wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BTS A+ SEJARAH B4T4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tugas British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?

a)

Memupuk semangat perpaduan

b)

Melindungi kepentingan peribumi

c)

Mengembalikan kestabilan negara

d)

Menghapuskan perasaan perkauman

2.

Mengapakah British Military Administration (BMA) membubarkan pasukan MPAJA?

a)

Memulihkan keamanan

b)

Mengukuhkan pentadbiran

c)

Meningkatkan nasionalisme

d)

Mempercepat kemerdekaan

3.

Penyakit beri-beri merebak ketika pemerintahan Jepun. Mengapakah berlaku situasi tersebut?

a)

Tiada bekalan air bersih

b)

Kekurangan ubat-ubatan

c)

Kekurangan zat makanan

d)

Tekanan perasaan yang tinggi

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan DUA usaha yang dilakukan oleh BMA bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British?

a)

Membaiki prasarana

b)

Memulihkan ladang getah

c)

Memberi latihan kepimpinan

d)

Menegakkan undang-undang

5.

British telah bertindak mengubah status Tanah Melayu daripada Negeri Naungan kepada Negeri Jajahan. Bagaimanakah perubahan tersebut dilaksanakan?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

6.

Mengapakah taraf kerakyatan tersebut layak diperoleh Swee Ling?

a)

Pembinaan satu bangsa

b)

Pelaksanaan prinsip jus soli

c)

Persetujuan penduduk tempatan

d)

Pengenalan dasar kependudukan

7.

Siapakah yang akan mengetuai pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Gabenor

b)

Residen General

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi

8.

Apakah maksud prinsip Jus Soli?

a)

Kerakyatan melalui permohonan

b)

Kerakyatan berdasarkan sumbangan

c)

Kerakyatan menerusi undang-undang

d)

Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran

9.

Akhbar berikut memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946.

#Majlis

#Warta Negara

#Utusan Melayu

Apakah isu yang paling hangat pada ketika itu?

a)

Pengisytiharan darurat

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan pilihan raya

d)

Penubuhan Malayan Union

10.

Antara yang berikut, yang manakah DUA cara orang Melayu menentang Malayan Union?

a)

Meletakkan jawatan beramai-ramai

b)

Menggunakan taktik perang gerila

c)

Menyuarakan bantahan melalui akhbar

d)

Mengadakan demonstrasi dan rapat umum

11.

Apakah persamaan antara tokoh wanita ini?

# Cikgu Zaharah Abdullah

# Halimahton Abd Majid

# Dain Puteh Mariah Ibrahim

a)

Menjaga kebajikan wanita

b)

Meningkatkan ekonomi desa

c)

Mempelopori pendidikan wanita

d)

Menjadi benteng barisan hadapan

12.

#Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

#Menghantar surat bantahan ke London

#Menyokong Kongres Melayu

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh Raja-raja Melayu bagi menentang Malayan Union?

a)

Kehilangan kuasa politik

b)

Majlis Raja-raja dibubarkan

c)

Sistem pentadbiran disatukan

d)

Syarat kerakyatan diperketat

13.

"Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu"

Mengapakah penubuhan Malayan Union dianggap sedemikian?

a)

Menghapuskan sistem beraja

b)

Mengalakkan kemasukan imigran

c)

Menggugat kedaulatan bangsa

d)

Mengutamakan pendidikan sekular

14.

Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka pada hari lahirnya Malayan Union yang dianggap sebagai "Hari Kematian"?

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

15.

Kongres Melayu telah berlangsung pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?

a)

Perkabungan orang Melayu dimulakan

b)

Pengisytiharan pemulauan Malayan Union

c)

Penubuhan United Malays National Organisation

d)

Penglibatan Raja-raja Melayu dalam perjuangan

16.

Individu berikut merupakan Ahli Parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu.

# L.D. Gammans

# David Rees William

Apakah yang dilakukan oleh UMNO ketika kehadiran mereka?

a)

Menghantar surat bantahan rasmi

b)

Memohon diadakan rundingan damai

c)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

d)

Mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran

17.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Peningkatan ekonomi

c)

Perkembangan budaya

d)

Pengukuhan kuasa sultan

18.

Senarai berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke.

# sudah tua dan uzur

# tidak mempunyai anak lelaki

# enggan melantik Anthony Brooke sebagai pengganti

Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?

a)

Menyerahkan Sarawak kepada British

b)

Memberikan kemerdekaan kepada Sarawak

c)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

d)

Mengupah pakar perubatan memantau kesihatan

19.

Apakah DUA faktor penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke?

a)

Masalah kewangan

b)

Jaminan keselamatan

c)

Perang saudara

d)

Desakan kerajaan British

20.

Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk dan poster gerakan antipenyerahan di Sarawak.

#"Leburkan kolonial"

#"Sarawak adalah hak kami"

#"Kami membantah dengan sekeras-kerasnya akan tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris"

Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?

a)

Mengadakan rundingan damai

b)

Memperkuat pasukan keselamatan

c)

Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan

d)

Memindahkan pemimpin ke kawasan pedalaman

21.

Mengapakah Pekeliling No. 9/1946 dikeluarkan oleh British di Sarawak?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

22.

Apakah yang diperjuangkan oleh Cikgu Lily Eberwein dan Cikgu Ajibah Abol di negeri Sarawak?

a)

Pengembalian hak mengundi

b)

Pendidikan tinggi untuk wanita

c)

Membantah Perlembagaan 1941

d)

Menentang penyerahan Sarawak

23.

Antara berikut, manakah DUA faktor British berminat untuk menguasai negeri Sabah?

a)

Menguasai sumber bahan mentah

b)

Menggantikan Sri Lanka sebagai jajahan

c)

Memajukan taraf hidup penduduk peribumi

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan Brunei

24.

Parti politik di Sabah tidak aktif semasa pemerintahan British. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Tiada keyakinan diri yang tinggi

b)

Taraf pendidikan penduduk yang rendah

c)

Kurang semangat nasionalisme dalam diri

d)

Penindasan terhadap kegiatan berpersatuan

25.

British memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan ke bandar yang lain. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh British?

a)

Meningkatkan perpaduan rakyat

b)

Menyekat perluasan kuasa asing

c)

Memajukan penduduk luar bandar

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

26.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan. Mengapakah penduduk bersikap sedemikian?

a)

Perubahan dasar perjuangan

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

Bersikap terbuka terhadap perubahan

d)

Lebih berfokuskan perkembangan agama

27.

Apakah permintaan dalam memorandum Persatuan Pelajar Melayu Britain berkaitan kewarganegaraan dalam rancangan Malayan Union?

a)

Hak untuk rakyat sultan

b)

Berasaskan prinsip jus soli

c)

Tidak mengikut prinsip jus soli

d)

Ditentukan oleh Raja-raja Melayu

28.

Apakah peranan dan bidang kuasa sultan dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Ketua pentadbir

b)

Penasihat Gabenor

c)

Penggubal undang-undang

d)

Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

29.

Dalam tempoh dua bulan, Sir Harold MacMichael berjaya mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-raja Melayu untuk meneruskan Malayan Union.

Bagaimanakah MacMichael berjaya berbuat demikian?

a)

Mengugut raja

b)

Memelihara kedudukan raja

c)

Menentang kerakyatan jus soli

d)

Mempertahankan keistimewaan orang Melayu

30.

Apakah keputusan yang dicapai oleh Raja-raja Melayu dalam Persidangan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar Perak pada April 1946?

a)

Mengadakan rombongan ke London, England

b)

Membantah Malayan Union melalui mahkamah di England

c)

Menarik balik tandatangan persetujuan Malayan Union

d)

Menentang sistem perundangan British

31.

Mengapakah Sultan Hisahmuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah mendermakan $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor?

a)

Menganjurkan Kongres Melayu

b)

Mengasaskan Persatuan Anak Negeri Selangor

c)

Menganjurkan demonstrasi besar-besaran

d)

Menjadi ahli Melayu Selangor

32.

Raja-raja Melayu mengadakan perjumpaan dengan Dato' Onn Jaafar di Hotel Station. Orang ramai melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".

Apakah peristiwa tersebut?

a)

Pembentukan UMNO

b)

Mengaktifkan semula persatuan Melayu

c)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

d)

Rapat umum untuk membantah Malayan Union

33.

Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu, Kelantan. Apakah tujuan mereka berhimpun?

a)

Mempertahankan institusi raja

b)

Menghapuskan Malayan Union

c)

Menentang kewarganegaraan jus soli

d)

Membantah tindakan Harold MacMichael

34.

Apakah kesan yang dibawa oleh Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) ?

a)

Aktiviti pertubuhan diharamkan

b)

Gerakan antipenyerahan berakhir

c)

Mutu perkhidmatan awam meningkat

d)

Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai

35.

Apakah tujuan penubuhan Rukun 13 ?

a)

Memelihara hak penduduk

b)

Menentang penyerahan Sarawak

c)

Menghapuskan pegawai tinggi British

d)

Memperjuangkan kemerdekaan Sarawak

36.

Mengapakah pihak British menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Rosli Dhoby?

a)

Menikam Sir Duncan Stewart

b)

Melancarkan mogok besar-besaran

c)

Merupakan pengasas parti radikal

d)

Merupakan ahli gerakan antipenyerahan

37.

Antara berikut, yang manakah DUA cara masyarakat Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Mengadakan demonstrasi

b)

Menyerang pejabat milik kerajaan

c)

Menganggotai Young Malay Association (YMA)

d)

Menghantar surat bantahan kepada kerajaan British

38.

Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan tokoh-tokoh berikut?

# Awang Rambli

# Morshidi Sidek

# Rosli Dhoby

a)

Mempunyai semangat utuh

b)

Sanggup berkorban nyawa

c)

Berfikiran sempit

d)

Berani mencuba

39.

Antara berikut, yang manakah DUA dasar perjuangan UMNO yang menjadikannya sebuah parti politik orang Melayu pada tahun 1946?

a)

Memajukan pendidikan orang Melayu

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menghalau penjajah

d)

Menyatupadukan orang Melayu

40.

Apakah DUA peranan Young Malay Association (YMA) yang ditubuhkan oleh golongan propenyerahan?

a)

Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial

b)

Memberi peluang golongan intelektual mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan

c)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak

d)

Membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek