)

Group Whatsapp Surau / Masjid

d)

Group Whatsapp Sembang Kedai Kopi Kampung

e)

SEMUA DI ATAS

25.

Aktiviti cari dan musnah perlu dipertingkatkan SETIAP HARI jika kawasan anda menjadi kawasan Wabak Demam Denggi, terutama jika berlaku cuaca hujan dan panas. Jangan tunggu sehingga hujung minggu yang kadang-kadang kita mungkin terlupa nak bersihkan kawasan rumah kita.

a)

BENAR

b)

SALAH