wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul Pengurusan Pentadbiran

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu rekod awam/rasmi?

a)

Rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya

b)

Rekod yang diterima secara rasmi oleh orang awam di Malaysia tanpa mengira kedudukan dan jawatan

c)

Rekod yang berkaitan dengan urusan harian seperti penyata kewangan dan bil pembayaran

d)

Rekod yang bukan dikategorikan sebagai rekod kerajaan

2.

Mengapakah rekod awam/rasmi perlu diselenggara dengan baik?

a)

Untuk dikitar semula di masa hadapan bagi menjayakan pelaksanaan konsep hijau (go green).

b)

Peranan pengurusan tertinggi dan ketua jabatan untuk memastikan rekod berada dalam keadaan yang baik

c)

Menyokong jentera pentadbiran organisasi , melicinkan penyampaian perkhidmatan dan bahan penyelidikan masa hadapan

d)

Tugas hakiki setiap penjawat awam

3.

Jelaskan kepentingan rekod awam/rasmi kepada negara?

a)

Negara yang maju adalah negara yang mendepani isu-isu bekaitan dengan pengurusan rekod

b)

Membuktikan bahawa negara tersebut bertamadun dan sistematik

c)

Rekod sebagai penanda aras kemajuan negara kerana setiap negara maju mempunyai sistem pengurusan rekod tersendiri

d)

Rekod sebagai bahan bukti segala transaksi yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan semasa dan akan menjadi rujukan pada masa akan datang.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran hayat rekod?

a)

Pemeliharaan arkib, Pewujudan dan penerimaan, Penggunaan rekod, Penyelenggaraan rekod, Penilaian/pelupusan, Pemusnahan/pemindahan

b)

Pewujudan dan penerimaan, Penggunaan rekod, Penyelenggaraan rekod, Penilaian/pelupusan, Pemusnahan/pemindahan, Pemeliharaan arkib

c)

Penggunaan rekod, Pewujudan dan penerimaan, Penyelenggaraan rekod, Penilaian/pelupusan, Pemusnahan/pemindahan, Pemeliharaan arkib

d)

Pemeliharaan arkib, Pewujudan dan penerimaan, Penggunaan rekod, Penyelenggaraan rekod, Penilaian/pelupusan, Pemeliharaan arkib

5.

Apakah ciri-ciri rekod yang baik?

a)

Kesahihan, Keandalan , Keutuhan, Kebolehgunaan

b)

Tahan lama, Stabil, berkualiti, mudah dibawa

c)

Mempunyai maksud tersirat dan unik

d)

Bertulisan tangan dan mempunyai cop

6.

Apa itu Keselamatan Perlindungan?

a)

Memberikan perlindungan ke atas aset yang meliputi perkara maklumat rasmi, dokumen rasmi dan rahsia rasmi, bangunan, pepasangan, peralatan, kelengkapan dan personel.

b)

Memberikan perlindungan kepada semua yang berkaitan dengan nyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

c)

Memberikan perlindungan pada sesuatu kawasan khas yang telah diwartakan untuk diselamatkan

d)

Memberikan perlindungan terhadap harta benda termasuk barang-barang persendirian dan hak milik bersama

7.

Kenapakah penjawat awam dikenakan tapisan keselamatan?

a)

Memeriksa keseluruhan ahli keluarga penjawat awam sama ada bebas dari sebarang kesalahan jenayah yang disabitkan oleh mahkamah.

b)

Membolehkan penjawat awam diberikan keanaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat

c)

Memeriksa latar belakang penjawat awam bagi memastikan mereka bersih dari sebarang anasir subversif

d)

Sebagai salah satu syarat untuk menjadi penjawat awam dan layak menerima pencen

8.

Apakah kaitan Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan Arahan Keselamatan?

a)

Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi yang perlu diberikan perlindungan keselamatan mengikut peraturan-peraturan dalam Arahan Keselamatan daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.

b)

Arahan Keselamatan adalah arahan yang dikeluarkan sebelum Akta Rahsia Rasmi 1972 yang menjadi panduan pewujudan dan penguatkuasaannya.

c)

Akta Rahsia Rasmi 1972 merupakan pindaan bagi Arahan Keselamatan bagi menaiktaraf penguatkuasaam pemeliharaan dan perlindungan rahsia rasmi

d)

Akta Rahsia rasmi 1972 digunakan di peringkat Kementerian sebagai panduan, manakala Arahan Keselamatan adalah panduan di jabtan kerajaan

9.

Siapakah yang perlu mengetahui dan mematuhi kandungan Arahan Keselamatan ?

a)

Semua lapisan masyarakat

b)

Setiap penjawat awam

c)

Penjawat awam yang berada di Jabatan/Agensi

d)

Penjawat awam yang berada di Kementerian

10.

Apakah tindakan yang boleh dikenakan sekiranya Arahan Keselamatan tidak dipatuhi?

a)

Laporan kepada pihak berkuasa dan siasata jenayah akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia

b)

Apa-apa tindakan disiplin dan hukuman seperti pertukaran ke agensi lain

c)

Tindakan secara pentadbiran termasuk mengenakan tindakan tatatertib mengikut kesalahan yang telah dilakukan dan Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

d)

Pemecatan serta merta dari jawatan-jawatan di jabatan

11.

Kenapa myPortfolio diperkenalkan? Adakah FM tidak lagi sesuai digunakan?

a)

MyPortfolio diperkenalkan bagi mengambil kira keperluan semasa dan perubahan sekeliling. Objektif dan prinsip umum yang ingin dicapai oleh myPortfolio dan FM adalah sama, malah myPortfolio memperkukuhkan lagi elemen ketelusan, akauntabiliti dan pemantauan.

b)

Fail Meja adalah induk kepada Myportfolio dan masih digunakan sebagai punca kuasa menentukan skop kerja penjawat awam

c)

Myportfolio adalah sebahagian dari Fail Meja. Kedua-dua dokumen ini berkaitan dan masih digunakan mengikut kesesuaian

d)

Myportfolio diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi dalam system HRMIS

12.

Siapakah yang perlu menyediakan myPortfolio?

a)

Ketua Jabatan

b)

Penyandang jawatan berkenaan

c)

Pengurusan Tertinggi

d)

Ketua Bahagian Sumber Manusia di Jabatan

13.

Apakah itu EKSA?

a)

Merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam

b)

Inisiatif ketua jabatan mewujudkan suasana di pejabat seliaan masing-masing

c)

Inisiatif kementerian supaya Jabatan dan agensi mengikuti arahan pihak pengurusan tertinggi

d)

Merupakan inisiatif Majlis Bersama Jabtan (MBJ) bagi mempromosikan suasana positif di tempat kerja

14.

Apakah tujuan AIPSA dianjurkan?

a)

Program Tahunan yang wajib diadakan oleh MAMPU bagi merealisasikan hasrat kerajaan supaya diwujudkan pelbagai pengiktirafan

b)

Anugerah berprestij yang dianjurkan dan akan dipertandingkan di peringkat antarabangsa mewakili negara

c)

Anugerah Inovasi kepada masyarakat di Malaysia bagi membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif

d)

Anugerah inovasi diwujudkan bertujuan mengiktiraf dan meraikan agensi yang telah memberi sumbangan signifikan dan nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.

15.

Berikan satu kepentingan pengurusan kualiti di pejabat awam

a)

Marelisasikan harapan Pengurusan tertinggi di Kementerian supaya diwujudkan pengurusan kualiti

b)

Sebagai satu aktiviti tambahan kepada penjawat awam supaya penjawat awam kekal cargas dan bermotivasi

c)

Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

d)

Memastikan pejabat awam sentiasa bersih, tersusun dan kemas sepanjang masa