WorksheetsMORFOLOGI SET 1
Total questions: 30
Worksheet time: 3hrs 30mins
Yang manakah BUKAN morfem terikat?
Ter-
Juang
Memper-
Tumpang
Perkataan yang manakah yang mengandungi alomorf?
Makanan
Dibawakan
Menderhaka
Kosmopolitan
Frasa yang manakah yang mengandungi morfem terikat kompleks?
Pasar malam
Anak harapan
Mempercepat urusan
Sudah ketinggalan zaman
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN morfem terikat satuan?
Ke-
Ter-
Juang
Per-...-an
Perkataan yang manakah yang terbina daripada morfem terikat terbahagi?
Keamanan
Memperkuat
Dipertemukan
Menyelesaikan
melepaskan
Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan di atas?
2
3
4
5
Yang manakah BUKAN jenis morfem terikat?
Morfem terikat satuan
Morfem terikat terbahagi
Morfem terikat kompleks
Morfem terikat kardinal
Berapakah jumlah morfem terikat dalam perkataan "kemenangan"?
1
2
3
4
Morfem terikat yang terdapat dalam perkataan bergemuruhan terdiri daripada
I - guruh
II - -em-
III - ber-...-an
IV - gemuruh
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Yang manakah TIDAK berkaitan dengan morfem bebas?
Dapat berdiri sendiri
Mempunyai makna yang lengkap
Tidak memerlukan sebarang bentuk lain
Memerlukan bentuk lain untuk digandingkan dengannya
Perkataan yang manakah yang mempunyai tiga morfem?
Kepunyaan
Penyiaran
Seruling
Perkampungan
Yang manakah dapat bersifat perkataan?
Frasa
Morfem bebas
Morfem terikat
Rangkai kata
Mereka rela berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Berapakah morfem terikat yang terdapat dalam ayat di atas?
Satu
Dua
Tiga
Empat
Perkataan "bertemu" terdiri daripada
satu morfem bebas
satu morfem terikat
dua morfem terikat
satu morfem bebas dan satu morfem terikat
Morfem terikat dan morfem bebas mempunyai perbezaan dari segi
jumlah suku kata
golongan perkataan
kedudukan dalam hierarki tatabahasa
dapat berdiri sendiri sebagai kata atau tidak
Penggunaan sesuatu alomorf ditentukan oleh
golongan kata
cara pembentukan kata
huruf pertama kata dasar
akhiran pada sesuatu kata
Perkataan yang manakah yang mengekalkan awalan peN- dan meN-?
nyanyi
dukung
hancur
bohong
Yang manakah berkaitan dengan morfofonem?
Boleh berdiri sendiri dan membawa makna sendiri
Ciri bunyi semasa imbuhan digabungkan dengan kata dasar
Kelainan bentuk yang disebabkan oleh huruf awal sesuatu kata
Gabungan antara morfem terikat dengan morfem terikat yang lain
Yang manakah kata dasar bagi perkataan "mempersembahkan"?
Sembah
Persembah
Sembahkan
Persembahkan
Ayat yang manakah mengandungi kata ganti nama diri tunjuk umum?
Rumah baharunya terletak di sana.
Siapa-siapa yang lewat sila berdiri.
Ini bungkusan yang awak cari semalam.
Keadaan begini sudah banyak kali berlaku.
Ayat yang manakah yang menggunakan kata nama sebagai objek?
Sharifah masih di dapur.
Mereka tidur berbantalkan lengan.
Emak sedang menyidai kain di belakang rumah.
Pak Cik Musa suka berbaju batik jika pergi ke bandar.
Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya merupakan kata tunggal?
tawa,tapa
senyum, hakis
bermain,cerpen
kekuningan,kebiruan
Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan?
keberuntungan
diketepikan
pemuliharaan
menyenaraikan
Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfem bebas?
unit tatabahasa yang boleh menjadi kata
unit tatabahasa yang membezakan makna
unit tatabahasa yang perlu bergabung dengan morfem lain
unit tatabahasa yang terkecil yang tidak dapat hadir bersendirian
